Lirik Lagu Malique Kmy Kmo Aman Ra Ernie Zakri Ayuh
Lagu AYUH merupakan lagu tema OST (Official Sound Track) Filem Polis EVO 3 nyanyian Malique, Kmy Kmo, Aman RA dan Ernie Zakri. Lagu Ayuh dicipta oleh Malique. Manakala lirik lagu Ayuh ditulis oleh Malique, Kmy Kmo, Aman RA dan Adeep Nahar.
Muzik video rasmi AYUH mula disiarkan di YouTube channel Rocketfuel Network pada 19 Mei 2023
sumber : YouTube Rocketfuel Network
Tajuk lagu : Ayuh
Komposer : Malique
Lirik : Malique, Kmy Kmo, Aman Ra, Adeep Nahar
Penyanyi : Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan Ernie Zakri.
Lirik Lagu Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri - AYUH (OST Polis Evo 3)Verse 1 (Kmy Kmo) Bagi masa tujuh ribu malam aku meditasi Makan jiwa rasa ketujuh-tujuh Langit juga Bumi Ramai borak-borak lampu, rohaninya trauma misi Ramai kejar bayang ampu sedangkan ada setiap sisi Jejak, dikaji kecoh udara heboh tergopoh-gapah Sorok yang selok-belok diseluk si kaki papah Terbelok kau bengkang-bengkok yang molek esok-esok Bersongkok solek elok kekok lokek kacuk becok, ya yah Peluruku terbang, landai bukannya tinggi-tinggi Lengang kuserang, tahu-tahu sakit gigi-gigi Cuaca terang, pandainya bukan sipi-sipi Gelarku belang, selera sekawan biri-biri Balaclavanya hitam, badannya lapis kalis Aneka logam hitam, tiada yang mampu kalis Bruno, Steyr, Nato, woah Marco, Polo, Tango, go
Chorus Sila was-was nama yang diseru, Nanti das-das datang ubat rindu, Halilintar, malam biru, Silakan kalau benar benar jaguh, ayuh 2x Kalau benar benar jaguh, ayuh Tiada negosiasi, Masa untuk aksi, Nyawa dipertaruh, ayuh
Verse 2 (Aman RA) Komandan ketemukan komandan Usik pucuk kanan, pucuk kiri berkumandang Berdendang-dendang Ninabobok RPG-7 Musuh dalam selimut boleh tidur Rimau mati tinggalkan taring, tinggalkan taring Gajah mati tinggalkan gading, tinggalkan gading Akta 574 Fasal 440 Dendam sokong membawa rebah terlopong Hujan darah bila kepala anginku bersiru Rasakan amarah bergelora dalam diriku Perang bermalaikat, sabung berjuara Di mudik sebulankan, di hilir semuara Balaclavanya hitam, badannya lapis kalis Aneka logam hitam, tiada yang mampu kalis Bruno, Steyr, Nato, woah Marco, Polo, Tango, go
Ernie (bridge rap) 1 2 3 musuh berlari yang mana mahu diratah sibelang, kemana sekali pun kan ku cari tak kira gelita atau benderang, Mana kepala pendekar, gempita biar aku dampar, Sila pilih antara dua, neraka ataupun sangkar,
Chorus Ayuh! 2x Kalau benar benar jaguh, Ayuh! Tiada negosiasi, masa untuk aksi, nyawa dipertaruh, Ayuh!
Verse 3 (Malique) Bangkit dari bara lalu dihembusnya nyawa Saktinya dan aksinya, rencananya bencana Daktina ke paksina, negara dalam senggara Maka pesta, kerja, raya, lena, senggama tergendala gara gugat-ganggu hantu dari dasawarsa lalu Katanya tagih darah sahih, justifikasi ragu Emosi rapuhnya dipagar fasad jago sado Dendam lama dicandu dibakar ego dan bravado, bravo Dia Kitol al-Iskariot, dari hero ke sicario Dari bari dia kembali cari ahli biro di kota dan barrio Jari-jarinya menari-nari, cari, tabur, lari-lari Mario Dari api dia menjadi-jadi, satu di dahi dia kembali O Balaclavaku hitam, badanku lapis kalis Aneka logam hitam, siapa yang mampu kalis Bruno, Steyr, Nato, woah
Marco, Polo, Rambo, go
Chorus
Sila was was nama yang di seru,
Nanti das das datang ubat rindu,
Halilintar malam biru,
Silakan kalau benar benar jaguh, Ayuh!2x
Kalau benar benar jaguh, Ayuh!
Tiada negosiasi, masa untuk aksi,
nyawa dipertaruh, Ayuh! Evo
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/05/lirik-lagu-malique-kmy-kmo-aman-ra.html