Liga Super Perlis Di Kelas Tersendiri Gamit Nostalgia Ke Stadium Keramat




KANGAR: Penganjuran Liga Super Perlis memasuki edisi ketiga berada di kelas tersendiri yang menjadi tumpuan bagi rakyat negeri ini melepaskan kerinduan menyaksikan aksi bola sepak khususnya di stadium keramat Tuanku Syed Putra di sini.
Liga Super 2024 yang bakal membuka tirai pada 5 Julai sehingga Oktober depan itu bakal menampilkan lapan pasukan dari negeri ini yang membawa nama kelab masing-masing iaitu Arau City FC, Kuala Perlis Titans FC, KSMR Kangar FC, Suria Paya United SC SMKTS, Bintong FC, Kangar City FC, Anak Nelayan Seberang Ramai FC dan Juang Kayang FC.
Menariknya, kelab-kelab berkenaan cukup mantap daripada segi pengurusan khususnya dalam mencari dana sendiri serta mempunyai kekuatan penyokong selain menampilkan para pemain berkualiti dalam kalangan anak tempatan.
Pengerusi Jawankuasa Belia dan Sukan negeri, Wan Zikri Afthar Ishak berkata, penganjuran Liga Super Perlis diharap menjadi sebuah liga tempatan atau komuniti yang kuat dengan mendapat sokongan rakyat di negeri.
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu Liga Super Perlis ini hanya dikenali sebagai ‘liga kampung’ sebaliknya menjadi platform terbaik bukan sahaja mencari pemain berbakat sebaliknya menjadikan liga tersebut satu jenama kukuh yang sentiasa dinantikan rakyat Perlis sebagai mana liga tempatan di Thailand.
Selain itu, katanya, misi utama Liga Super Perlis tahun ini juga adalah untuk memantapkan tahap pengurusan kelab-kelab bertanding dan terus ditambah baik pada setiap tahun.
“Keupayaan pengurusan kelab itu sendiri yang mempunyai sistem terbaik bukan sahaja daripada segi promosi sebaliknya keupayaan mencari dana serta tajaan sendiri sekali gus mengukuhkan kelab-kelab bola sepak ini.
“Saya ambil contoh, pasukan Juang Kayang FC antara pasukan baru namun kalau dilihat di media sosial agak ke hadapan begitu juga Bintong FC difahamkan mereka mendapat tajaan sehingga RM80,000. Cuba bayangkan untuk liga tempatan di negeri sahaja mereka mampu dapat tajaan sehingga RM80,000.
“Kita kena tahu atau belajar bagaimana cara mereka mendapatkan tajaan tersebut, bagaimana mereka meyakinkan penaja dan itu yang perlu dicontohi oleh pasukan-pasukan lain,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Liga Super Perlis 2024 di stadium Tuanku Syed Putra di sini malam tadi.
Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.
Liga Super Perlis 2024 dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Perlis dan dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis yang diiktiraf oleh Amateur Football League (AFL).
Sementara itu, Wan Zikri berkata, Liga Super Perlis juga bakal menjadi pengubat rindu atau mengembalikan nostalgia rakyat Perlis terhadap aksi bola sepak khususnya di gelanggang keramat stadium Tuanku Syed Putra ini.
Sementara itu, Mohd. Shukri berharap Liga Super Perlis 2024 akan lebih meriah berbanding sebelum-sebelum ini dan menjadi platform menyemarakkan sukan berkenaan.-UTUSAN




Source link
The post Liga Super Perlis di kelas tersendiri, gamit nostalgia ke stadium keramat appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/liga-super-perlis-di-kelas-tersendiri-gamit-nostalgia-ke-stadium-keramat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stadium Sultan Ibrahim Rekabentuk Kapasiti Lawatan

Stadium Sultan Ibrahim Rekabentuk Kapasiti Lawatan

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 322 hits
Tidak dapat dinafikan Stadium Sultan Ibrahim atau SSI merupakan antara stadium tercanggih di Malaysia dengan fasiliti yanng begitu lengkap dan berkelas dunia Terletak di di Iskandar Puteri Johor stadium ini dinamakan sempena penghormatan Su...
3 Lembaga Menari Atas Bumbung Stadium Ketika Konsert Taylor Swift

3 Lembaga Menari Atas Bumbung Stadium Ketika Konsert Taylor Swift

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 164 hits
KOSMOTiga kelibat misteri berada di atas bumbung Stadium Wembley ketika Swift membuat persembahan XLONDON nbsp Peminat Taylor Swift yang menghadiri konsert Eras Tour di London merakam tiga kelibat misteri di atas bumbung Stadium Wembley ket...
The Shah Alam Stadium Is Coming Down

The Shah Alam Stadium Is Coming Down

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 213 hits
An RM 100 plus million refurbishment has been replaced with an RM 3 28 billion development project That s almost the amount that the federal government has claimed to save on eliminating the diesel subsidy on the peninsula Murray Hunter In ...
Jaringan Hatrik Heberty Fernandes Benamkan Sri Pahang Fc 3 0 Di Stadium Sultan Ibrahim

Jaringan Hatrik Heberty Fernandes Benamkan Sri Pahang Fc 3 0 Di Stadium Sultan Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 188 hits
ISKANDAR PUTERI Pasukan Johor Darul Takzim terus gah di puncak Liga Super selepas mudah menewaskan Sri Pahang FC 3 0 di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri petang tsemalam Meskipun tanpa kelibat beberapa penyerang sensasi namun Heberty F...
Hadir Bersama Keluarga Peminat Terubat Rindu Lihat Kelibat Faisal Halim Di Stadium

Hadir Bersama Keluarga Peminat Terubat Rindu Lihat Kelibat Faisal Halim Di Stadium

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 232 hits
Peminat terubat rindu lihat kelibat Faisal Halim di stadium bersama keluarganya bagi menyaksikan perlawanan Piala FA di antara Selangor FC dan Negeri Sembilan FC hari ini Menerusi perkongsian Flash Sukan di Facebook bintang bola sepak itu d...
Kisah Tunggul Keramat Dan Ketakutan

Kisah Tunggul Keramat Dan Ketakutan

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 284 hits
Panggilan Jumaat MSOKISAH TUNGGUL KERAMAT DAN KETAKUTANSelepas Subuh tadi saya menerima panggilan telefon daripada seorang kawan dari Kelantan beliau merupakan ahli Pas seumur hidup Katanya tiba tiba dia teringatkan saya kerana semalam saya...
Video Dpr Tak Lagi Ketar Ketir Usai Kpk Ganti Jumat Keramat Menjadi Bersepeda

Video Dpr Tak Lagi Ketar Ketir Usai Kpk Ganti Jumat Keramat Menjadi Bersepeda

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 158 hits
Komisi III DPR menggelar rapat kerja dengan Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi di Kompleks Parlemen Senayan Jakarta Senin 1 Juli 2024
Format Upkk 2024 Format Terkini Ujian Penilaian Kelas Kafa

Format Upkk 2024 Format Terkini Ujian Penilaian Kelas Kafa

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 310 hits
Mengikut pengumuman terbaru yang telah dibuat oleh JAKIM terdapat beberapa perubahan format terkini Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK bagi tahun 2024 Dengan perubahan yang dibuat ini bermula 2024 terdapat 9 mata pelajaran ya...
Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel

Banyak Kali Terkena Datang Makan Tapi Tak Bayar Wanita Luah Kecewa

Mat Sabu Menteri Gagal

Ole Ole Dari Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paylater Cara Bijak Atau Perangkap Hutang

Saiz Dan Bentuk Label Pelekat Bagaimana Memilih Yang Sesuai Untuk Produk Anda

Kehadiran Si Panjang Berbelang

Lirik Lagu Angin Manusia Biru

Braces Friendly Delights A Mouthwatering Guide To Enjoying Food With Braces

Memorial Day Feast Celebrate With Delicious Food And Meaningful Remembrance