Liga Malaysia Ditangguh Akibat Covid 19


Liga Malaysia Ditangguh Akibat COVID 19. Presiden FAM & MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengumumkan bahawa perlawanan CIMB Liga Super, Liga Premier, M3, M4, Piala Belia & MPFL 2020 pada Jumaat, Sabtu & Ahad ini akan berlangsung TANPA penonton.
Liga Malaysia Ditangguh Akibat COVID 19 Seterusnya, berkuatkuasa Isnin, 16 Mac 2020, semua pertandingan anjuran FAM & MFL termasuk perlawanan Shopee Piala FA Malaysia & Piala Presiden 2020 adalah DITANGGUHKAN ke satu tarikh baharu yang akan ditetapkan kemudian
Demi kepentingan dan kesejahteraan semua pihak khususnya rakyat Malaysia, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) telah memutuskan untuk menangguhkan kesemua perlawanan saingan Liga Malaysia 2020 berkuatkuasa Isnin ini (16 Mac 2020).
Keputusan menangguhkan perlawanan domestik itu turut membabitkan saingan liga amatur kelolaan Amateur Football League (AFL) serta pertandingan Piala Presiden, Piala Belia dan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) kelolaan FAM.
Hasil keputusan dicapai secara perbincangan bersama dengan Rakan Kongsi Liga, wakil Institut Sukan Negara (ISN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan penaja di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Bagaimanapun, menurut Presiden FAM dan MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, pihaknya hanya membenarkan perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier berlangsung pada minggu ini tanpa penyokong sebelum menangguhkan aksi domestik sehingga tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.
“Berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas hari ini, perlawanan keempat CIMB Liga Super, Liga Premier, Piala Belia dan MPFL 2020 yang dijadualkan berlangsung pada hari ini, Sabtu dan Ahad akan diteruskan namun tanpa penyokong di stadium susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
“Selepas perlawanan keempat CIMB Liga Super dan Liga Premier minggu ini, kami membuat keputusan untuk menangguhkan saingan Liga Malaysia 2020 termasuk saingan Shopee Piala FA dan kejohanan kelolaan FAM sehingga pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
“Walaupun perlawanan minggu ini diteruskan namun kami memandang serius mengenai isu COVID-19 dan langkah berjaga-jaga diambil dengan aksi di stadium kosong. Selain itu pihak kami telah memberikan garis panduan bermain stadium tanpa penyokong kepada setiap pasukan. Ia keputusan sukar tetapi saya percaya ini adalah yang terbaik untuk pemain, pegawai, penyokong dan keseluruhan industri bola sepak tanah air.
“Justeru, bermula Isnin depan, kesemua perlawanan domestik ditangguhkan sehingga isu COVID-19 selesai selepas mendapat khidmat nasihat daripada KKM untuk menjalankan semula pertandingan. Semua pasukan sudah pun dimaklumkan mengenai keputusan ini dan mereka jelas memberikan sokongan penuh,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Datuk Haji Hamidin memberitahu pasukan kebangsaan tidak akan menjalani latihan pusat selain mengesahkan tiada perlawanan persahabatan sepanjang bulan ini selepas mengambil kira garis panduan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Tambah lagi Datuk Haji Hamidin, beliau berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama termasuk pengendali liga sosial sebagai usaha menangani isu serius iaitu wabak COVID-19 yang semakin merebak dalam negara.
“Kami sebelum ini memiliki perancangan untuk mengisi perlawanan domestik ke dalam slot perlawanan antarabangsa memandangkan tiada sebarang perlawanan persahabatan yang melibatkan pasukan kebangsaan pada bulan ini.
“Namun cadangan itu tidak dapat diteruskan kerana kita mahu mengutamakan keselamatan semua pihak kerana kita sedar wabak COVID-19 ini adalah permasalahan global, maka kami harus mengambil langkah proaktif dan harus melaksanakan keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan semua pihak.
“Kami berharap dengan keputusan yang dicapai hari ini dapat meleraikan tanda tanya pasukan, penyokong mengenai status Liga Malaysia musim 2020 dan kami yakin keputusan ini adalah untuk kebaikan bersama dalam usaha kita mencegah wabak COVID-19 ini daripada terus merebak.
“Saya juga ingin mengingatkan dan menasihatkan kepada persatuan bola negeri yang menjalankan liga-liga negeri dan juga pengendali liga sosial supaya mematuhi arahan ini dengan menangguhkan sebarang aktiviti luar kerana wabak ini cepat menular.
“Marilah kita semua berdoa agar wabak COVID-19 ini dapat ditangani segera dan kita akan dapat meneruskan semula saingan bola sepak di negara kita ini dan juga aksi skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa seperti biasa,” katanya. – FAM–
The post Liga Malaysia Ditangguh Akibat COVID 19 appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/liga-malaysia-ditangguh-akibat-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Liga M 2020 Ditangguhkan Akibat Covid 19

