Lima Lokaliti Di Johor Negeri Sembilan Dikenakan Pkpd


Manzaidi Mohd Amin Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengisytiharkan lima lokaliti, masing-masing tiga di Johor Bahru dan dua di Negeri Sembilan diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa tengah malam ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mendapati kes positif Covid-19 di lima kawasan berkenaan meningkat.
Kata beliau, tiga kawasan PKPD di Johor Bahru melibatkan Pusat Koreksional Johor Bahru (PKJB), Kuarters Kakitangan Batu 19 dan Dewan Arena Segitiga, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi.
Dua kawasan PKPD di Negeri Sembilan pula ialah Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu.
Berhubung pelaksanaan PKPD di Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan, Batu 19, Jalan Ulu Choh-Pontian, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat lapan kes positif direkodkan dalam masa lapan hari bermula 16 sehingga 23 Disember lalu.
“Kesitu dikesan semasa Orang Kena Tuduh (OKT) hadir bicara mahkamah di daerah lain dan terdapat 685 orang dalam kalangan OKT serta kakitangan di PKJ yang terdedah kepada lapan kes positif tersebut.
“Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan, Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian bermula 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021.
“PKPD ini akan melibatkan 937 tahanan, 322 anggota dan 128 ahli keluarga yang tinggal di kuarters meliputi 102 unit rumah,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Menurut Ismail Sabri, pelaksanaan PKPD itu untuk menghalang penularan Covid-19 di kalangan tahanan, pegawai dan anggota yang bertugas di PKJB serta mencegah penularan ke tempat tahanan yang lain.
Katanya, SOP PKPD di pusat tahanan itu sama seperti diumumkan sebelum ini, antaranya tiada pergerakan keluar masuk dan lawatan ahli keluarga tidak dibenarkan.
Bagi pelaksanaan PKPD Dewan Arena Segitiga, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi pula, kata beliau, KKM melaporkan terdapat peningkatan jangkitan Covid-19 dikesan dalam kalangan tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
Sehingga kini, katanya, KKM telah melakukan 171 ujian saringan dan daripada jumlah itu 125 kes positif telah direkodkan dalam kalangan tahanan di lokap berkenaan.
“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Dewan Arena Segitiga, Mukim Kota Tinggi, Johor ini untuk menempatkan semua tahanan yang positif Covid-19 dari lokap IPD Kota Tinggi mulai 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021.
“Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal penularan Covid-19 dan saringan secara bersasar dapat dilaksanakan ke atas semua tahanan dan kakitangan yang terlibat,” katanya.
Mengenai PKPD Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu di Negeri Sembilan, Ismail menjelaskan, berlaku peningkatan kes positif Covid-19 melibatkan tahanan dan kakitangan di dua lokaliti berkenaan.
Ujarnya, sehingga 22 Disember lalu, KKM telah melaksanakan sebanyak 1,086 ujian saringan dan sebanyak 307 kes positif Covid-19 telah direkodkan, iaitu 305 kes di kalangan OKT dan doa kes Wadar.
“Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu ini bermula 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021.
“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan dan kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam kalangan komuniti.
“SOP PKPD di penjara ini juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk tiada pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga tidak dibenarkan,” katanya.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan penamatan pelaksanaan PKPD Flat Persiaran Paya Terubong, Relau, Mukim 13, Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.
Jelas beliau, kerajaan sebelum ini melanjutkan PKPD di kawasan itu bermula 7 Disember hingga 31 Disember ini.
Bagaimanapun, memandangkan kes positif di lokaliti itu menunjukkan trend penurunan dan tiada lagi sampel menunggu keputusan, maka kerajaan bersetuju menamatkannya pada hari ini, iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/lima-lokaliti-di-johor-negeri-sembilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemta Dikenakan Pkpd Bermula Esok

Kemta Dikenakan Pkpd Bermula Esok

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 172 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Pusat Koreksional Kamunting di Perak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermua esok hingga 12 Januari Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD te...
4 Pkpd 1 Pkpb Tamat 2 Lokaliti Dilanjutkan

4 Pkpd 1 Pkpb Tamat 2 Lokaliti Dilanjutkan

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 247 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kampung Numbak dan Penempatan Telipok Kota Kinabalu di Sabah yang bermula 16 November lalu yang kemudiannya dilanjutkan telah berakhir hari ini Menteri Kanan Pert...
Mat Sabu Sifatkan Pergolakan Amanah Negeri Sembilan Perkara Biasa

Mat Sabu Sifatkan Pergolakan Amanah Negeri Sembilan Perkara Biasa

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 272 hits
SEREMBAN 13 Dis nbsp Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu menyifatkan pergolakan yang berlaku dalam Amanah Negeri Sembilan sebagai perkara biasa dalam mana mana parti politik Beliau juga yakin kemelut yang dihadapi itu dapat diselesaik...
Three Locations In Johor And N Sembilan Placed Under Emco

Three Locations In Johor And N Sembilan Placed Under Emco

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 204 hits
The government today announced that three locations in Johor and Negeri Sembilan will be placed under an enhanced movement control order following an increase of Covid 19 cases there The lockdown involves a prison a correctional facility an...
100 Hari Pengarah Pendidikan Negeri Johor The Preparation On Visualization

100 Hari Pengarah Pendidikan Negeri Johor The Preparation On Visualization

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 418 hits
100 Hari Pengarah Pendidikan Negeri Johor The Preparation On Visualization Hampir 3 minggu kami all out untuk penyediaan bahan Semak finalise lepak dengan pencetak cari pencetak tambahan Alhamdulillah Semuanya selesai semalam Buku PSO dah s...
Senarai Cuti Umum Negeri Johor 2021

Senarai Cuti Umum Negeri Johor 2021

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 1197 hits
Senarai Cuti Umum Negeri Johor 2021Jom tengok tarikh tarikh cuti umum untuk tahun 2021 Mana tahu tahun 2021 sempadan negara dah buka untuk aktiviti pelancongan Juju pun dah gatal kaki dan tangan nak melancong ni Muehehehe Tarikh cuti umum d...
Negeri Sembilan Bawa Usul Hadkan Tempoh Khidmat Menteri Besar

Negeri Sembilan Bawa Usul Hadkan Tempoh Khidmat Menteri Besar

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 208 hits
SEREMBAN 16 Dis Kerajaan Negeri Sembilan akan membawa usul mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan menteri besar dihadkan kepada dua penggal pada persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata...
Pulau Pinang Negeri Pertama Yang Menetapkan Perkhidmatan Telekomunikasi Sebagai Utiliti Ketiga

Pulau Pinang Negeri Pertama Yang Menetapkan Perkhidmatan Telekomunikasi Sebagai Utiliti Ketiga

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 232 hits
Pada minggu lepas kami ada melaporkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah berbincang dengan semua kerajaan negeri di Malaysia untuk menjadikan perkhidmatan telekomunisasi sebagai utiliti ketiga negara selepas a...
Umno Selangor Patut Jadi Negeri Pertama Putus Hubungan Dengan Bersatu

Umno Selangor Patut Jadi Negeri Pertama Putus Hubungan Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 215 hits
Ini penegasan UMNO Selangor Pengerusi UMNO Selangor Noh Omar mengingatkan Bersatu negeri itu agar jangan mengganggu kerusi kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU lalu Menurut beliau jika parti serpihan UMNO itu masih berdegil mereka tiada pili...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan