Liga Malaysia Bakal Dibatalkan


Adakah Liga Bola Sepak Malaysia bakal dibatalkan bagi musim 2020 ini? Ini adalah antara pengumuman yang mungkin menjadi persoalan susulan aktiviti bola sepak negara digantuk selepas isu Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) susulan virus pandemik COVID-19.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka akan menentukan hala tuju Liga Malaysia 2020 pada minggu hadapan selepas mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam wawancara bersama wartawan Nadi Arena Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan keputusan selepas perbincangan bersama agensi terlibat.
“Kami telah mengeluarkan tiga surat pemberitahuan mengenai isu Covid-19 yang melibatkan liga.
“Saya kira kesemua ahli gabungan dan kelab telah memahami bahawa Rabu depan merupakan tarikh akhir untuk berbincang mengenai isu pemotongan gaji pemain.
“Saya memang ada pegawai daripada FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) yang akan memantau bersama dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), KKM mahupun MKN.
“Dan saya perlu jelaskan di sini bahawa kami memantau perkembangan ini setiap hari dan pada minggu depan, Insya-Allah, FAM dan MFL akan mengeluarkan satu hala tuju selepas mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengenai saranan dan hala tuju yang diberikan oleh FIFA buat kesemua persatuan yang bernaung di bawahnya minggu lalu.
“Kami juga prihatin dengan kenyataan KKM minggu lalu, yang melarang aktiviti sukan bagi tempoh enam bulan sehingga setahun.
“Melihat kepada perkara ini, hampir pasti tiada perlawanan bersama penyokong sepanjang tahun ini,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai kelangsungan liga musim ini, Hamidin menambah: “Kami melihat kepada saranan dan hala tuju yang dikeluarkan FIFA untuk memutuskan kelangsungan liga.
“Kami hanya perlu mengemaskan beberapa perkara lagi dan akan mengumumkannya pada minggu depan, jadi saya tidak boleh mendedahkannya pada ketika ini.
“Mungkin ada dua atau tiga pilihan dan sudah pasti pilihan terakhir adalah membatalkan liga tahun ini.
“Sebagai presiden FAM, Kepentingan kesihatan nombor satu dan bola sepak pada ketika ini di nombor dua,” tambahnya.
Jika liga musim ini dibatalkan, sudah pasti ia akan menjejaskan kontrak pemain dan pegawai sesebuah pasukan.
Ia juga akan memberikan tekanan buat sesebuah pasukan untuk membayar pampasan buat pemain dan pegawai mereka.
Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, masih berharap liga musim ini dapat diteruskan.
Bagaimanapun, dia berasakan jika perlawanan diadakan secara tertutup, ia mungkin penyelesaian yang lebih baik kerana pendapatan sesebuah pasukan dapat diraih menerusi penajaan.
“Saya harap liga tahun ini tidak dibatalkan kerana industri bola sepak bukan hanya melibatkan pemain dan pegawai, malah secara keseluruhan, ramai yang terlibat.
“Kita perlu berjaga-jaga. Apa pendapatan terbesar sesebuah pasukan?
“Ia adalah penajaan. Terdapat beberapa jenis penajaan. Ia tidak hanya bergantung kepada penjualan tiket ke stadium,” katanya.
Sumber :- Stadium ASTRO

Ligakampung.com tak pasti untuk memberikan komen sebab ianya memang melibatkan ramai bukan setakat FAM sahaja. Perincian perlu dilakukan. Mungkin Piala Malaysia boleh dibatalkan sekiranya tetap perlu diadakan kerana jadual akan menjadi amat padat selepas kehilangan beberapa bulan perlawanan ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/liga-malaysia-bakal-dibatalkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Kini Turun Ke Liga Kedua Covid 19 Dunia

Malaysia Kini Turun Ke Liga Kedua Covid 19 Dunia

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 290 hits
Dengan kepimpinan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Norhisham Abdullah negara kini berada di Liga Kedua Covid 19 yang menunjukkan kejayaan besar negara dalam melawan Covid 19 berbanding negara negara lain di dunia Kejayaan Malaysia mengawal...
Hujan Meteor Tertua Bakal Kelihatan Di Langit Malaysia 23 April Ini

Hujan Meteor Tertua Bakal Kelihatan Di Langit Malaysia 23 April Ini

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 620 hits
Susulan daripada perintah kawalan pergerakan dan juga lockdown yang dilaksanakan dikebanyakkan negara seluruh dunia ketika ini kita mungkin bertuah kerana dapat melihat kembali langit yang semakin cerah kerana kekurangan pencemaran udara ya...
Rentasan 667 Panas Azmin Ali Bakal Jadi Pm Malaysia Ke 9 Didedah

Rentasan 667 Panas Azmin Ali Bakal Jadi Pm Malaysia Ke 9 Didedah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 538 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6671 BELUM DUA BULAN AZMIN SUDAH NAK JADI PERDANA MENTERI 2 RAKYAT BERANG PKP DUA DARJAT 3 LANGGAR PKP MAAF SAHAJA TIDAK CUKUP 4 TIDAK DIIKTIRAF 500 NEGARA DR DZULKEFLY JAWAB TOHMAHAN
Malaysia Sertai Kaji Selidik Dunia Bakal Mulakan Kajian Klinikal Ubat Covid 19 Dalam Masa Terdekat Kkm

Malaysia Sertai Kaji Selidik Dunia Bakal Mulakan Kajian Klinikal Ubat Covid 19 Dalam Masa Terdekat Kkm

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 615 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia bakal memulakan kajian klinikal bagi menguji keberkesanan dan keselamatan ubat Remdesivir Lopinavir Ritonavir Interferon Beta Choloquine dan Hydroxychloroquine untuk merawat pesakit COVID 19 dalam masa terdeka...
Ini Sebab Kenapa Best Photography Best Connectivity Smartphone Ini Bakal Digilai Rakyat Malaysia

Ini Sebab Kenapa Best Photography Best Connectivity Smartphone Ini Bakal Digilai Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 341 hits
Smartphone dan manusia berpisah tiada Zaman sekarang zaman segalanya dihujung jari Segala rutin dan aktiviti didominasi teknologi ini Memang tak dinafikan ada yang mengaitkan level gaya hidup seseorang itu dengan peranti yang digunakan Pres...
Liga Malaysia Tetap Tidak Di Benarkan Selepas Pkp Tamat

Liga Malaysia Tetap Tidak Di Benarkan Selepas Pkp Tamat

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan tetap melarang penganjuran Liga Malaysia atau sebarang aktiviti perkumpulan selepas Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan Tegas Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob larangan aktiviti perkumpulan merupakan sala...
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan Kerana Covid 19

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 375 hits
KEMPEN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 DIBATALKAN KERANA COVID 19 Sepertimana semua orang tahu tahun 2020 merupakan tahun melawat Malaysia Tetapi sayang oleh kerana penularan wabak berbahaya yang memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancong...
Afc Batal Liga Bola Beribu Akan Hilang Kerja Di Malaysia

Afc Batal Liga Bola Beribu Akan Hilang Kerja Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR Kira kira 1 500 pemain bola sepak di Malaysia bakal menjadi penganggur sementara jika Liga Super Liga Perdana Liga M3 dan beberapa kejohanan peringkat pembangunan dibatalkan tahun ini Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia...
Tengku Abdul Rahman Setuju Liga M Dibatalkan

Tengku Abdul Rahman Setuju Liga M Dibatalkan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 251 hits
KUANTAN Penangguhan semua acara bola sepak untuk musim ini adalah jalan terbaik bagi mereka yang terbabit di dalam industri itu termasuk ahli gabungan yang bernaung dengan badan induk bola sepak negara Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pa...
Makan Makan Di Camden Market

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Khasiat Tersembunyi Pokok Mata Pelanduk

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda

Tenangnya Pagi Muharam

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah