Lintah Bulan Fakta Menarik Cara Lindungi Tanaman Anda


Pernah tak korang jumpa lintah bulan masa tengah berkebun, diluar rumah ataupun di dalam rumah (oh tidak!)? 
Lintah ini saiznya kecil, lembik, dan berlendir. Memang nampak tidak menarik dan ada ramai juga yang geli dengan haiwan ni. 
Sebenarnya, lintah bulan bukan sekadar makhluk kecil yang berkeliaran. Mereka memainkan peranan penting dalam ekosistem dan pada masa sama, boleh menjadi ancaman serius kepada tanaman di rumah atau kebun. 
Macam mana nak kenal lintah ni, apa mereka makan, dan macam mana nak lindungi tanaman korang daripada ‘serangan’ haiwan ni?
Hah, kalau nak tahu lebih lanjut pasal haiwan unik ni, jom baca perkongsian di bawah.
BACA JUGA: 10 Racun Tikus Terbaik & Berkesan Untuk Rumah Anda
Apa Itu Lintah Bulan? Lintah bulan (dikenali sebagai slugs dalam bahasa Inggeris) tergolong dalam kumpulan haiwan gastropoda yang tidak bertulang belakang. 
Tidak seperti siput yang mempunyai cangkerang keras, lintah ini tidak memiliki cangkerang atau ada yang memiliki cangkerang tetapi cengkerangnya sangat-sangat kecil. 

Sumber: The Guardian Haiwan ini bergerak perlahan menggunakan otot-otot di bawah tubuhnya, menghasilkan lendir untuk memudahkan pergerakan di permukaan yang kasar atau licin.
Kehadiran lendir ini juga berfungsi melindungi tubuh haiwan ini daripada kekeringan.
Berbeza dengan siput yang mempunyai cangkerang besar untuk berlindung, haiwan ini menjalani kehidupan tanpa perlindungan keras di badannya. 
Menariknya,haiwan ini mengalami proses kilasan semasa perkembangan mereka, di mana organ dalaman mereka berputar 180 darjah. 
Walaupun secara luaran haiwan ini kelihatan simetri, anatomi dalaman mereka menunjukkan kesan putaran ini.
Satu ciri unik haiwan ini adalah kehadiran pneumostome, iaitu lubang pernafasan yang biasanya terletak di sebelah kanan badan mereka.
Jenis-Jenis Lintah Bulan Lintah bulan mempunyai pelbagai spesies yang berbeza dari segi saiz dan warna. Antaranya ialah:
1. Arion ater (Lintah Bulan Hitam)

Sumber: Wikipedia Lintah ini berwarna hitam legam dan biasa ditemui di kawasan hutan yang lembap. Saiznya boleh mencapai sehingga 15 cm panjang. Ia sering memakan tumbuhan reput dan lumut. 
Arion ater lebih aktif pada waktu malam dan memerlukan persekitaran yang lembap untuk bergerak dengan selamat. Spesies ini memainkan peranan penting dalam ekosistem dengan mengitar semula bahan organik yang reput.
2. Limax flavus (Lintah Bulan Kuning)
Sumber: CABI Digital Library Spesies ini mempunyai badan berwarna kuning kehijauan dengan tompok coklat. Ia biasa ditemui di kawasan taman atau berhampiran struktur kayu lama. Panjangnya sekitar 10 cm. 
Limax flavus juga dikenali sebagai lintah bulan selari atau lintah bulan taman kelabu. Ia mempunyai tentakel berwarna biru pucat yang unik. 
Spesies ini sering dikaitkan dengan penempatan manusia dan biasanya ditemui di kawasan lembap seperti ruang bawah tanah dan dapur.
3.  Limax maximus (Lintah Bulan Raksasa)
Sumber: The New York Times Dikenali dengan badan bercorak hitam dan putih, lintah bulan ini boleh mencapai panjang sehingga 20 cm. Habitatnya termasuk kawasan lembap seperti gua dan taman. 
Limax maximus mempunyai corak belang-belang yang menarik pada badannya, menjadikannya mudah dikenali berbanding spesies lain.
4. Hot Pink Slug
Sumber: Australian Geographic Hot pink slug uga dikenali sebagai lintah merah jambu Mount Kaputar (Triboniophorus aff. graeffei), ditemui di kawasan terpencil Gunung Kaputar, New South Wales, Australia.
Lintah ini terkenal dengan warna neon-pink yang menonjol dan dapat mencapai panjang sehingga 20cm. Mereka hidup di kawasan alpine yang lembap dan terpencil, memakan lumut dan lumut kerak.
NOTA: Lintah bulan berbeza dari lintah biasa kerana ia tidak menghisap darah tetapi lebih cenderung kepada pemakanan bahan organik reput. Habitatnya meliputi hutan, taman, dan kawasan persekitaran rumah yang lembap. Penyesuaian seperti warna badan membantu lintah bulan menyamarkan diri daripada pemangsa.
Lintah Bulan Makan Apa? Lintah bulan adalah haiwan omnivor, tetapi mereka lebih cenderung memakan bahan organik seperti daun, batang, dan akar tanaman. Mereka juga boleh memakan kulat dan sisa haiwan.
Antara sumber makanan haiwan ini ialah: 
Daun-daun muda dan lembut Buah-buahan yang sudah masak Cendawan Alga Lumut Cacing Lintah bulan bukan sahaja memakan sisa haiwan, tetapi juga boleh menjadi pemangsa aktif. Mereka boleh memakan sesama sendiri dan bangkai haiwan lain.
Sesetengah spesies lintah bulan juga boleh memakan sisa-sisa tumbuhan yang reput. Ini memainkan peranan penting dalam kitaran nutrien di dalam ekosistem. 
Walau bagaimanapun, tabiat pemakanan mereka boleh menjadi masalah bagi para pekebun kerana mereka cenderung untuk merosakkan tanaman.
Bahaya Lintah Bulan Walaupun lintah bulan kelihatan tidak berbahaya, mereka boleh menimbulkan beberapa masalah:
1. Kerosakan tanaman: Haiwan ini boleh menyebabkan kerosakan yang ketara kepada tanaman di kebun dan ladang, terutamanya kepada anak benih dan daun muda.
2. Pembawa parasit: Sesetengah spesies haiwan ini boleh menjadi hos perantara untuk parasit seperti cacing paru-paru tikus, yang boleh menjangkiti haiwan peliharaan dan kadangkala manusia.
3. Gangguan estetik: Kehadiran haiwan ini yang berlebihan boleh menjejaskan penampilan taman dan kawasan landskap.
4. Pencemaran makanan: Jika tidak dikesan, haiwan ini boleh mencemari hasil tanaman, menyebabkan masalah kebersihan makanan.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa haiwan ini juga memainkan peranan penting dalam ekosistem, membantu dalam penguraian bahan organik dan menjadi sumber makanan untuk haiwan lain.
Petua Lindungi Tanaman dari Lintah Bulan Sumber: Property Guru Kaedah Pencegahan 1. Tanam tumbuhan penghalau
Tanam pokok yang tidak disukai oleh haiwan ini seperti rosemary, ru, jintan manis, dan kulit kayu manis di sekitar tanaman utama anda. Tumbuhan ini mengeluarkan bau yang tidak digemari oleh haiwan ini, seterusnya menghalang mereka daripada mendekati tanaman lain. 
2. Buang tempat persembunyian
Haiwan ini suka bersembunyi di bawah batu bata, perabot lama, papan dan bongkah kayu. Buang semua benda ini dari kawasan taman anda. Ini akan mendedahkan haiwan ini kepada pemangsa dan mengurangkan habitat yang sesuai untuk pembiakan mereka. 
3. Bina penghadang
Letakkan bahan bergerigi atau tajam di sekeliling tanaman anda. Ini termasuk:
Kulit telur yang ditumbuk Batu kerikil tajam Habuk gergaji Serbuk kopi Bahan-bahan ini menyukarkan pergerakan haiwan ini yang berbadan lembut dan berlendir. 
Kaedah Fizikal 1. Permukaan licin
Untuk tanaman dalam pasu, semburkan pelincir seperti WD40 atau semburan silikon di sekeliling pasu. Ini menjadikan permukaan terlalu licin untuk haiwan ini memanjat. 
2. Pita tembaga
Letakkan pita tembaga di sekitar pasu atau di atas tanah. Apabila haiwan ini bersentuhan dengan tembaga, ia akan mengalami kesan seperti kejutan elektrik yang akan menghalang haiwan ini bergerak.
Kaedah Biologi 1. Cacing Nematoda
Siramkan air yang mengandungi cacing nematoda ke atas tanah. Cacing ini adalah parasit kepada haiwan ini dan akan membiak di dalam badan mereka, seterusnya membunuh haiwan ini. 
2. Pemangsa semula jadi
Galakkan kehadiran pemangsa haiwan ini seperti:
Ayam Burung-burung Haiwan ini akan memakan haiwan ini dan mengurangkan populasi mereka secara semula jadi. 
Kaedah Kimia Garam
Taburkan sedikit garam ke atas haiwan ini yang anda temui. Walau bagaimanapun, berhati-hati agar tidak menabur terlalu banyak garam kerana ia boleh menjejaskan tanaman anda. 
BACA JUGA: Fakta Tentang Susu Kucing dan Jenama Susu Untuk Dicuba
Lintah Bulan Masuk Rumah, Petanda Apa? Dalam budaya Melayu, kehadiran haiwan ini di dalam rumah sering dikaitkan dengan pelbagai kepercayaan:
1. Petanda hujan: Sesetengah orang percaya bahawa lintah bulan yang masuk ke dalam rumah menandakan hujan lebat akan turun tidak lama lagi.
2. Simbol rezeki: Ada yang menganggap kehadiran haiwan ini sebagai petanda rezeki yang akan datang ke rumah tersebut.
3. Amaran bencana: Seperti dalam kepercayaan Jawa tentang lintah, sesetengah orang Melayu juga percaya bahawa lintah bulan yang masuk rumah boleh menjadi amaran tentang bencana yang akan berlaku.
4. Tanda perubahan: Kehadiran haiwan ini kadangkala dianggap sebagai petanda bahawa perubahan besar akan berlaku dalam kehidupan penghuni rumah.
Walau bagaimanapun, dari sudut saintifik, kemasukan haiwan ini ke dalam rumah lebih berkemungkinan disebabkan oleh faktor-faktor seperti kelembapan tinggi, pencarian makanan, atau perubahan cuaca. 
Oleh itu, anda perlu mengatasi faktor-faktor tersebut untuk mengelakka kehadiran haiwan ini ini. Elakkan mempercayai perkara mistik yang tidak jelas dan kurang logik. 
Fakta Menarik Mengenai Lintah Bulan Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai lintah bulan yang mungkin mengejutkan korang:
1. Tidak Menghisap Darah Berbeza dengan lintah biasa, lintah bulan tidak menghisap darah. Sebaliknya, ia memakan bahan organik yang reput seperti daun, lumut, dan cendawan.
2. Hermaphrodit Lintah bulan adalah haiwan hermaphrodit, yang bermaksud setiap individu memiliki kedua-dua organ pembiakan jantan dan betina. Ini membolehkannya membiak dengan lebih mudah, terutama dalam keadaan populasi kecil.
3. Pergerakan Menggunakan Lendir Lintah bulan bergerak dengan bantuan lapisan lendir yang dihasilkan pada tubuhnya. Lendir ini bukan sahaja membantu pergerakan tetapi juga melindungi tubuhnya daripada kekeringan.
4. Bernafas Melalui Kulit Lintah bulan tidak mempunyai paru-paru. Ia bergantung sepenuhnya kepada kulitnya yang lembap untuk menyerap oksigen daripada persekitaran.
5. Peka terhadap Cahaya Walaupun haiwan initidak mempunyai mata yang tajam, ia dapat mengesan cahaya dan bayang-bayang. Ini membolehkannya mengelak daripada pemangsa di kawasan terbuka.
6. Penting untuk Ekosistem Lintah bulan memainkan peranan penting dalam ekosistem sebagai pemecah bahan organik. Ia membantu mempercepat proses penguraian, menjadikan tanah lebih subur.
7. Ada yang Beracun Beberapa spesies lintah bulan menghasilkan toksin yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit manusia jika disentuh. Namun, ini jarang berlaku dan bergantung kepada spesies.
8. Boleh Hidup Lama Tanpa Makanan Lintah bulan mampu bertahan tanpa makanan selama beberapa minggu, terutama dalam keadaan kering, dengan memperlahankan metabolisma tubuhnya.
9. Warna Badan Sebagai Penyamar Warna badan lintah bulan berfungsi sebagai penyamar untuk melindungi diri daripada pemangsa. Ia boleh kelihatan seperti daun mati atau batu kecil di kawasan sekitarnya.
10. Rekod Panjang Sejarah Fosil menunjukkan bahawa lintah bulan telah wujud sejak zaman prasejarah, membuktikan keupayaannya menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.
BACA JUGA: Fakta Tentang Semut Charlie Yang Ramai Tak Tahu
Penutup Kesimpulannya, lintah bulan adalah haiwan yang penting dalam ekosistem walaupun ia boleh menimbulkan beberapa masalah terutamanya berkaitan tanaman.
Dengan mengambil langkah-langkah perlindungan tanaman yang betul, kita dapat mengurangkan kesan negatif lintah bulan terhadap kebun dan tanaman. 
Rujukan:
Wikipedia Animal Diversity Web 9 Petua Untuk Melindungi Tumbuhan Anda Dari Lintah Bulan – Property Guru Australian Geographic

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/lintah-bulan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lintah-bulan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fakta Kes Kes Gangguan Seksual Melibatkan Agus Buntung Yang Menarik Perhatian Awam

Fakta Kes Kes Gangguan Seksual Melibatkan Agus Buntung Yang Menarik Perhatian Awam

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 107 hits
Jakarta Kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan I Wayan Agus Suartama atau dikenali sebagai Agus Buntung seorang individu kurang upaya dari Nusa Tenggara Barat terus mendapat perhatian awam terutama selepas fakta mengejutkan mengena
Highlight Sgcc2024 Ini Fakta Menarik Korang Kena Tahu

Highlight Sgcc2024 Ini Fakta Menarik Korang Kena Tahu

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 118 hits
Untuk tegar peminat komik yang masih tak tahu Singapore Comic Con 2024 bakal kembali Kali ini ada lebih daripada 400 pempamer dan 480 terlibat Semuanya bakal berlangsung di ruang 200 000 kaki persegi pada 7 dan 8 Disember di Marina Bay Sand...
12 Tips Mudah Cara Buat Ebook Menarik Dan Tanpa Modal Besar

12 Tips Mudah Cara Buat Ebook Menarik Dan Tanpa Modal Besar

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 280 hits
Ketahui cara buat ebook dari memilih topik menulis hingga memasarkan Panduan ini sesuai untuk anda yang mahu mencuba dunia penerbitan digital Ebook semakin popular di Malaysia sebagai cara untuk berkongsi ilmu dan menjana pendapatan Proses ...
Syarat Dan Cara Pengeluaran Kwsp Akaun 3

Syarat Dan Cara Pengeluaran Kwsp Akaun 3

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 206 hits
Anda dah check baki KWSP Akaun 3 ke belum Jika ada plan nak keluarkan duit KWSP anda ini syarat dan cara pengeluaran KWSP Akaun 3 yang perlu anda tahu Senang je nak keluarkan duit KWSP anda hanya pakai apps di smartphone sahaja Sambil tengo...
Cara Kongsi Duit Raya Melalui Touch N Go Ewallet

Cara Kongsi Duit Raya Melalui Touch N Go Ewallet

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 98 hits
Kini anda boleh kongsi duit raya melalui Touch n Go eWallet kepada kawan kawan sepupu atau anak buah anda Memang mudah sangat sekarang nak share duit raya lepas ni Anda juga boleh beri duit raya kepada anak buah anda walaupun dia tinggal be...
Cara Clear Cache Android Phone Vivo

Cara Clear Cache Android Phone Vivo

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 94 hits
Saya sangat recommend untuk clear cache Android phone anda sebelum buat sebarang major update terutama nya apabila melibatkan operating system update seperti update dari Android 13 ke Android 14 Tujuan nya adalah bagi melancar kan system op...
5 Cara Capai Matlamat Hidup Dengan Bergaya

5 Cara Capai Matlamat Hidup Dengan Bergaya

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 87 hits
Apa cara capai matlamat hidup untuk tahun baru ni Saya bukan lah pakar motivasi atau influencer yang boleh memberi kata kata semangat untuk anda tetapi saya share cara bagaimana saya kekal consistent dalam kehidupan seharian saya untuk menc...
Cara Buat Ikan Tilapia Kukus Chinese Style Yang Mudah Guna Microwave 6 Minit Dah Siap

Cara Buat Ikan Tilapia Kukus Chinese Style Yang Mudah Guna Microwave 6 Minit Dah Siap

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 251 hits
Nama saja ikan kukus tapi sebenarnya lauk ini langsung tak perlu keluarkan periuk pengukus bagai Resipi ala Chinese style ini diolah oleh Fienaz Shafie dengan cara yang mudah boleh dimasak hanya menggunakan microwave saja Resipi ikan tilapi...
Jantung Anda Ada Otak Kecil Sendiri Kajian Temui Cara Jantung Bekerja Seperti Otak

Jantung Anda Ada Otak Kecil Sendiri Kajian Temui Cara Jantung Bekerja Seperti Otak

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 92 hits
Dec 09 2024 12 45 PM IST Jantung bukan organ pasif yang hanya mengikuti arahan otak Rupa rupanya ia juga memiliki otak kecilnya sendiri Jantung adalah organ yang kompleks dan penuh dengan misteri Dulu sistem saraf jantung dianggap hanya seb...
Lirik Lagu Nirmala Noh Salleh

Pengertian Ilmu Kalam Sejarah Sumber Manfaat

First Time Di Aurum Theater Trx

Tangkasnet Slots And Big Wins Await You On 389sport

15 Foto Barang Yang Ada Dalam Beg Tangan Wanita Mengikut Kerjaya Mereka

Hamzah Gets Taste Of Sabah S Woes Says Change In State Govt A Must

How To Stay Positive And Manage Anxiety During Exam Season

Jjcm Kuching Day 3 Supper Di Rooftop


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software

Wanita Ditahan Kerana Memandu Secara Bahaya Cuba Langgar Polis

Pemandu Ditelan Lubang Benam Penuh Air

Nightlife Unplugged Discover Da Nang S Hidden Gems

Malaysia Truly Asia 2026 What You Need To Know And Why It Matters