Lirik Lagu Ratuku Khai Bahar Tiada Chorus Tiada Lirik Berulang
Lirik Lagu Ratuku - Khai Bahar | tiada chorus & tiada lirik berulang! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Iyeeahh I'm back! I was contemplating (literally) nak start entri dengan topik apa setelah hmmm hampir sebulan saya menghilang? Hahaha. Dah macam chipsmore dah den ni. So, I decided to start with entry of lirik lagu. But which song? Banyak lagu baru muncul bulan ni actually. Antaranya, ada lagu Elizabeth Tan Shh, Hael Husaini Hati, Ismail Izzani & Andi Bernadee Hello, Santesh Jiwang, Zizi Kirana Eh, Ayda Jebat Mana Ada Hati, Better Than You, Afieq Shazwan, Adzrin, Kucaimars. Saya pun pening nak pilih mana satu lagu dulu untuk buat entri lirik haha.
And yes.
Here we are~ As you read right now, I start off with entri lirik lagu Ratuku Khai Bahar first; among all of new songs. Why?
Sebab saya peminat tegar Khai Bahar? Nope.
Sebab baru 'keluar' panas panas dari 'oven' which was released 5 days ago? Nope also.
Because I love the message behind of this song. Spread awareness tentang penyakit buah pinggang; yang if I'm not mistaken, rare untuk orang ketengahkan pasal ni kan?
lirik lagu ratuku khai baharBukan itu sahaja, lagu ni takde chorus dan takde lirik yang berulang ulang! Unik kan? Saya rasa macam first time jumpa lagu jenis macam ni.
Plus, menggalakkan untuk kita sedekah, menderma, waqaf kepada Wakaf MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) for pesakit buah pinggang Malaysia.
As written at the end of the music video, Projek Bangunan Wakaf MAIPs - Pusat Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar Perlis merupakan sebuah projek mercu tanda wakaf yang gemilang di Negeri Perlis.
Manfaat pusat ini turut dikongsi bersama kepada seluruh mereka yang menderita penyakit buah pinggang tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.
Ayuh kita terus menyumbang merealisasikan hasrat untuk memanjangkan pahala ibadah berpanjangan!
Bak kata Khai Bahar --"Apa gunanya harta, jika ada yang menderita?Apa gunanya hidup selesa jika ada yang terseksa?Bantulah mereka yang mederita mengalami penyakit buah pinggang.Bantuan anda adalah kebahagiaan mereka"
Jom ramai ramai! Kumpul saham akhirat jom!
- No akaun Wakaf MAIPs : 090 100 100 639 83 BIMB -
lirik lagu ratuku khai baharLirik Lagu Ratuku - Khai Bahar
Semalam kau tawa bersamaSenyummu manis mempersonaWajahmu sesuci nirmalaTak ternoda dengan kata nista
Sukarnya untuk ku mendugaApakah erti air mataJiwa makin lelahDilanda gelora yang membelah
Biarkan perasaan merintih rayuMelihat kau terbaring layuMenahan derita sembilu
Bayu bertiupAwan mendung menderuHujan pun turun menangisPilu melihatmu
Sakit deritaNamun tak pernah kecewaTuhan kan ada bersamaKasih-Nya kau rasa
Pahitnya terasabagai di penjara tanpa relakuTabahkan dirimu menahan deritaJangan tinggalkanku
lirik lagu ratuku khai baharRatuku.. mengapa membisu? *sedihnya part niii huwaaaWajahmu meruntun jiwakuBukalah matamuSenyum lah semula kepadaku
Kau pergi tanpa menunggukuTinggalkan firasat hatimuTenanglah di sanaMoga bertemu lagi di syurgaIBUUU..
lirik lagu ratuku khai bahar#Ratuku #KhaiBahar #17elevenmusicArtist: Khai BaharSong: RatukuComposer: Kanda, Azrul Azlan & Anwar HusainiLyricist: Azrul Azlan
Lagu baru KHAI BAHAR - Ratuku(Official Music Video):
Coretan dari penulis lirik Ratuku:
"Terima kasih kepada semua yang menyokong dan akan terus menyokong karya ini. Andalah pemilik sebenar lagu ini.
Keberkesanan sesebuah lagu bukan sekadar pada melodi yang indah sahaja. Ya, kita boleh mendapati banyak lagu yang melodinya sangat indah. Begitu juga lirik yang mengesankan juga memainkan peranan dalam sesebuah lagu. Namun, tujuan kami merentasi apa yang disebutkan. Kami melihat ‘jiwa’ dan ‘ruh’ (soul) perlu dikembalikan semula dalam dunia hiburan pada hari ini.
Kini manusia telah hilang kemanusiaannya kerana yang menjadi tumpuan adalah kepada apa yang kita INGIN dengar dan lihat, tetapi tidak kepada apa yang SEPATUTNYA kita rasa dan hayatinya.
Kami telah membuat yang terbaik untuk memasukkan ‘jiwa yang positif’ ke dalam lagu ini. Namun anda punya pilihan sama ada untuk menyukainya atau tidak.
Setiap orang punya citarasa yang tersendiri. Kami tiada hak untuk menghalangnya. Cuma kami sangat positif untuk mengeluarkan karya-karya yang mempunyai jiwa dan memberikan kesan yang positif pada pendengarnya pada masa akan datang. Pada masa yang sama kami akan berusaha untuk memperbaiki cara penghasilan lagu-lagu yang bakal diterbitkan.
Manusia tidak sempurna bukan? Tetapi itu bukan alasan untuk kami tidak melakukan yang terbaik pada masa akan datang.
Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong dan peminat KHAI BAHAR dan lagu-lagu yang bermesej positif.
Salam RATUKU dari saya seorang insan biasa,Azrul Azlan."
lirik lagu ratuku khai baharOnce again, sesiapa yang nak menderma, memberi sumbangan, tak kisah nak bagi berapa ringgit pun. Nak transfer even RM1, its okay. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga.
Ni adalah nombor akaun Wakaf MAIPs : 090 100 100 639 83 BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad).
"Apa gunanya harta, jika ada yang menderita.Apa gunanya hidup selesa jika ada yang terseksa.Bantulah mereka yang menderita mengalami penyakit buah pinggang.Bantuan anda adalah kebahagiaan mereka."
Itu sahaja, moga bermanfaat!
Till next time, daa~ wassalam! *smileee
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/12/lirik-lagu-ratuku-khai-bahar-tiada.html