Lima Lagi Mayat Ditemui Terdampar Di Pantai


Oleh Bernama Lima lagi mayat penumpang bot yang membawa PATI Indonesia ditemui pagi ini./ Gambar FB Bomba Kota Tinggi OPERASI mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan Tanjung Balau, Kota Tingggi hari ini menemukan lima mayat dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang hilang dalam insiden itu.
Ketua Zon II Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Penguasa Bomba Al Hasra Mohamad berkata, mayat tiga lelaki dan dua wanita itu ditemukan antara 6.45 pagi dan 7.45 pagi tadi.
“Kesemua mayat ditemukan terdampar di persisiran pantai dengan jarak antara 500 meter hingga 2.5 kilometer dari lokasi kejadian,” katanya kepada Bernama hari ini.
Penemuan berkenaan menjadikan kesemua mangsa yang dipercayai masih hilang adalah seramai 20 orang.
Semalam, 11 warga Indonesia ditemukan lemas di pantai berkenaan apabila bot dinaiki mereka karam dalam cuaca buruk dan ombak tinggi, pada awal pagi.
Seramai 14 lagi pendatang tanpa izin di dalam bot itu selamat manakala 25 orang dipercayai hilang.     
Sementara itu, bot yang karam di Tanjung Balau semalam, dipercayai sepatutnya mendaratkan kesemua penumpang warga Indonesia di Kampung Tengah, Kota Tinggi dan mengambil sekumpulan warga Indonesia lain untuk pulang ke republik berkenaan.
Bagaimanapun, bot berkenaan yang difahamkan berlepas dari Batam, Indonesia pada kira-kira 11 malam itu dipercayai ‘bertukar haluan’ menuju ke arah Pantai Tanjung Balau, yang terletak dua hingga tiga kilometer dari lokasi asal.
Mendedahkan perkara itu, Pegawai Memerintah Rejimen Ketujuh Artileri Diraja Leftenan Kolonel Mohamed Ridzal Radzuan berkata, bot berkenaan yang dipercayai dikendalikan sebuah sindiket, telah bertindak menukar lokasi pendaratan apabila menyedari kehadiran pasukan keselamatan di kawasan berkenaan.
Terdahulu, pasukannnya telah mengesan sebuah bot yang kelihatan mencurigakan berdekatan Kampung Tengah dan menjejaki sekumpulan pendatang tanpa izin sedang bersembunyi di dalam semak di kampung itu.
“Siasatan awal mendapati mereka (sindiket) mahu menurunkan penumpang di pantai Tanjung Balau, tetapi ombak yang terlalu besar menyebabkan bot terbalik,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pos Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tanjung Sepang, di Kota Tinggi semalam.
Pasukan Rejimen Ketujuh Artileri Diraja, yang kini menjaga persisiran pantai barat Johor sepanjang 210 kilometer itu, adalah pasukan terawal mengesan kehadiran bot berkenaan.
“Sepanjang saya dan pasukan menjalankan operasi di sini, keadaan cuaca tak berapa baik dan ombak besar berikutan Monsun Timur Laut.
“Bila keadaan laut begini, dan mereka (sindiket) tahu pihak berkuasa melakukan penguatkuasaan di persisir pantai..kebanyakan tekong-tekong ini akan lepaskan penumpang mereka di tengah laut untuk menyelamatkan diri mereka (sindiket),” katanya.
Beliau berkata bot yang karam itu merupakan bot berkuasa tinggi dan mempunyai empat enjin dengan 200 kuasa kuda setiap satu.
“Bot besar memang jadi pilihan sindiket terutama melalui kawasan berombak besar seperti ini,” katanya.
Selain itu, hasil siasatan awal terhadap pendatang tanpa izin yang ditahan, kebanyakan mereka bukan pertama kali datang ke negara ini, malah sudah acap kali berulang-alik bagi mencari rezeki.
Mohamed Ridzal berkata, sindiket itu turut disifatkan ‘hati kering’ kerana menurunkan penumpang di tengah laut dengan pendatang tanpa izin itu rata-ratanya tidak mengetahui nasib mereka sebelum masuk ke dalam negara dan risiko yang perlu dihadapi apabila mengikuti laluan yang tidak sah dan berbahaya.
Beliau berkata cabaran bagi pihak ATM adalah untuk memastikan keselamatan kawasan tanggungjawab (KTJ) kekal terpelihara meskipun mempunyai kekangan dengan KTJ sepanjang 210 kilometer hanya terdapat 25 pos pemerhati selain kekurangan anggota dan pegawai.
Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan pihaknya juga sering menukar modus operandi dan taktik bagi mengatasi cabaran berkenaan dalam usaha memastikan keselamatan perairan negara terjaga.
Selain itu, kerjasama antara agensi-agensi penguat kuasa lain menerusi Ops Benteng seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pihak berkuasa tempatan juga diteruskan dan sentiasa diperhebat.
Sejak 19 November hingga semalam, Pasukan Rejimen Ketujuh Artileri Diraja menerusi Ops Benteng telah menahan seramai 144 pendatang tanpa izin selain menemukan 15 mayat pendatang.
Dalam kejadian 4.30 pagi semalam, sebuah bot yang membawa 50 warga Indonesia karam dengan 11 terkorban, 14 terselamat manakala 25 lagi masih hilang.
Selain itu, seramai lapan orang pendatang tanpa izin turut ditahan, dipercayai mahu menggunakan bot yang sama untuk pulang ke negara mereka.
Buat masa ini, 14 yang terselamat dan lapan yang ditahan ditempatkan di Pos Tanjung Sepang untuk ujian calitan COVID-19 dan siasatan lanjut.— BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/lima-lagi-mayat-ditemui-terdampar-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Mayat Ditemui Di Kawasan Banjir Shah Alam

9 Mayat Ditemui Di Kawasan Banjir Shah Alam

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 232 hits
Polis berkata dua mayat lelaki dijumpai masing masing di lampu isyarat Kemuning Utama Seksyen 33 dan satu lagi di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman Seksyen 22 pada Ahad lepas SHAH ALAM Sembilan mayat ditemui di sekitar Shah Alam setakat ini ...
Banjir Telemong Tiga Mayat Ditemui

Banjir Telemong Tiga Mayat Ditemui

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh Tiga mayat dalam insiden banjir lumpur di Telemong ditemui oleh pasukan Bomba dan penduduk kampung Gambar FB Bernama TV DUA mayat wanita dan satu lelaki dipercayai daripada kumpulan lima individu yang dilapor hilang dalam kejadian banj...
Bot Pati Karam 5 Lagi Mayat Ditemui

Bot Pati Karam 5 Lagi Mayat Ditemui

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 198 hits
Lima lagi mayat ditemui pada jarak antara 10m hingga 2 5km dari lokasi pengkalan operasi mencari dan menyelamat di pantai Tanjung Balau Kota Tinggi PETALING JAYA Sebanyak lima lagi mayat ditemui berhampiran lokasi kejadian bot karam yang me...
Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Dalam Tong Sampah

Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Dalam Tong Sampah

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 217 hits
BERNAMA Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di dalam tong sampah berdekatan tempat letak kenderaan bertingkat sebuah pangsapuri di Bandar Tun Razak Cheras di sini semalam FOTO MEDIA SOSIAL MAYAT bayi perempuan yang masih...
Mayat Dua Beranak Yang Dihanyutkan Arus Banjir Ditemui Lemas

Mayat Dua Beranak Yang Dihanyutkan Arus Banjir Ditemui Lemas

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 463 hits
Mayat dua beranak dihanyutkan arus ditemui lemas TEMERLOH Mayat dua beranak yang dihanyutkan arus deras di kawasan padang bola belakang bangunan UMNO Mentakab di sini semalam ditemui hari ini Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Peny...
Perghhh Gempar Dua Ekor Anakonda Ditemui Di Terengganu

Perghhh Gempar Dua Ekor Anakonda Ditemui Di Terengganu

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 452 hits
Gempar Dua ekor anakonda ditemui di TerengganuDua ekor ular sawa batik bersaiz gergasi yang ditemui beberapa pekerja di sebuah tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka Foto Twitter APMBUKAN di luar negara sebaliknya dua ekor ular sawa batik b...
Hiburan Ular Sawa Seberat 250kg Bersaiz Anaconda Ditemui Di Terengganu

Hiburan Ular Sawa Seberat 250kg Bersaiz Anaconda Ditemui Di Terengganu

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 593 hits
Ular bersaiz gergasi ataupun jenis Anaconda mungkin sering ditemui di kawasan hutan Amazon di Brazil misalnya Namun tular di media sosial semalam apabila dua ekor bersaiz gergasi telah ditemui di negeri Terengganu dipercayai jenis ular sawa...
Wanita Indonesia Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar

Wanita Indonesia Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 248 hits
Hasil pemeriksaan ke atas mayat menemui kesan kelar di bahagian leher sepanjang 13 sentimeter dan bahagian perut dada serta belakang telinga GEORGE TOWN Mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui berlumuran darah dengan kesan kelar di leh...
Lelaki Ditemui Mati Dalam Longkang Selepas Mengamuk

Lelaki Ditemui Mati Dalam Longkang Selepas Mengamuk

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 210 hits
Oleh Foto hiasan SUNGI PETANI Seorang lelaki yang mengamuk tanpa diketahui punca ditemui mati dalam longkang belakang rumahnya di Taman Dahlia di sini malam tadi Dalam kejadian jam 7 35 malam itu lelaki berusia 31 tahun terbabit disahkan me...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul