Lima Mesej Penting Datuk Husam Musa Kepada Ph Dan Amanah



(1) Sesiapa di dalam PH yang masih mahukan Tun Dr Mahathir dan tinggalkan Datuk Seri Anwar adalah mereka yang kurang cerdik.

(2) Tiada untungnya untuk PH berkawan dengan Tun Dr Mahathir kerana berbuat demikian akan menyebabkan PH bermusuh dengan rakyat.
(3) Langkah terbaik untuk PH ialah mengukuhkan parti dan kepercayaan rakyat sehingga menang PRU 15, bukannya mengacau PN sekarang

(4) BN atau PN akan menang di semua 13 kerusi yang dimenangi oleh BERSATU dalam PRU 14 lalu jika PH beri PEJUANG bertanding di situ

(5) Pemimpin AMANAH perlu segera memutuskan pendirian politik semasanya jika tidak mahu kehilangan kerusi-kerusinya dalam PRU 15

“Masa depan AMANAH bergantung kepada polisi yang akan diambil oleh AMANAH dalam hubungan dengan PH dan parti-parti alternatif yang lain pada hari ini. Saya ulangi, pada pendapat saya, kalau salah perhitungan, AMANAH mungkin akan kehilangan kerusi-kerusi yang telah dimenangi dan seterusnya kita gagal bentuk kerajaan.
Jadi perkara ini kena dibincang secara halus secara cermat, tidak boleh secara sentimen secara emosi, kena ada sedikit kajian empirikal dia, kajian empirikal tu kena ada. Saya buatlah sikit-sikit kajian saya tapi saya tidak nak paksa orang terima kajian saya…
Kalau orang Cina sepertimana Pilihan Raya (Kecil) Slim baru-baru ini tinggal PH kerana apa-apa sebab dan undi BN atau PN maka ketiga-tiga belas kerusi BERSATU dulu akan diambil semula oleh BN atau PN kalau kerusi ini ditandingi oleh pihak-pihak yang hilang kepercayaan rakyat yang pernah mengundi PH dulu

Ada orang tak faham, dia buat kenyataan, dia bertukar antara populariti dengan hilang kepercayaan. Orang tu mungkin popular tapi dia mungkin tidak ada kepercayaan orang ramai. Misal kata macam artis, artis lelaki, kita katakana dia buat persembahan yang orang panggil gila-gila sikit, lagu-lagu dia pun lagu-lagu yang kurang baik misal kata, lepas tu dia mari masuk masjid kita nak lantik dia jadi imam separuh daripada ahli masjid tu, makmum, tinggal masjid. Pasal apa? Populariti dia sebagai artis memang tinggi tapi kepercayaan nak bagi dia jadi tok imam tak ada.
Jadi kita tak boleh nak ukur populariti tapi kita ukur kepercayaan. Orang hilang kepercayaan. Pasal apa orang hilang kepercayaan? Itu kita kena kajilah, kalau saya syarah dia jadi sensitif kerana ada benda-benda yang boleh mengguris perasaan pihak-pihak yang kita pun sayang kat dia kita hormat kat dia. Tapi dalam politik kita kena praktikal, kita tak boleh duk sayang tu sampai kalah perjuangan kita, kita kena praktikal, perjuangan lebih penting daripada kita sayang kat satu-satu orang

Dalam pilihan raya yang lepas, rakyat memilih, yang kita kata ‘memulangkan balik mandat rakyat’ ‘memulangkan balik mandat rakyat’ apa dia ‘mandat rakyat’ PRU 14 dulu? Mandat rakyat pada beberapa perkara, bukan hanya satu perkara. Bukan bila sebut saja perkara ni saya ni pro orang berkenaan anti orang berkenaan, bukan, dari segi fakta.
Mandat rakyat dalam pilihan raya yang lepas ialah kerana lepas Tun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri mengikut pada perjanjian pihak-pihak dalam PH, termasuk Tun Dr Mahathir, ialah ‘Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri’. Betulkah tidak? Kalau padamkan, delete, ‘Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir’ delete, adakah kita akan dapat mandat rakyat seperti baru ni? Tak mesti. Pasal Datuk Seri Anwar Ibrahim telah sebati dengan 48% pengundi Semenanjung Malaysia ini berapa kali pilihan raya dah. Cuma tak cukup berapa peratus, betul, tapi hak tak cukup tu sikit pada hak ada.
Jangan bertukar di antara hak sikit dengan hak banyak. Gi ambil hak sikit tinggal hak banyak itu, Ayah Mad, ambo tak tahulah nak kata lagu mana, dok, ada dok kaedah ‘ambil hak sikit tinggal hak banyak’, jatuhkah cerdik atau kurang cerdik?
Baik, mandat rakyat adalah Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedua, mandat rakyat ialah manifesto kita.
Suka tak suka, kitab tak kitab suci, manifesto kita kita telah berjanji. Sebagai seorang pemimpin kita tidak boleh kata masa kita buat dulu saya tak sedar diri, lepas menang baru saya tahu, tak boleh macam tu. Sedaya-upaya kita kena usahakan. Bila kita kata manifesto kita ini bukan kitab suci, kita tak terikat dengan manifesto, itu antara permulaan hilangnya kepercayaan rakyat kepada Kerajaan PH. Bila mari pilihan raya kecil pengundi ajar, mari pilihan raya kecil pengundi ajar, mari pilihan raya kecil pengundi ajar. Tak sedar lagikah?
Datuk Seri Anwar Ibrahim dari segi analisis dia agak terselamat, saya sikit-sikit terselamat, macam mana? Datuk Seri Anwar Ibrahim kebetulan tak ada dalam kabinet, jadi apa-apa yang dimungkiri janji oleh kabinet yang lepas tidak bersangkut dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini peluang kita untuk naik balik. Kalau kita ambil balik orang hak kata hak ni pun tak boleh pakai, hak ni pun tak boleh nak buat, hak tu pun tak boleh nak buat, nak jual apa dia? Apa yang kita nak jual pilihan raya akan datang? Nak jual nak tangkap Najib, Najib nak masuk penjara dah. Fikir, fikir secara tenang, secara saksama, jangan cepat, bila orang sebut buat keluar bidas selalu, buat keluar lastik selalu, buat keluar bedil terung mango selalu, tembak kawan, sakit juga. Kita orang tua ni berhentilah main bedil tak tentunya, bincang elok-elok, dengar dulu, buka buku dulu, tengok angka-angka dulu

Saya ulangi, berdasarkan Pilihan Raya (Kecil) Slim yang terakhir, kalau orang Cina balik 25% kepada BN bukan sahaja 13 kerusi tadi kalau kita bagi kepada pihak yang hilang kepercayaan rakyat kita akan gagal membentuk semula kerajaan. Nak jadi kerajaan semula atau tak nak? Kalau tak nak, buat cara tak nak

Dan saya mencadangkan kita fokus kepada ambil semula kerajaan dan memulihkan mandat rakyat ini melalui persiapan pilihan raya lebih daripada benda lain. Kalau kita nak buat lani timbul masalah, orang ni tak boleh jadi Perdana Menteri, orang ni tak setuju orang ni jadi Perdana Menteri, orang ni kata orang ni tak boleh jadi Perdana Menteri orang ni begini, payah. Peluang kita nak pulihkan mandat, yang paling mudah dan paling besar ialah pengukuhan parti-parti dan kepercayaan rakyat sehingga kita boleh menang pilihan raya.
Kemudian ada pulak dalam kenyataan pihak berkenaan dia bangkitkan masalah jangan banyakkan musuh kena banyakkan kawan, kita kupas tajuk ni. Bila kita berkawan dengan orang yang telah dimarahi hilang kepercayaan daripada rakyat maka kita bermusuh dengan rakyat itu sendiri pulak. Faham tak? Rakyat marah kepada dia pasal sebab-sebab dia panjanglah, kalau duduk seorang sama seorang saya boleh beritahu secara lebih teliti apa sebab orang marah, orang hilang kepercayaan apa sebab. Kita pergi duduk bawa lagi orang ini, kita berbaik dengan dia, betul, tapi kita bermusuh dengan pengundi kita, dengan rakyat kita, bahkan dengan ahli kita

Saya difahamkan, betul tak betul berita semalam, Ketua AMANAH Kawasan Klang, di Selangor, letak jawatan sekali dengan AJK-AJK dia. Tolong fikir, jangan terlambat. Jangan terlambat, tolong fikir.”(Sumber: Ucapan Datuk Husam Musa dalam Mesyuarat Tahunan AMANAH Kubang Kerian pada 19 September 2020)Kamarul YusoffMR : Husam Musa bersedia untuk Presiden AMANAH   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/lima-mesej-penting-datuk-husam-musa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Husam Musa Sepatutnya Dijadikan Presiden Amanah

Datuk Husam Musa Sepatutnya Dijadikan Presiden Amanah

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 225 hits
Dalam Sinar Live pada 16 September 2020 Datuk Husam Musa telah menerangkan mengenai beberapa perkara yang telah beliau sendiri lakukan serta beberapa perkara yang sepatutnya AMANAH lakukan yang menunjukkan bahawa pemikiran beliau adalah jau...
Lepas Jawatan Demi Rakyat Ikuti Temubual Husam Musa Dan Kemelut Amanah Atau Strategi

Lepas Jawatan Demi Rakyat Ikuti Temubual Husam Musa Dan Kemelut Amanah Atau Strategi

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 291 hits
Apa kemelut dalam Amanah hingga menyebabkan Datuk Husam Musa melepaskan jawatan Naib Presiden parti Atau ini strategi politik untuk kelangsungan menjelang pilihan raya umum akan datang Segala galanya akan terjawab menerusi Sinar Live MOHAMA...
2 Kali Warning Amanah Tetapi Pimpinan Abaikan Dan Akhirnya Benar Benar Nyata Husam Musa

2 Kali Warning Amanah Tetapi Pimpinan Abaikan Dan Akhirnya Benar Benar Nyata Husam Musa

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 253 hits
April 2019 dan Julai 2019 Dato Husam Musa pernah bagitau Pimpinan Nasional bahawa Kerajaan PH akan tumbang Masa tu ramai tak percaya Takdir Allah SWT Feb 2020 Kerajaan PH tumbang sungguh Live Dato Husam Musa Perasmian Mesyuarat Kawasan Kuba...
Tidak Mungkin Husam Letak Jawatan Lemahkan Amanah

Tidak Mungkin Husam Letak Jawatan Lemahkan Amanah

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 279 hits
Tidak mungkin saya letak jawatan untuk lemahkan AMANAHAMANAH dan PH perlu buat Penjajaran Semula Kerusi Parlimen yang dimenangi BERSATU dan Team Azmin Ali Itu adalah Kerusi Tradisi PH dan peluang untuk menang PRU15 adalah tinggi AMANAH adal...
Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir Populariti Merudum Teruk Husam Musa

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir Populariti Merudum Teruk Husam Musa

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 290 hits
Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Husam Musa berkata populariti Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang merudum teruk dan tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat Atas sebab itu kata Husam Pakatan Harapan tidak sewajarnya memberi pelu...
Husam Tak Kutuk Amanah

Husam Tak Kutuk Amanah

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 278 hits
MAN TOBAi Aku telah mendengar penjelasan Husam dan aku tidak melihat dia menghina atau mengutuk Amanah Secara ringkasnya aku simpulkan begini Husam ajak move on Dengar suara akar umbi Kuatkan parti kukuhkan kerjasama Focus membetulkan menam...
Kritikan Husam Dan Potensi Amanah Dalam Situasi Politik Tidak Menentu

Kritikan Husam Dan Potensi Amanah Dalam Situasi Politik Tidak Menentu

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 341 hits
ZAKARIA MUSA Saya tidak sempat ikuti wawancara Sinar dengan Husam Musa bekas Naib Presiden AMANAH yang baharu meletakkan jawatan Berdasarkan reaksi dalam media sosial beberapa sudut pandang Husam menarik perhatian ramai dan nencetuskan kont...
What Is Driving The Ringgit Rally

It Firm Name Ideas

Cara Mohon Lesen B Penuh Terbaru Jpj Umum Untuk Rakyat Malaysia

Diam Bukan Bermakna Kalah Atau Mengiyakan Fitnah Dewi Bakal Dedah Sesuatu Berserta Bukti

3 Sekeluarga Mengalami Detik Cemas Rumah Dimasuki Hampir 12 Orang Penyamun Berparang

Hidup Di Perantauan

Betul Ke Makan Malam Boleh Buat Kita Gemuk Fakta Atau Mitos

Polis Buru Bekas Petinju Terkenal Pecah Masuk Rumah


echo '';
5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat

Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Mingguan Akhir 30 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton


Larangan Menghina Orang Lain

5 Aplikasi Waktu Solat Selain Muslim Pro Untuk Tahun 2024

Buku Dipuncak Puncak Rindu Kisah Sebuah Perjalanan Menuju Tanah Suci

Warga Emas Simbah Air Kencing Di Pintu Flat Jiran

1 165 Aduan Minyak Masak Dalam Lapan Bulan

Dapur Gas Kotor Guna 3 Bahan Sahaja Terus Bersih