Lirik Lagu Nur Nilam Sari Nyanyian Awie Wings
Lirik Lagu Nur Nilam Sari Nyanyian Awie WINGS|| Baru baru ni selalu terdengar kawan kat tempat sekerjaku menyebut 'Pinjam Seratus Nur Nilam Sari....'. Kadang kadang dia saja mintak aku: 'Pinjam Seratus'. Ah sudah, kenapa pulak ni?? Rupa rupanya tengah trend kat Tik Tok lirik lagu Nur Nilam Sari versi perubahan ayat 'Pinjam Sinarmu Nur Nilam Sari' kepada 'Pinjam Seratus' Nur Nilam Sari. Err... Lagu ni dah lama dulu dah tapi bila viral, barulah ramai ambil tahu kisah sebenar di sebalik lirik Lagu Nur Nilam Sari Nyanyian Awie WINGS ni.
Tahu tak? Lagu Nur Nilam Sari ini adalah berkisarkan tentang seseorang yang penting dalam kehidupan seorang M.Nasir iaitu anaknya yang bernama Nur Nilam Sari. Lagu Nur Nilam Sari ini dicipta ketika anaknya, Nur Nilam Sari berusia lapan minggu Dan dijadikan lagu sebagai melahirkan rasa bersyukur si bapa dengan kehadiran puteri mereka yang dinanti nantikan dalam keluarga mereka. Ya, sebelum kelahiran seorang Nur Nilam Sari, terdapat empat orang anak lelaki dilahirkan oleh arwah isteri M Nasir yang bernama Allahyarham Junainah (Nana) Dari kumpulan Ideal Sisters suatu ketika dulu. Arwah meninggal beberapa bulan selepas kelahiran Nur Nilam Sari disebabkan penyakit lelah. Al Fatihah buat Allahyarham Junainah Dan Loloq (Pencipta Lagu berdasarkan kisah sebenar M.Nasir). Semoga diampunkan segala dosa mereka. Aamin!
Sumber info: bebasnews
Sampai begini pun ada. Jumpa kat Instagram ✅
Tajuk Lagu: Nur Nilam Sari
Lirik Lagu: Loloq Dan ada perubahan sedikit oleh M Nasir
Penyanyi: Awie WINGS
⏩ Pinjam Sinarmu Nur Nilam Sari
Buatku Merempuhi Malam
Kabus Berlabuh Bagaikan awan
Mengaburi Penglihatan
Menyekat maksud di sempadan
Redup yang kupasangkan angan
Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata untuk
Kulupakan sengsara
Berapa kerdipan
Melaraskan jiwa
Menyusuk ke arah asalku
Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun kumasih gembira
Bagiku rahmat semuanya
Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun kumasih gembira
Bagiku rahmat semuanya
Oh mungkin kalau nasib ku berbeza
Aku 'tak mampu
Menilaikan dikau
Hoo, aku berani
Berani aku
Katakan dirimu itu
Dewi kayangan
Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku gembira
Bagiku rahmat semuanya
Peperangan yang melanda
Diriku ini sudah berakhir
Oh berakhir
Kepahitan dulu bertukar menjadi
Sebuah sejarah dan kenangan, manis
Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun kumasih gembira
Bagiku rahmat semuanya
Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
⏩ Jom dengar lagu popular zaman berzaman ni, lagu Nur Nilam Sari di Youtube ✅ Aku suka lagu lagu M Nasir. Penuh jiwa, makna Dan rentaknya yang sedap Didengar pada telinga. Paling favourite lagu Mentera Semerah Padi Dan Hati Emas 🫶 Ops, sebelum Berakhir entri ni, korang tahu tak M Nasir bakal mengadakan konsert bulan November depan?
Dapatkan tiket Konsert Gendang Pati segera, aku tengok banyak dah sold out tuh, ramai peminat M Nasir, kan 🤩
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2023/10/lirik-lagu-nur-nilam-sari-nyanyian-awie.html