Liga M 2020 Ditangguhkan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 326 hits
PETALING JAYA 13 Mac Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Liga Bola Sepak Malaysia hari ini mengumumkan kesemua aksi Liga Malaysia 2020 akan ditangguhkan bermula Isnin hadapan susulan penularan COVID 19 Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin men...
Atlit Pertama Malaysia Positif Virus Covid 19

Atlit Pertama Malaysia Positif Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 292 hits
Atlit Pertama Malaysia Positif Virus Covid 19 Anda kenal dengan atlit baling tukul besi negara Atlit tukul besi negara iaitu Jackie Wong telah disahkan positif virus Covid 19 menurut kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Meric...
Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik Covid 19

Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 530 hits
Kerajaan melalui Perdana Menteri telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan bg semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 disebabkan pandemik COVID 19 Kita sedia
Benarkah Ini Punca Mengapa Malaysia Jadi Negara Tertinggi Terkena Jangkitan Covid 19 Di Asia Tenggara

Benarkah Ini Punca Mengapa Malaysia Jadi Negara Tertinggi Terkena Jangkitan Covid 19 Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 536 hits
Kalau boleh undur waktu adakah korang rasa mereka semua ni berani keluarkan kenyataan yang sama Sebenarnya awal lagi kita boleh bendung penularan wabak Covid 19 ini Sewaktu rakyat panik dan seru kerajaan untuk sekat perlancong dari China ad...
Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan14 Hari Akan Dilaksanakan Mulai 18 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia

Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan14 Hari Akan Dilaksanakan Mulai 18 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 324 hits
Kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai hari Rabu 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 Berikut adalah Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai COVID 19 Perintah...
Covid 19 Home Testing Kits That Only Cost Rm99 Will Soon Be Available In Malaysia

Covid 19 Home Testing Kits That Only Cost Rm99 Will Soon Be Available In Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 265 hits
Better yet you ll get results in just 30 minutes small Cover image via Thailand Medical News MyEG small MyEG will soon be releasing a COVID 19 rapid test kit that can be used in the comfort of our own homes and without the help of medical p...
Terkini 125 Lagi Kes Baru Covid 19 Dilaporkan Di Malaysia Keseluruhan 553 Kes

Terkini 125 Lagi Kes Baru Covid 19 Dilaporkan Di Malaysia Keseluruhan 553 Kes

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 371 hits
Gambar HiasanPUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan sebanyak 125 kes baharu yang telah dilaporkan dan menjadikan jumlah kes positif COVID 19 adalah sebanyak 553 kes KKM berkata 95 drpd 125 kes ini adalah berkaitan dengan klust...
Malaysia Announces Restricted Movement Measure After Spike In Covid 19 Cases

Malaysia Announces Restricted Movement Measure After Spike In Covid 19 Cases

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 285 hits
PETALING JAYA Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin says the government will impose a restricted movement measure from March 18 until March 31 2020 to deal with the rise in Covid 19 cases He said this in a special address on Covid 19 on M...
Era Pn Malaysia Tertinggi Covid 19

Era Pn Malaysia Tertinggi Covid 19

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 324 hits
Malaysia kini dinobat juara Asia Tenggara mengatasi Singapura buat kali pertama Setelah merampas kuasa melalui pintu belakang PENYAMUN NASIONAL turut memecahkan rekod kes jangkitan koronavirus baharu tertinggi dalam sehari apabila 190 kes b...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo