Lim Guan Eng Sudah Panas Kata Bekas Ketua Hakim Negara


ISMA WEB UMNO, PAS tak perlu tunggu PRK tetapi fokus berdepan PRU

BANGI – “Lim Guan Eng sudah pun melenting. Beliau sudah kepanasan. Beliau tahu perancangan DAP tidak akan berjaya jika orang Melayu tidak berpecah.” Demikian kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, hari ini.
Beliau berkata, kerjasama yang terbentuk secara rasmi antara UMNO dan PAS pada 5 Februari lalu, orang Melayu kini mempunyai alasan yang kukuh untuk berdiri di belakang rangkaian kedua-dua parti itu bagi melakukan ‘reverse tsunami’ lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
“5 Mac 2019 adalah satu hari bersejarah dalam kerjasama UMNO dan PAS. Pada hari itu, UMNO dan PAS, secara formal, telah menjalin kerjasama dalam menghadapi pilihanraya-pilihanraya yang akan datang.
“Dengan UMNO yang lebih bersih dan PAS yang lebih fokas kepada isu-isu kenegaraan, orang Melayu mempunyai alasan yang kukuh untuk berdiri di belakang rangkaian UMNO-PAS untuk melakukan “reverse tsunami” yang lebih besar di PRU 15.
“… dan menguatkan semula perpaduan orang Melayu, demi untuk mempertahankan hak-hak mereka, bukan untuk mengambil hak orang lain. Untuk itu, orang Melayu tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa,” katanya.
Oleh itu, Abdul Hamid berkata, UMNO dan PAS tidak sepatutnya hanya menunggu berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk bekerjasama, sebaliknya kedua-dua parti perlu memikirkan PRU15 dan selepasnya.
“Apakah formula yang patut dilaksanakan? Pertama sekali, perlu ada persetujuan untuk mengelak pertandingan tiga penjuru PH-UMNO-PAS, sekurang-kurangnya selain daripada di Kelantan dan Terengganu (perbincangan ini tertumpu kepada Semenanjung Malaysia sahaja).
“Bagaimana pembahagian kerusi akan dilakukan? Ini terserahlah kepada kebijaksanaan UMNO dan PAS. Yang pentingnya ialah pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS hendaklah mengetepikan kepentingan diri dan parti.
“Mereka hendaklah menumpukan kepada matlamat memenangi jumlah kerusi yang paling banyak bagi kedua-duanya untuk membolehkan mereka, bersama-sama parti-parti lain yang sehaluan dan bersetuju menyertai mereka, menubuh Kerajaan Persekutuan,” katanya menulis dalam laman web peribadi beliau, hari ini.
Abdul Hamid juga memberi cadangan mudah iaitu kawasan yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN), diberikan kepada calon gabungan itu untuk bertanding dan kawasan yang dimenangi PAS diberi kepada parti itu untuk bertanding.
“Bagi kawasan yang kedua-duanya kalah, ia hendaklah diberi kepada parti yang mendapat undi yang lebih banyak. Ini adalah “general rule”. Yang lainnya tertakluk kepada persetujuan.
“Bagaimana dengan kedudukan parti-parti lain yang berada dalam BN? Terserahlah kepada mereka. Jika mereka ingin keluar, mereka dipersilakan keluar. Jika ingin terus bersama, boleh, tetapi mereka perlu buktikan kejujuran mereka terhadap falsafah perjuangan BN, dan bahawa mereka bukan “kiasu”, bila menguntungkan, menumpang, bila merugikan, lari,” katanya.
Beliau menegaskan, UMNO dan PAS tidak perlu risau untuk mendapat sokongan parti bukan Melayu yang lain kerana, jika kerjasama UMNO dan PAS kuat dan menunjukkan kejayaan, akan ada parti-parti bukan Melayu yang ingin menyertainya.
Demikian juga, katanya, UMNO tidak harus resah dengan ‘langau-langau’ yang lari kerana tiada lagi darah untuk dihisap atau untuk menyelamatkan diri.
“Itu antara hikmah kekalahan: Kita tahu, siapa kawan, siapa lawan. Kekalahan BN adalah peluang UMNO untuk membersihkan parti daripada politik wang. Ia juga adalah peluang bagi UMNO membersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin yang ‘corrupt’ dan yang menyalahgunakan kekuasaan untuk kepentingan diri,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/lim-guan-eng-sudah-panas-kata-bekas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Taruc Guan Eng Akan Bunuh Diri Sendiri Kata Bekas Bos Mca

Isu Taruc Guan Eng Akan Bunuh Diri Sendiri Kata Bekas Bos Mca

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 593 hits
MALAYSIAKINI Bekas presiden MCA Ling Siong Sik percaya Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan membunuh kerjaya politiknya dalam isu Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman Oleh itu beliau menasihati presiden semasa MCA Wee Ka Siong agar tidak membu...
Chronicle Of Lim Guan Eng S Corruption

Chronicle Of Lim Guan Eng S Corruption

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 317 hits
It can t be a coincidence that the cost of the project announced by Lim Guan Eng is approximately equivalent to cost announced by China Railway Construction Corporation Ong Eu Soon On 6 Oct 2013 I wrote a letter accusing Lim Guan Eng of cor...
Pendedahan Raja Petra Kamarudin Berkait Dengan Tuduhan Perbuatan Rasuah Lim Guan Eng

Pendedahan Raja Petra Kamarudin Berkait Dengan Tuduhan Perbuatan Rasuah Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 583 hits
KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO BERHUBUNG PENDEDAHAN RAJA PETRA KAMARUDIN BERKAIT DENGAN TUDUHAN PERBUATAN RASUAH LIM GUAN ENG Blogger Raja Petra Kamarudin melalui portal berita Malaysia Today telah membuat satu pendedahan yang teramat seri...
Panas Kenyataan Kerjasama Umno Pas Oleh Guan Eng Sangat Rasis Reezal

Panas Kenyataan Kerjasama Umno Pas Oleh Guan Eng Sangat Rasis Reezal

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 566 hits
KENYATAAN GUAN ENG KERJASAMA UMNO PAS SEBAGAI PENGISYTIHARAN PERANG TERHADAP BUKAN MELAYU BUKAN ISLAM SANGAT CAUVINIS DAN RASIS1 Guan Eng nampaknya masih hidup dalam dunia politik keluarga dan parti DAP yang terlalu rasis Ini manifestasi DN...
Dari Fail Sprm Siri 6 Bila Dan Berapa Jumlah Sogokan Di Bayar Kepada Lim Guan Eng

Dari Fail Sprm Siri 6 Bila Dan Berapa Jumlah Sogokan Di Bayar Kepada Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 483 hits
Di dalam kenyataan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli pada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Zarul ada menyatakan berapa kali dia menyogok dan jumlah disogok olehnya kepada Lim Guan Eng Nama lain yang turut terlibat juga seperti Timbalan Ketua Me...
Kerajaan Ph Dukung Usaha Martabat Islam Lim Guan Eng

Kerajaan Ph Dukung Usaha Martabat Islam Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 532 hits
Pada 3 Mac 2019Kerajaan Pakatan Harapan akan terus mendukung usaha pembangunan dan kebajikan Islam selaras dengan Perlembagaan tegas Menteri Kewangan Lim Guan Eng Menyatakan komitmen ini katanya peruntukan sebanyak RM5 juta telah disalurkan...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi