Lionel Messi Legenda Terhebat Sepanjang Zaman


Perdebatan sama ada Lionel Messi layak digelar sebagai pemain terhebat sepanjang zaman, atau lebih mesra dipanggil G.O.A.T. - singkatan bagi Greatest of All Time - dalam sejarah bola sepak secara rasmi mencapai penghujungnya pada perlawanan akhir Piala Dunia 2022.


Jawapannya, ya - Lionel Messi adalah G.O.A.T. daripada semua G.O.A.T. yang pernah dunia bola sepak!

Ketiadaan pingat juara Piala Dunia sudah lama diperkatakan sebagai sebab utama mengapa Lionel Messi tidak dapat mengatasi legenda Brazil Pele dan ikon senegaranya Diego Maradona dalam dewata bola sepak.

Namun, dengan kemenangan Argentina ke atas Perancis dalam aksi akhir Piala Dunia yang mendebarkan di Doha, segala keraguaan terhadap 'maestro' berusia 35 tahun itu akhirnya terjawab.

Dalam kerjaya yang menakjubkan sepanjang tiga dekad, Lionel Messi telah memenangi 37 trofi kelab, tujuh anugerah Ballon D'Or dan enam But Emas Eropah.

Terdapat juga gelaran Copa Amerika, pingat emas Sukan Olimpik dan senarai rekod jaringan gol dan statistik yang mungkin tidak akan dapat ditewaskan.

Dalam aksi terakhirnya di Piala Dunia, Messi menjaringkan dua gol ketika Argentina berjuang untuk seri 3-3 pada masa tambahan sebelum menang 4-2 menerusi sepakan penalti.

Malah, hatrik ajaib Kylian Mbappe untuk Les Bleus tidak mampu merampas penobatan juara Lionel Messi dan Argentina dengan takdir pada malam itu nampaknya sudah ditetapkan.

"Ia adalah impian zaman kanak-kanak sesiapa sahaja," kata Messi.

"Saya bertuah kerana telah mencapai segala-galanya dalam kerjaya ini.

"Ia luar biasa. Lihat bagaimana cantiknya ia (trofi Piala Dunia). Saya sangat menginginkannya. Saya membayangkan bahawa kami akan menang Piala Dunia ini."

Ia telah mengambil lima percubaan dan rekod 26 perlawanan pusingan akhir Piala Dunia, tetapi budak lelaki dari Rosario - bandar hab ladang kira-kira 300 kilometer di utara Buenos Aires - akhirnya berjaya mengangkat dirinya bersama dewa bola sepak Argentina yang lain, Maradona, yang telah membawa negaranya merangkul gelaran itu pada 1986.

"Kami menderita, tetapi kami sudah memilikinya (Piala Dunia)," kata Messi.

"Saya mahu menutup kerjaya saya dengan ini, saya tidak boleh meminta apa-apa lagi, terima kasih Tuhan kerana memberi saya segala-galanya."

Berdasarkan jumlah dan julat piala yang dimenangi sahaja, tidak dapat dinafikan bahawa Lionel Messi adalah yang paling G.O.A.T. berbanding pesaing terdekatnya, Pele dan Maradona.

Walaupun tiga kejayaan Pele di Piala Dunia kekal tiada tandingan, kerjaya kelab ikon Brazil itu hambar berbanding Lionel Messi.

Sementara itu, Maradona hanya memenangi satu Piala Dunia dan tidak pernah menjulang Piala Eropah semasa beraksi untuk kelab Eropah, yang kebanyakannya dihabiskan bersama Barcelona dan Napoli.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa Pele, Maradona dan Messi wujud dalam era yang berlainan, dengan gaya dan permintaan bola sepak yang berbeza. Tiada bandingan yang diperlukan.

Hujah itu munasabah, namun jarang dalam satu-satu era, terdapat dua pemain hebat bersaing untuk memperoleh status G.O.A.T.

Kita bertuah dapat menonton permusuhan hebat antara Lionel Messi dengan Cristiano Ronaldo, meskipun harus akur bahawa kedua-dua pemain adalah wira dalam kelas mereka yang tersendiri.

PENCAPAIAN MESSI:
Satu Piala Dunia Tujuh anugerah Ballon D'Or Enam But Emas Eropah Satu Piala Copa Amerika Satu Pingat emas Sukan Olimpik 37 trofi kelab
Justeru, kebangkitan Messi sebagai G.O.A.T. di era moden ini tidaklah mudah dan bahkan mungkin sukar untuk generasi pemain akan datang mengatasi pencapaiannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala DuniaSejarah Asal Nama FIFA Dan Kenapa Piala Dunia Berlangsung Setiap 4 Tahun
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/12/lionel-messi-legenda-bola-sepak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Argentina Lionel Messi Gelaran Goat

Argentina Lionel Messi Gelaran Goat

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 328 hits
Siapa tengok final World Cup 2022 semalam Saya tengok tapi teridur juga pada 1st half Hahahah Tapi terjaga waktu akhir 2nd half Lepas tu memang layan sangat sebab finalnya paling epik sekali masuk waktu tambahan dengan Mbappe siap skor hatr...
Is Lionel Messi The Greatest Of All Time Grabmy

Is Lionel Messi The Greatest Of All Time Grabmy

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 211 hits
More on Stadium Astro http www stadiumastro com LIVE SPORTS UPDATES on Astro https t me stadiumastro STREAM VIA ASTRO GO http onelink to phh42h WATCH ASTRO IN ULTRA HD https product astro com my box Stadium Astro on Social Media
Pengalaman Mengajar Sepanjang Ambik Master

Pengalaman Mengajar Sepanjang Ambik Master

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 216 hits
Kat atas tu gambar aku pergi mengajar dekat Sekolah Al Amin Gombak Seram sejuk masa nakgi mengajar yang ni sebab first time Walaupun hanya mengajar untuk satu session je tapi berdebar dia tu memang lain maciam Haha Aku mengajar ni untuk sub...
Ratusan Usaha Kecil Di Sepanjang Rute Bec Bupati Ipuk Momen Gerakkan Ekonomi Rakyat

Ratusan Usaha Kecil Di Sepanjang Rute Bec Bupati Ipuk Momen Gerakkan Ekonomi Rakyat

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 161 hits
Ini yang kami harapkan saat digelar event event Banyuwangi Festival Ada dampak langsung bagi masyarakat yang turut mendapat keuntungan Kami membebaskan trotoar di sekitar lokasi untuk berjualan UMKM karena ini adalah pesta warga Banyuwangi ...
Dugaan Menulis Semula Blog Selepas Zaman Pandemik

Dugaan Menulis Semula Blog Selepas Zaman Pandemik

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 344 hits
Salam sejahtera Malaysia Baru dah nak masuk ambang tahun 2023 baru muncul balik mood Ayuni menulis dalam blog ni Ini pun masih dalam proses memperbaiki layout blog lama yang dah bersawang sambil bereksperimen bina coding dengan HTML CSS PHP...
Surah Amalan Sepanjang Mengandung

Surah Amalan Sepanjang Mengandung

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 205 hits
Penutup 2022 Sharing kali ni MD khususkan untuk ibu ibu mengandung masa dapat tau pregnant Maktok sharekan surah surah untuk MD amalkan sepanjang tempoh mengandung Alhamdulillah ketiga tiga anak MD amalkan semua surah surah ini SURAH AMALAN...
12 Rekomen Filem Terbaik Indonesia Sepanjang Tahun 2022

12 Rekomen Filem Terbaik Indonesia Sepanjang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 528 hits
Filem filem Indonesia nampaknya semakin hari semakin berkualiti dan pecah panggung dibuatnya sehingga ada yang memasuki pasaran Malaysia Bungkusss Filem filem Indonesia terbaik 2022 12 KKN Di Desa PenariKKN di Desa Penari diangkat dari kisa...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Calon Pm Pembangkang

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News

Pelajar Kolej Ditemukan Mati Di Rumah Keluarga Disyaki Dibunuh

Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon

Polis Mohon Orang Awam Bantu Siasatan Kejadian Anjing Disiat