Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid


Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum FaraidRamai yang berfikir harta akan dibagi kepada waris semasa hidup, malangnya, ramai yang menemui ajal dahulu dan membiarkan waris bermusuh kerana berebut harta pusaka…

Kadang-kadang kita tanya kawan kita, ‘Engkau ada menulis wasiat?’Jawapan yang kita biasa dengar ialah ‘Dah ada hukum faraid kenapa perlu buat wasiat.’Lagi satu kita dengar, ‘mana boleh kita boleh menulis wasiat kepada ahli keluarga.’Ada betul dan ada kurang tepat jawapan itu. Mari kita lihat dahulu kesah harta pusaka
RM6o Bilion Harta Pusaka Terbeku – Antara Sebab Gagal Menulis WasiatAntara sebab harta orang Islam terbeku ialah semasa hidup mereka tidak membuat wasiat bagi melantik orang yang dipercayai bagi menguruskan harta pusaka kemudian hari.Adakah anda tahu harta seseorang itu akan terbeku secara automatik apabila beliau meninggal
Pada 2016, harta orang Islam Malaysia terbeku dianggarkan RM60 bilion. Ini termasuk tanah dan properti yang masih nama si mati, simpanan di bawah Wang Tidak Dituntut atau simpanan yang tidak ada penama di institusi kewangan seperti KWSP atau Tabung Haji
Nilai harta terbeku ini mungkin mencecah RM85 bilion pada 2020 jika andaikan ia tumbuh 10% setahun
Antara sebab harta orang Islam terbeku ialah semasa hidup mereka tidak menulis wasiat
Tanpa wasiat, pihak berkuasa tidak tahu siapa waris dan cara menghubungi mereka
Orang Kaya Pun Terlupa Menulis WasiatAdakah anda ikuti kesah pertelingkahan harta pusaka di kalangan waris arwah Jamaludin Jarjis, Syed Kechik dan Raja Nong Chik
Pertelingkahan Harta Pusaka Kerana Tidak Melantik Pentadbir Harta PusakaKetiga-tiga arwah Jamaludin Jarjis, Syed Kechik dan Raja Nong Chik adalah kaya dan memiliki harta berpuluh juta ringgit
Dalam semua kes di atas waris si mati samada ibu, anak dan isteri membawa kes pertelingkahan harta pusaka ke Mahkamah Tinggi
Mereka bukan berebut harta pusaka tetapi berebut hendak menjadi pentadbir harta secara bersama
Sebagai pentadbir harta, mereka ada kuasa mencairkah harta si mati untuk diagihkan kepada waris
Jika kita ikuti perjalanan kes perbicaraan di atas, ketiga-tiga kes mempunyai satu isu yang serupa: semasa hidup arwah ini tidak membuat wasiat dan melantik pentadbir harta pusaka atau wasi.Tanpa wasiat, waris sendiri yang menentukan siapa di kalangan mereka menjadi pentadbir harta pusaka. Mungkin ada yang tidak mempercayai satu sama lain
Pengurusan Harta Pusaka Yang MelecehkanWaris mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun dalam menguruskan harta pusaka – bemula dari perbincangan keluarga melantik pentadbir, menyenaraikan harta dan hutang si mati, membuat permohonan harta pusaka, perbicaraan harta pusaka hinggalah harta itu berpindah kepada waris
Sebelum harta itu diagih kepada waris, maka hutang dunia dan akhirat si mati hendaklah diselesaikan dahulu
Jika ada wasiat, hibah dan tuntutan harta sepencarian maka bahagian ini akan diselesaikan dahulu sebelum waris mendapat hak harta pusakanya
Jika si mati banyak harta, proses pembahagian harta pusaka semakin rumit dan memakan masa! Bayangkan jika si mati ada banyak properti dan dibiayai dengan pinjaman bank, memang penatlah waris menguruskannya
Ini belum kira si mati memiliki syarikat perniagaan, pemilikan saham di Bursa, pemilikan bon, simpanan emas, akaun pertukaran asing (forex), akaun perniagaan online dan insurans hayat. Tentu ia satu beban kepada waris menguruskannya
Harta Pusaka Melebihi RM2 Juta Di Bawah Bidang Kuasa Mahkamah TinggiSamada sesorang itu membuat wasiat atau tidak, waris tetap akan melantik peguam bagi menguruskan harta pusaka melebihi RM2 juta ke Mahkamah Tinggi. Sebuah kondo mewah dan banglo di Kuala Lumpur pun mungkin lebih RM2 juta
Melantik peguam bagi kes Mahkamah Tinggi, antara ada isunya caj guaman yang tidak ada skala, peguam kurang kepakaran dan pengalaman dalam mengurus harta pusaka
Ada juga kes harta pusaka terbiar apabila peguam meninggal dunia atau meninggalkan profesion guaman
Ramai Sedar Pentingnya Menulis Wasiat Dan Melantik Pentadbir Harta PusakaWasiat pada hari ini berfungsi melantik pentadbir yang akan menguruskan harta pusakaKesedaran orang ramai terutama golongan profesional semakin meningkat akan keperluan membuat wasiat bagi melantik pentadbir harta pusaka bagi membolehkan harta dan hutang diuruskan secara cekap apabila mereka meninggal
Jika telah melantik pentadbir harta dalam wasiat, kehidupan isteri, ibu bapa dan anak-anak tidak akan terganggu hidup dan pelajaran anak-anak berjalan lancar sekiranya ketua keluarga atau suami meninggal
Lima Sebab Menulis Wasiat1. Percepatkan Proses Pembahagian Harta Pusaka Oleh Pengurus ProfesionalBanyak syarikat amanah yang memberikan khidmat pentadbiran harta pusaka pewasiat bagi memastikan harta diurus dengan cepat dan waris mendapat haknya secara adilWasiat dapat mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka kepada waris apabila pewasiat melantik orang yang dipercayainya menguruskan harta pusaka selepas kematiannya
Mereka yang dilantik ini dipanggil pentadbir harta atau wasi. Pentadbir ini boleh beberapa orang atau sebuah syarikat amanah
Orang ramai lebih suka memilih syarikat amanah sebagai pentadbir harta atau wasi kerana mereka tiada kepentingan dalam pusaka si mati, mempunyai pengalaman, kemahiran dan lebih selamat, boleh dipercayai dan terus bertahan di pasaran. Ini kerana syarikat amanah ditubuhkan di bawah Akta Amanah yang dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia.Tanpa perlantikan wasi, waris akan bermuafakat melantik pentadbir di kalangan mereka bagi menguruskan harta si mati dengan Unit Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi
Ada kemungkinan proses pembahagian harta pusaka menjadi lambat kerana tidak ada persefahaman waris-waris melantik pentadbir. Sebab yang lain ialah waris-waris sibuk dan tidak ada pengalaman menguruskan harta pusaka
2. Proses Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Syariahnya – Hukum FaridUstaz Hilmi, penceramah dan juga pengarang buku Faham FaraidJika melantik wasi syarikat amanah dan yang berpengalaman dalam pengurusan harta pusaka, proses pembahagian harta pusaka akan melalui proses syariah yang berasaskan Hukum Faraid tanpa ragu-ragu
Hukum Faraid adalah asas pembahagian harta pusaka. Syarikah amanah akan memastikan semua waris hadir semasa membaca wasiat, menjelaskan hutang si mati, termasuk peruntukan upah mengerjakan haji, kafarat puasa dan nazar yang belum sempat ditunaikan
Setelah itu, harta pusaka digunakan bagi menunaikan wasiat 1/3, melaksanakan hibah dan harta sepencarian. Baki baru dibahagi kepada waris yang berhak
3. Sedekah Jariah Ke Jalan AllahRamai yang mengidap sakit buah pinggang, anda boleh bersedekah dengan memberi mesin dialisis.Tiga Amalan Yang Tidak Terputus PahalanyaDaripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).Sekolah tahfiz Quran, perpustakaan, masjid, surau, hospital, pusat dialisis, pusat kanser menunggu sahaja sumbangan orang ramai untuk membina, membesar pusat tersebut atau melengkapkan peralatan
Semasa hidup ramai yang berzakat dan bersedekah bagi merealisasikan kelebihan amalan di atas. Ada yang menangguhkannya ke satu masa yang sesuai, tetapi ajal tidak pernah memberi notis
Cara yang berkesan ialah membuat wasiat. Wasiat membenarkan seseorang itu meninfak, mewakaf atau mensedekahkan 1/3 hartanya untuk berjasa selepas kematiannya
4. Sedekah Harta Kepada Orang TersayangWasiat membolehkan pewasiat kepada orang tersayang seperti properti, pelaburan, barang kemas kepada waris jauh dan orang yang berjasa dalam hidup pewasiatAda orang yang mahu sedekah kan harta kepada orang atau waris tersayang sekiranya ia meninggal awal atau penerima itu masih lagi kanak-kanak dan tak sesuai membahaginya dahulu. Oleh itu, wasiat boleh membantu hal ini
Mereka ini contohnya ialah, adik beradik, sepupu, anak saudara dan cucu. Mereka ini waris tetapi bukan waris utama
5. Memberi Sebahagian Harta Kepada Anak AngkatAnak angkat berhak mendapat 1/3 harta bapa angkatnya jika buat wasiat bertulisAnak angkat atau bapa angkat walaupun bukan waris berhak menerima harta maksimum 1/3 harta bapa angkat atau anak angkat tetapi dengan berwasiat
Biasa kita dengar anak angkat tidak mendapat satu sen pun harta bapa angkat walaupun dipelihara sejak umur sehari. Harta pusaka tersebut akan dibolot oleh waris iaitu ibu bapa dan adik beradik ayah angkatnya
Hubungi Perunding Untuk Menulis WasiatAnda boleh menghubungi perunding kewangan anda atau saya bagi buat wasiat atau penjelasan lanjut mengenai wasiat. Hubungi saya:Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd
Tel: 013 366 1242 Email: [email protected] mahu artikel baru mengenai wasiat, harta pusaka, hukum faraid dan hibah masuk terus ke email anda? Berlanggan di sini:First Name Email address Email address: Pautan Berguna:
Panduan Membuat Wasiat Yang Boleh Dipercayai Dan BerkesanMengapa Memilih as-Salihin Trustee Berhad Dalam Urusan Perancangan Harta Dan Harta Pusaka?Maksud Faraid Ramai Yang Tak TahuArtikel ini ditulis oleh Abd Rahaman Rasid, Perunding as-Salihin Trustee Berhad. Beliau boleh dihubungi dengan 013 366 1242 atau email [email protected]
Untuk keterangan lanjut sila layari https://rahamanrasid.com/2020/06/30/menulis-wasiat-5-sebab-buat-wasiat-hukum-faraid/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/08/lima-sebab-orang-menulis-wasiat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu Dan Ayah Meninggal Dunia

Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu Dan Ayah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 316 hits
Apakah yang patut anda lakukan semasa hidup supaya harta pusaka anda tidak memberi masalah kepada ahli keluarga kemudian hari Antara soalan yang orang suka tanya apakah hukum faraid apabila ibu dan ayah meninggal dunia Ibu ayah anda masih h...
Ali Puteh Anggap Yang Masih Mengecam Tak Faham Hukum Faraid

Ali Puteh Anggap Yang Masih Mengecam Tak Faham Hukum Faraid

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 305 hits
Selepas abang saya pergi hanya saya satu satunya lelaki dalam keluarga Hati anak mana yang tidak sedih melihat ibunya dikecam dengan pelbagai kata kata tidak benar Apa yang saya buat ini demi keluarga dan tanggungjawab saya kepada ibu Jadi ...
Isu Pia Politik Balas Dendam Hukum Pulau Pinang

Isu Pia Politik Balas Dendam Hukum Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 361 hits
Pada 22 Ogos 2020oleh PENTADBIRPenantian sehingga selepas 2023 sebelum membuat keputusan tentang pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tidak lain tidak bukan ialah sebenarnya pembatalan projek tersebut Mantan Menteri Kewanga...
Kasus Peretasan Situs Berita Tempo Harus Ditindak Secara Hukum

Kasus Peretasan Situs Berita Tempo Harus Ditindak Secara Hukum

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 239 hits
Dewan Kehormatan Persatuan Wartawan Indonesia Nasihin Masha mengungkapkan bahwa peretasan situs berita Tempo merupakan bentuk tindak pidana Menurutnya aparat harus menyelidiki kasus ini
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa