Lisa Surihani Saya Masih Mencari Hidayah






Ramai yang sedar dengan perubahan penampilan diri aktres Lisa Surihani selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya pada bulan lalu. Wanita berusia 33 tahun itu kini tampil manis mengenakan hijab.

Sewaktu ditemui Sensasi Bintang baru-baru ini, Lisa memberikan bayangan bahawa dirinya seolah-olah lebih selesa untuk tidak terus bercakap secara berlebih-lebihan mengenai penghijrahannya itu.

Ini kerana bagi Lisa, fasa perubahan dirinya itu merupakan sesuatu yang cukup peribadi. Begitu pun, sehingga ke hari ini, umum masih tertanya-tanya mengenai kisah di sebalik penghijrahan yang dilakukan isteri kepada penyanyi dan komposer terkenal, Yusry Abdul Halim itu.

“Saya sangat gementar dengan soalan-soalan yang diajukan tentang pemakaian hijab ini. Kalau boleh saya juga tidak mahu bercakap melebih-lebih.

“Sebab itu apabila ditemu bual pihak media, saya selalu minta mereka doakan saya. Saya faham mereka mahu tahu lebih lanjut. Susah sikit untuk saya terus cakap tentang hal ini. Barangkali faktor usia juga menyebabkan saya bertindak lebih berhati hati dalam berkata-kata.

“Perjalanan ini terlalu peribadi. Hal ini tiada siapa yang anggap ia sesuatu yang main-main. Pada masa sama, tak nak cakap lebih, tak berani nak cakap takbur, seolah-olah kita dah pasti dengan penghijrahan,” kata Lisa yang sememangnya bijak dalam menyusun bicaranya agar tidak mengecilkan hati mana-mana pihak.

Masih belajar

Menurut pelakon filem Istanbul Aku Datang itu, keputusannya mengenakan hijab bukanlah dalam masa yang singkat. Sebaliknya, Lisa menyifatkan perubahan dirinya itu merupakan satu bentuk perjalanan yang mengambil masa yang cukup panjang.

“Saya baru balik (daripada umrah) dan kalaulah benda (keputusan berhijab) ini senang, cepat-cepat sahaja saya akan terus kongsikan gambar di media sosial untuk masing-masing faham. Ia sebenarnya bukanlah satu keputusan yang dibuat dalam masa semalaman sahaja. Ia merupakan satu tempoh perjalanan yang cukup panjang,” kata ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Bagi Lisa sendiri, dia merasakan masih banyak yang perlu dipelajarinya. Justeru, dia sentiasa mengharapkan agar mampu istiqamah dengan peralihan baharunya itu.

“Ada satu kenyataan sebelum ini yang mengatakan saya ini sudah terbuka hati. Saya nak betulkan, sebenarnya saya ini masih mencari hidayah. Saya pun tak nak cakap yang saya sudah jumpa hidayah itu.

“Saya pun tak ada umumkan mulai tarikh sekian (saya berhijab). Kita ini manusia. Setiap hari kita tak lari daripada membuat dosa. Kita adalah hamba-Nya yang banyak dosa. Jadi, saya harapkan orang di luar sana boleh mendoakan agar saya terus istiqamah,” luahnya.

Tatkala umum melabelkan perubahan dirinya itu sebagai satu ‘imej’ baharu, Lisa tidak selesa dilabel sebegitu. Baginya, dia tidak mahu mengehadkan definisi hijab itu sendiri terhadap aspek penampilan sahaja.

“Orang tanya adakah ini penampilan baharu saya? Ini imej baharu ke? Saya tidak begitu suka kerana definisi hijab itu agak luas konteksnya, bukan aspek pemakaian sahaja. Atas sebab itu saya kurang gemar dipanggil sebagai ‘imej’ atau ‘penampilan’.

“Saya masih belajar dan masih mencuba untuk faham. Saya nak banyakkan membaca dan amalkan apa yang dipelajari. Jika nak kata saya ini sudah sempurna, memang jauh sekali. Bagaimanapun, saya mencuba, begitu juga dengan orang lain. Masing-masing ada perjalanan spiritual, jadi setiap orang juga ada pemahaman tersendiri,” kongsinya.

Jelas Lisa lagi, dia juga tidak mempunyai jawapan kepada persoalan mengenai satu perkara yang mungkin menggerakkan hatinya untuk melalui perjalanan baharunya ini.

“Saya tak boleh kata ia satu. Ia mengambil masa bertahun-tahun. Sesuatu yang saya sudah mencari sejak sekian lama. Bukan kerana satu insiden yang membuatkan saya berhijrah. Ia sebenarnya saling berkait antara satu sama lain seperti hal-hal yang hadir dalam hidup saya yang mana secara perlahan-lahan saya cuba terjemahkan sebagai satu petunjuk,” ujarnya.

Pada masa sama, Lisa akui, dalam dia berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik, dia juga tidak terlepas daripada cakap-cakap belakang yang mungkin melihat secara pesimis dengan tindakannya itu. Justeru, dia berharap agar hatinya terus kekal teguh dalam mencari reda-Nya.

“Sampai sekarang masih ada lagi zat yang membolak-balikkan hati ini. Apapun, terima kasih kepada mereka yang jujur ikhlas mendoakan saya. Saya doakan agar kita semua, beristiqamah.

“Semoga zat-zat yang membolak balikkan hati ini dibuang jauh-jauh sebab dalam dunia ini penuh dengan pancaroba. Dalam pada kita tengah berjuang dengan pasang surut iman kita, diharapnya kita terus diberikan kekuatan dan mampu menempuhinya,” kongsinya yang kini mengacarakan program bual bicara Tanya Doktor Imelda yang bersiaran di saluran Astro Prima.



Mengacara

Menariknya, Tanya Doktor Imelda itu merupakan penampilan sulung Lisa bertudung bagi program televisyen. Katanya, program tersebut mengubat kerinduannya untuk mengasah semula bakat dalam dunia pengacaraan yang sudah agak lama ditinggalkan.

“Saya mendapat tawaran untuk mengendalikan program itu sebelum saya mengerjakan umrah lagi. Ia merupakan satu tawaran yang baik memandangkan saya juga sudah lama tidak mengacara sejak mengandungkan anak kedua, Yusof Leonne.

“Pada masa sama, saya juga nak mencuba perbaiki disiplin pengacaraan. Kalau lama tidak buat berkarat pula nanti. Jadi, saya nak asah semula kemahiran mengacara itu. Kalau bab tawaran ini selalunya selain meraih rezeki, saya buat dengan niat untuk belajar,” kongsinya.

Menurut Lisa lagi, program tersebut juga dilihat sebagai sesuatu yang mengupas isu yang cukup dekat dengan masyarakat khususnya golongan wanita sepertinya.

“Isu-isu yang dibincangkan amat penting. Ia lebih kepada nak menyampaikan mesej penting dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan. Nak didik agar jika kita tidak pasti sesuatu hal itu, kita kena tanya seseorang yang pakar.

“Peranan saya dalam program itu juga bertindak sebagai ‘jambatan’ kepada masyarakat di luar sana yang mahu bertanyakan soalan kepada doktor,” katanya.

Justeru, walaupun ia dilihat sebagai sebuah program yang sarat dengan fakta, tetapi Lisa cuba mengendalikan program berkenaan agar ia seronok ditonton tetapi penonton tetap mendapat mesej yang disampaikan doktor.

“Saya anggap saya ini pelajar, jadi kita bertanyakan soalan kepada doktor. Dari situlah kita bincangkan. Sama seperti ragam orang nak belajar. Lagipun sebelum ini saya pernah mengendalikan program yang membincangkan fakta dan mitos menerusi program Babypedia,” katanya menutup bicara.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/lisa-surihani-saya-masih-mencari-hidayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Peminat Luah Rasa Terharu Lisa Surihani Hadiahkan Telekung

Hiburan Peminat Luah Rasa Terharu Lisa Surihani Hadiahkan Telekung

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 305 hits
Siapa sangka dengan hanya menghantar mesej berkongsi perasaan sedih kehilangan telekung ketika menunaikan umrah seorang peminat telah menerima kejutan istimewa yang tidak disangka sangka dari selebriti Lisa Surihani Lisa dengan penuh rasa r...
Patutlah Kulit Cantik Makan Celery Rupanya Rahsia Kulit Lisa Surihani Cantik

Patutlah Kulit Cantik Makan Celery Rupanya Rahsia Kulit Lisa Surihani Cantik

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 1824 hits
Patutlah kulit cantik makan celery rupanya Suka makan celery rahsia kulit Lisa Surihani cantik Sejak pada awal kemunculan pelakon Lisa Surihani ke dunia lakon layar dia sering mencuri tumpuan ramai dengan kecantikan raut wajahnya Baru baru ...
Lisa Surihani Dah Mula Berhijab

Lisa Surihani Dah Mula Berhijab

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 280 hits
Cemburu Tengok Lisa Netizen Terkeejut Lihat Perubahan Lisa Blackpink Malaysia PENAMPILAN baharu pelakon Lisa Surihani dengan imej muslimah selepas pulang dari menunaikan Umrah mendapat sokongan ramai terutama peminatnya Malah nama Lisa Suri...
Lisa Surihani Ditawar Jadi Duta Jenama Tudung

Lisa Surihani Ditawar Jadi Duta Jenama Tudung

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 200 hits
Sejak membuat keputusan untuk berhijab Lisa Surihani memberitahu beliau banyak mendapat tawaran untuk menjadi duta tudung Namun Lisa merasakan masih awal untuk The post appeared first on
Kerana Allah Jauh Sekali Atas Tekanan Atau Kehendak Sesiapa Lisa Surihani Minta Doa Istiqamah

Kerana Allah Jauh Sekali Atas Tekanan Atau Kehendak Sesiapa Lisa Surihani Minta Doa Istiqamah

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 627 hits
Penampilan pelakon Lisa Surihani tampil berhijab nyata mendapat perhatian peminat dan si empunya badan turut berharap dia dapat kekal dengan imej berkenaan Bagaimanapun ibu kepada dua anak ini menganggap keputusan sama ada mahu kekal bertud...
Lisa Surihani Bakal Muncul Dalam Telefilem Aksi Komedi Geng

Lisa Surihani Bakal Muncul Dalam Telefilem Aksi Komedi Geng

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 638 hits
Pelakon Lisa Surihani dilaporkan bakal muncul dalam telefilem terbaru arahan Umi Salwana Omar berjudul Geng tidak lama lagi Lisa akan memainkan peranan sebagai Mariam iaitu seorang suri rumah berpelajaran tinggi dalam bidang kejuruteraan el...
Prilly Latuconsina Soal Nikah Masih Lama

Prilly Latuconsina Soal Nikah Masih Lama

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 378 hits
Prilly Latuconsina nampaknya masih belum memiliki rencana untuk melepas masa lajang dalam waktu dekat ini Padahal ia sudah memiliki kekasih Maxime Bouttier
Bubble Tea Minuman Penyebab Kanser Adakah Anda Masih Ingin Terus Minumnya

Bubble Tea Minuman Penyebab Kanser Adakah Anda Masih Ingin Terus Minumnya

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 293 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Siapa sahaja yang tidak kenal air bubble tea yang menjadi kegilaan ramai Di dalam pusat membeli belah di barisan kedai malah gerai bergerak pasti ada nbsp terjual nbsp minuman ini Tapi pernahkah anda tert...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai