Lihat Perangai Lebai Bila Dia Ada Kawan Lain Dia Hentam Kawan Yang Dia Pernah Bergantung Untuk Jadi Kerajaan


 



Panas! Pemimpin Pas sekolahkan Zahid, jangan utamakan parti sendiri saja

October 2, 2021Seorang ulama PAS hari ini meminta para pemimpin politik Melayu mengutamakan “kepentingan umat” dan bukannya kepentingan peribadi bagi mengukuhkan muafakat antara mereka.
Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali berkata muafakat politik antara parti Melayu Islam sangat penting kepada negara.
“Setiap parti perlu mengetepikan kepentingan parti sendiri atau kepentingan peribadi dengan menjadikan kepentingan umat sebagai asas utama kebersamaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Kenyataan bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu muncul dua hari selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempertegas pendirian parti itu untuk terus meletakkan calon di semua kerusi yang dimenangi pada PRU lalu.
Kenyataan itu bermakna ada kemungkinan besar Umno akan berdepan dengan pertikaian pembahagian kerusi dengan parti lain yang bekerjasama dalam kerajaan sekarang, termasuk PAS.
Sesetengah kerusi dimenangi Umno pada 2018 ‘dilarikan’ wakil rakyatnya yang melompat parti dengan menyertai Bersatu.
Kelmarin juga tular satu klip video temu bual Ahmad Zahid bersama myTV yang membayangkan rancangan Umno untuk menyertai PRU “secara solo menggunakan panji-panji BN”.
Klip itu juga memaparkan kenyataan Ahmad Zahid berkata: “Saya nak tanya balik, ada ke Muafakat Nasional ni lagi?”.
“Saya fikir elok Umno bertanding secara solo dengan menggunakan parti-parti BN dan kita fikir elok kerusi ini ‘free for all’ (bebas ditandingi sesiapa saja),” katanya.
Untuk rekod Muafakat Nasional adalah persefahaman rasmi yang dimeterai Umno bersama PAS semasa kedua-dua parti itu menjadi pembangkang. Namun di sebalik piagam yang dipersetujui bersama itu PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) yang dijuarai Bersatu tanpa berunding terlebih dulu dengan Umno.
Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pula berkata gabungan itu mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan sendiri pembahagian kerusi yang akan ditandingi di peringkat parlimen dan dewan undangan negeri.
Kata bekas perdana menteri itu PN akan membincangkan isu tersebut tanpa menunggu maklum balas daripada BN.
“Kami belum terima apa-apa makluman daripada Umno atau BN untuk berbincang mengenai peruntukan pembahagian kerusi. Kita belum pasti hala tuju Umno ke hadapan dan belum ada satu pernyataan jelas daripada pimpinan Umno atau BN.
“Tapi realitinya dalam kerajaan, kita adalah bersama. Kalau kita hendak tunggu parti lain buat keputusan dan pendirian, ia akan ganggu urusan PRU yang hendak diatur oleh PN,” katanya.
PAS pula beberapa kali menekankan matlamat mereka mahu mendamaikan Umno dan Bersatu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/lihat-perangai-lebai-bila-dia-ada-kawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Ni Buat Semak Dalam Bidang Agama Tak Untung Bagi Dia Dia Hentam Apa Punya Lebai

Dia Ni Buat Semak Dalam Bidang Agama Tak Untung Bagi Dia Dia Hentam Apa Punya Lebai

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 205 hits
Ulama Pas tanya mana bantuan untuk sekolah tahfiz di bawah kerajaan Melayu IslamOleh FAZLI RADZI October 4 2021Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Mokhtar Senik mempersoal peruntukan bantuan kerajaan terhadap sekolah pondok ketika sebanyak RM...
Takut Kena Hentam Dengan Pembangkang Wakil Kerajaan Hanya 5 Orang Sahaja

Takut Kena Hentam Dengan Pembangkang Wakil Kerajaan Hanya 5 Orang Sahaja

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 188 hits
Hanya 5 wakil kerajaan hadir ketika Anwar bahas RMK12 mana bakinya soal pembangkang September 28 2021 Nga Kor Ming berkata ketiadaan majoriti Ahli Parlimen kerajaan di Dewan Rakyat ketika Anwar Ibrahim membahaskan RMK12 hari ini menunjukkan...
Kerajaan Negeri Minta Motac Pertimbangkan Buka Lokasi Pelancongan Yang Lain Di Pahang

Kerajaan Negeri Minta Motac Pertimbangkan Buka Lokasi Pelancongan Yang Lain Di Pahang

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 251 hits
KUANTAN Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya diminta mempertimbangkan pembukaan beberapa lagi lokasi pelancongan di Pahang Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Alam Sekitar Perladangan dan Komoditi Pahang Datuk ...
Keahlian Adun Umno Terbabit Jatuhkan Kerajaan Melaka Terbatal Automatik

Keahlian Adun Umno Terbabit Jatuhkan Kerajaan Melaka Terbatal Automatik

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 306 hits
Mohd Amin Jalilam hmetro com mySeremban Umno akan menggugurkan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu di Melaka yang didapati terbabit dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasa...
Ismail Sabri Pimpin Kerajaan Dua Karektor Kata Khalid Samad

Ismail Sabri Pimpin Kerajaan Dua Karektor Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 230 hits
Oleh BORHAN AHMAD October 3 2021Kerajaan Ismail Sabri disifatkan sebagai kerajaan dua karektor yang sedang bertembung antara satu sama lain kata ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad Karektor mana yang akan menang dalam pertembungan ini ...
Ini Hanya Kerajaan Keluarga Malaysia Sementara Zahid

Ini Hanya Kerajaan Keluarga Malaysia Sementara Zahid

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 510 hits
agendaily com3 10 2021Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini hanya berbentuk sementara sahaja dan a...
Kerajaan Pahang Setuju Wartakan Tambahan 780 94 Hektar Lagi Hutan Tadahan Air Baharu

Kerajaan Pahang Setuju Wartakan Tambahan 780 94 Hektar Lagi Hutan Tadahan Air Baharu

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 259 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang bersetuju mewartakan tambahan 780 94 hektar kawasan di Hutan Simpan Kekal Berkelah Maran dan HSK Lepar di sini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Kerajaan Neger...
Kerajaan Mengarut Lulus Rm15 Juta Untuk 63 Sekolah Persendirian Cina Kata Pembela

Kerajaan Mengarut Lulus Rm15 Juta Untuk 63 Sekolah Persendirian Cina Kata Pembela

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 276 hits
Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam Aminuddin Yahaya berkata seorang pemimpin dalam kerajaan sewaktu menjadi pembangkang pernah berikrar mahu mengharamkan Dong Zong namun sebaliknya yang berlaku PETALING JAYA Tindakan kerajaan menyalurkan pe...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Singgang Budu Di Warung Che Bunga Kampung Melayu Sungai Buloh

Tips Kotak Magnetik Penyelesaian Pembungkusan Premium Untuk Produk Anda

Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat