Lima Ribu Orang Bakal Banjiri Maeps Untuk Malaysia Book Of Records April Ini
26 Tenaga Pengajar (ZIN®) , 12 Jam Tanpa Henti, 1 Acara Untuk 1 RekodLebih lima ribu orang bakal membajiri MAEPS, Serdang 20 April 2019 ini bagi melakar sejarah dan mencipta rekod, Zumba paling panjang tanpa henti iaitu selama 12 jam. KL Zumba Marathon 2019 yang julung kali diadakan ini bukan sahaja yang pertama diadakan di Malaysia tetapi juga di Asia dan di dunia.
Bertempat di Dewan Utama A, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang mempunyai keluasan paling luas iaitu 10,000 orang bakal mengumpulkan lebih 5,000 peserta.
Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk harga tiket 'Super Early Bird' di mana kita akan dapat ukirkan nama sendiri di atas baju rasmi KLZM2019. Jadi tunggu apa lagi guys, inilah masanya untuk kita bersama-sama menjayakan acara yang menghimpunkan seluruh peminat kecergasan diseluruh tanah air terutama peminat Zumba bagi mencipta satu lagi rekod baru , bakal dicatatkan di dalam Malaysia Book Of Records
MAEPS Serdang Sebagai Penaja Utama Lokasi
MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang) yang memang terkenal sebagai lokasi pelbagai acara terutamanya MAHA mempunyai Taman Pelancongan Agro (Agro Tourism Park) berkeluasan 130 hektar untuk kita terokai dan menyertai pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan bersama keluarga.
Menjadi pilihan lokasi percutian hujung minggu MAEPS menawarkan pelbagai lawatan penuh bermaklumat dan menyeronokkan. Selain taman yang luas, restoran, ruang aktiviti dan pelbagai kemudahan, kemudahan penginapan juga disediakan berhadapan tasik yang sangat indah. Menariknya aktiviti berbasikal atau berjoging di dalam taman itu pula tidak dikenakan sebarang caj atau yuran kemasukan.
Memandangkan, taman ini begitu luas untuk diterokai, kita tidak perlu risau untuk ‘mengembara’ di dalamnya kerana terdapat kemudahan tram yang disediakan dengan hanya perlu membayar RM45 seorang untuk membeli pakej lawatan ditawarkan. Akan tetapi dengan tiket KLZM2019 berharga serendah RM65 kita bakal mendapat pakej lawatan dan kemudahan tram ini secara PERCUMA.
MAEPS juga telah dipilih dan berbesar hati menaja lokasi KLZM2019 kerana lokasinya yang strategik dan mempunyai kemudahan yang amat lengkap untuk kita lawati dan merasai sendiri pengalaman sebagai pelancong agro.
12 Jam Zumba Tanpa Henti
KL Zumba Marathon melibatkan 26 tenaga pengajar selebiriti Zumba Malaysia dan dijalankan secara berterusan tanpa henti selama 12 jam bermula dari jam 8 pagi sehingga 8 malam. Zumba paling lama tanpa henti ini merupakan kali pertama diadakan di Malaysia, Asia dan dunia yang akan diabadikan di dalam MALAYSIA BOOK of RECORDS.
Jangan risau, surau sebesar di RnR turut disediakan untuk kemudahan kita dan kita boleh keluar dan masuk dari dewan utama Zumba untuk melawat taman Agro Maeps sesuka hati dengan syarat memakai Wristband yang disediakan kerana terdapat aktiviti lain di luar dewan utama seperti mini karnival, food trucks, exhibition booth, kids play area dan pakej lawatan MAEPS Agro Tourism Park untuk dilawati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Harga Tiket & Sijil Penyertaan Malaysia Book of Records
Harga tiket KLZM2019 ini hanya serendah RM65.00 untuk penyertaan awal. Kita dapat sekali pakej lawatan MAEPS Agro Tourism Park dengan menaiki tram (RM45.00) , baju rasmi KLZM2019 Malaysia Book of Records berjenama Ultron (Bernilai RM100), bag, botol air, tuala , dan pelbagai lagi barangan penajaan yang lain secara PERCUMA.
Paling dinantikan sijil pernyertaan KLZM2019 Malaysia Book of Records diberikan kepada semua peserta yang mendaftar. Jadi cepat dapatkan pakej tiket ini dengan segera sebelum terlambat.
Oh Media juga berbesar hati untuk menyertai KLZM2019. Jadi tunggu apa lagi guys, jom kita!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke www.klzm.ohmedia.my
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/02/lima-ribu-orang-bakal-banjiri-maeps.html