Liwat 3 0 Dari Serabut Ke Jambu



Blogger Edy Noor Reduan
Jika benarlah kejadian itu berlaku, adalah menjadi persoalan asas ialah, mengapa tiada laporan polis dibuat dalam tempoh 24 jam? atau dalam masa 2-3 hari? Mengapa ia tidak berlaku?
Kalian ambil nafas panjang dan fikirlah baik-baik. Tarikh yang dikatakan kononnya berlaku ‘pencabulan’ seperti yang didakwa, adalah hari ke-4 pilihanraya kecil Port Dickson.
Ketika itu keghairahan PRK sedang memuncak, jika ada berita DSAI buang sampah merata-rata pun media akan lapor dengan membesar-besarkan berita kecil, mensensasikan berita suam, kerana ketika itu DSAI adalah tumpuan utama, Calon PRK Parlimen Port Dickson, dan juga calon Perdana Menteri yang sedang mendapatkan kerusi kelayakan.
Sedangkan berita yang kecil jika dimainkan di pelbagai media pun akan mampu memberi impak terhadap undi DSAI, apatah lagi jika berita itu bertajuk LIWAT 3. Mengapa perkara ini langsung tidak dihebahkan kalau benar-benar berlaku?
Waktu itu masih ada lebih kurang 10 hari sebelum hari mengundi, mengapa kisah dakwaan Yusoff ini tidak meletup? Kenapa tidak heboh langsung?
Yakinlah bahawa, kisah Liwat 3 ini adalah kisah dongeng yang baru direkayasa selepas mendapati sokongan dan gerakan DSAI yang naratif dan zikirnya mengangkat rakyat semakin jauh di depan. Ini acap kali berlaku ketika Anwar Ibrahim hampir ke pangkuan kerusi Perdana Menteri.
Atau apakah ia mula disusun selepas kisah semburit di Sandakan meletup?
Kalian fikir lah dengan tenang, secara logik dan rasional.. Waktu DSAI sedang sibuk mencari undi terbanyak, demi menitip kemenangan paling bergaya untuk masuk ke parlimen sebagai Ahli Parlimen dengan watak ‘Prime Minister in Waiting’, sudah tentunya setiap undi yang merekodkan jumlah majoriti itu amat penting bagi DSAI.
Persoalannya, tergamak atau tidak, seorang Anwar Ibrahim, yang ketika itu calon pilihanraya, bakal Perdana Menteri, bertindak sedemikian rupa?
Saya bertanya soalan di atas ini bukan dari sudut keperibadian DSAI yang saya kira seorang yang warak dan tinggi ilmu agamanya. Jika dari sudut keperibadian, soalan ini tidak wajar diajukan sama sekali.
Pertanyaan saya adalah dari sudut survival politik dalam usaha memenangi sebuah pilihanraya kecil yang menjadi kunci utama seorang Perdana Menteri dalam penantian.
Tidakkah kalian tahu, kisah-kisah penceritaan ini semuanya boleh direkayasa, disusun, difabrikasi? Masalahnya, kisah liwat 3 ini mempunyai bukan hanya plot cerita, latar masa dan pelakun yang paling lemah, malah ia adalah skrip ulangan yang begitu membosankan.
Semalam si Yusoff ini bertemu pihak polis untuk diambil keterangan. Datangnya dengan peguam, dengan paras rupa yang cukup berlainan berbanding rupa paras yang sebenar. Tiada lagi jambang, tiada lagi rambut mengerbang dan bulu muka yang bersepah..
Yusoff datang dengan ketrampilan serba jambu, sudah di’make-over’ menjadi Yusof yang berbeza. Malah TV3 juga telah paparkan gambar terbaru ini seolah-olah ia sudah disusun. Tidakkah kalian faham permainan ini? tidakkah kalian mengerti??
Masih kita tidak lupa bagaimana ketika isu liwat siri kedua, Saiful Bukhari muncul dengan dahi yang kehitaman, yang kononnya dilihat warak dan alim dengan dahi hitam itu akibat sujud kepada tuhan. Hitam di dahi itu adalah ‘make-over’nya Saiful Bukhari, sebagaimana Yusoff.. sama sahaja!
Sekarang ini jika kamu lihat gambar terbaru Saiful Bukhari, tiada lagi hitam di dahi.. Adakah kalian masih tidak memahami permainan ini? Kita tidak dungu untuk ‘brain’ semua ini.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang sudah beberapa kali dihidangkan dengan episod fitnah yang hampir sama, sewajarnya jauh lebih celik dan matang. Kita harus lebih pandai menilai, dan menolak politik jahat yang sekali lagi disusun untuk menghalang seorang Anwar Ibrahim, mengambil tempatnya sebagai PM ke-8.
Lebih sukar cabarannya, maka akan lebih baik hasilnya nanti. InshaAllah, DSAI akan tetap akan menjadi Perdana Menteri terbaik sepanjang zaman, walau apapun halangannya jika diizin tuhan, akan jadi juga, kun fayakun.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/25785

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Liwat 3 Kenyataan Media Dari Anwar Ibrahim

Liwat 3 Kenyataan Media Dari Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 438 hits
Yusoff ialah cucu kepada aktivis dan bekas presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris Mohideen ialah abang kepada Idris Insiden itu dikatakan berlaku pada 2 Oktober 2018 lebih setahun lalu Tetapi tiada seorang anggota keluarg...
Mudah Serabut Membebel Setiap Hari Tanda Isteri Terlalu Banyak Fikir

Mudah Serabut Membebel Setiap Hari Tanda Isteri Terlalu Banyak Fikir

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 471 hits
Betullah orang kata isteri ni sepanjang masa akan berfikir Dari sekecil kecil masalah sampailah masalah besar semuanya akan difikir serentak Kadang tu waktu tidur pun masih berfikir walaupun mata pejam Suami kena faham situasi isteri dan ja...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Jambu Batu Potong

Bagaimana Memulakan Perniagaan Jambu Batu Potong

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 453 hits
Salam semua Mungkin ada rakan rakan kita kat sini tengah fikirkan macamane cara nak memulakan perniagaan jambu potong ni Yang pertama kita kena fikirkan perniagaan ni untuk perniagaan sampingan pernigaan tetap Apa yang perlu kita fikirkan i...
Liwat 3 Yusuff Dimanipulasi Kata Datuk Saudara

Liwat 3 Yusuff Dimanipulasi Kata Datuk Saudara

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 487 hits
Keluarga Muhammad Yusoff Rawther yang mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim melakukan salah laku seksual terhadapnya berkata pihaknya percaya Yusoff dimanipulasi untuk membuat dakwaan itu Datuk saudaranya Mohideen Abdul Kader berkata pihak ke...
Kes Liwat Terbaru Anwar Ibrahim Didedahkan Apa Reaksi Anwar

Kes Liwat Terbaru Anwar Ibrahim Didedahkan Apa Reaksi Anwar

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 834 hits
Makin berbisa nampak PM tepi kita nii Ingatkan dah tak ada lagi cerita cerita jijik nie Rrrrrupa rupanya meletop lagi satu Orang macam nie ker yang nak diangkat jadi Perdana Menteri Tak pernah puas dengan perangai menyemburit aka seks luar ...
Konspirasi Liwat 3 Ditaja Oleh Daulah Terpendam

Konspirasi Liwat 3 Ditaja Oleh Daulah Terpendam

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 208 hits
Konspirasi Liwat 3 Ditaja oleh Daulah Terpendam Ini soalan yang banyak ditanya oleh rakyat Malaysia Tuduhan Yusuf Rawther hanya tuduhan yang tiada bukti jelas Tiada rakaman Tiada video Tiada pengakuan Namun pihak Polis begitu effisyen dan c...
Terkini Kes Liwat Iii Sedang Dirancana

Terkini Kes Liwat Iii Sedang Dirancana

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 259 hits
Oleh Abdul RaufPembunuhan karakter ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim kes Liwat I II Siapakah DALANG nya Kes Liwat I II adalah fitnah dan tuduhan yang direka ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim dalam konteks pembunuhan karakter atau Character Assa...
Liwat Liwat Meliwat 3

Liwat Liwat Meliwat 3

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 187 hits
Azmin bela Anwar tolak amalan politik keji AZMIN MEMPERTAHANKAN ANUAR DARI TUDUHAN KEJI DAN TIDAK SENONOHAZMIN MENGALU ALUKAN LAPORAN POLIS DIBUAT KEATAS PENUDUH NANTI AKAN ADA SIASATAN DILAKUKAN JIKA TERDAPAT BUKTI MAKA IA PERLU DIPERTANGG...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran