Lim Keluar Sprm Lepas 6 Jam Beri Keterangan


Setelah lebih enam jam disoal siasat, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dilihat meninggalkan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada jam 7.13 petang.
Beliau yang mengenakan sut hitam, kemeja biru dan berpelitup muka bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen kepada petugas media yang menunggu sejak tengah hari tadi.
Sebaik keluar, Lim hanya mengangkat tangan kepada media sebelum masuk ke kereta Vellfire putih yang menunggu di depan pintu depan bangunan SPRM.
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang turut mengiringinya mengesahkan bahawa Lim memberi keterangan sebagai saksi berhubung siasatan kes terowong dasar laut Pulau Pinang.
“Ya. Berkenaan dengan terowong dasar laut,” katanya.
Bercakap kepada media, Rayer berkata, Lim sebenarnya tidak sihat hari ini dan telah pun mendapat cuti sakit untuk hari ini dan esok.
“Namun memandangkan kami telah terima notis untuk hadir pemeriksaan, kami telah bekerjasama.
“Belum selesai lagi. Kami diminta hadir kembali hari Sabtu. Lebih kurang 10 pagi,” katanya sebelum turut masuk ke dalam kereta yang sama dan meninggalkan bangunan SPRM.
Ketika dihubungi Malaysiakini sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan Lim hadir sebagai saksi kes berkenaan.
Pada 30 Jun lalu SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu selain memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan.
Julai lalu, SPRM berkata kertas siasatan bagi kes bernilai RM6.3 bilion itu sudah berada di peringkat akhir dan hanya memerlukan dua atau tiga minggu lalu sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
SPRM telah menyoal siasat beberapa pegawai kerajaan negeri, termasuk ketua menteri Chow Kon Yeow dan exco-exconya.
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Jeffrey Chew pada 1 Julai lalu direman empat hari bagi membantu siasatan itu.
Ketika projek itu dirancang pada 2011 dan 2012, Lim bertugas sebagai ketua menteri dan Chew pula menjadi pegawai khasnya.
Tahun lalu dilaporkan enam kertas siasatan dibuka dalam kes itu – satu pada Julai 2017 dan selebihnya lima pada Januari 2018.
The post Lim keluar SPRM lepas 6 jam beri keterangan appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/22/lim-keluar-sprm-lepas-6-jam-beri-keterangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Keluar Dari Sprm Lepas 7 Jam Disoal Siasat

Guan Eng Keluar Dari Sprm Lepas 7 Jam Disoal Siasat

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 290 hits
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng meninggalkan ibu pejabat SPRM selepas lebih tujuh jam tiba disoal siasat mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang Lim ditemani oleh peguam RSN Rayer ketika dia berjalan keluar dari bangunan menuju...
Lepas Setpol Lim Guan Eng Di Tahan Sprm Setpol Mat Sabu Pula Di Tahan Sprm

Lepas Setpol Lim Guan Eng Di Tahan Sprm Setpol Mat Sabu Pula Di Tahan Sprm

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 1168 hits
Laman blog ini ada menyiarkan berita mengenai bekas Setpol Lim Guan Eng yang direman oleh SPRM selama 4 hari untuk disoal siasat berkaitan kes Terowong Ghaib Dasar Laut Pulau Pinang pada 2 Julai lepas Terkini belum selesai siasatan mengenai...
Syed Saddiq Tinggalkan Bangunan Sprm Selepas 11 Jam

Syed Saddiq Tinggalkan Bangunan Sprm Selepas 11 Jam

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 376 hits
Selepas hampir 12 jam bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meninggalkan bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya malam ini Pegawainya Luqman Long memberitahu Syed Saddiq keluar dari ban...
Najib Rosmah Periksa Lebih 400 Jam 300 Beg Tangan Hujung Minggu Lepas

Najib Rosmah Periksa Lebih 400 Jam 300 Beg Tangan Hujung Minggu Lepas

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah memeriksa sebanyak 306 beg tangan 401 jam tangan 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang disita polis dari premis milik Obyu ...
Skandal Terowong Sprm Arah Guan Eng Sambung Beri Keterangan Sabtu Ini

Skandal Terowong Sprm Arah Guan Eng Sambung Beri Keterangan Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 379 hits
Selepas lebih enam jam memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM di sini Guan Eng yang tiba pada pukul 1 05 tengah hari tadi dengan ditemani Ah...
Guan Eng Ke Sprm Sambung Beri Keterangan Projek Terowong Dasar Laut

Guan Eng Ke Sprm Sambung Beri Keterangan Projek Terowong Dasar Laut

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 277 hits
Lim Guan Eng tiba lewat kerana kenderaan dinaikinya rosak ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi tadi PUTRAJAYA Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini untu...
Guan Eng Tinggalkan Sprm Selepas 7 Jam Diarah Hadir Semula Esok

Guan Eng Tinggalkan Sprm Selepas 7 Jam Diarah Hadir Semula Esok

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 401 hits
July 25 2020 8 11 PMLim Guan Eng meninggalkan ibu pejabat SPRM pada jam 7 50 malam selepas siasatan lebih 7 jam hari ini PUTRAJAYA Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng memberi keterangan lebih 7 jam selepas hadir kali ke 2 di ibu pejabat Suruh...
Sprm Soal Siasat Guan Eng 6 Jam

Sprm Soal Siasat Guan Eng 6 Jam

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 405 hits
July 22 2020 7 19 PMLim Guan Eng tiba di ibu pejabat SPRM 1 05 tengah hari tadi PUTRAJAYA Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selama 6 jam hari ini berhubung projek terowong dasar laut di P...
Lepas Bersalin Saiz Kaki Berubah Liyana Jasmay Nak Jual Koleksi Kasut Berjenama Miliknya Termasuk Kasut Kahwin

Lepas Bersalin Saiz Kaki Berubah Liyana Jasmay Nak Jual Koleksi Kasut Berjenama Miliknya Termasuk Kasut Kahwin

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 365 hits
Selepas bersalin wanita lazimnya akan mengalami beberapa perubahan fizikal termasuklah perubahana saiz kaki yang ketara seperti yang dialami oleh pelakon dan penerbit Liyana Jasmay Dia yang berkongsi di Instagram miliknya baru baru ini memi...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini