Liew Kenapa Gps Tak Contohi Pembangkang Sabah


Ng Xiang Yi  


  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata beliau tidak faham mengapa anggota parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mencontohi langkah pembangkang Sabah yang menyokong usaha meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.

Liew yang menjaga portfolio undang-undang mendedahkan senarai 138 anggota parlimen yang menyokong rang undang-undang (RUU) pindaan itu, dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Berdasarkan senarai itu, empat daripada enam anggota parlimen pembangkang dari Sabah mengundi menyokong RUU itu.

Mereka adalah Anifah Aman (Bebas-Kimanis), Jeffrey Kitingan (GBS-Keningau), Maximus Ongkili (GBS-Kota Marudu) dan Arthur Joseph Kurup (GBS-Pensiangan).

"Empat MP Sabah ini juga sokong. Jadi saya tak faham mengapa GPS tidak mahu sokong?" soalnya.

Dua lagi anggota parlimen pembangkang dari Sabah, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkecuali manakala Yamani Hafez Musa (Bebas-Sipitang) tidak hadir.

Jika 19 anggota parlimen GPS mengundi menyokong RUU itu, majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meluluskan RUU itu akan dapat dicapai.

Baca: GPS: Usaha kembalikan status Sabah, S'wak ada kelemahan
Berdasarkan senarai itu, semua anggota parlimen GPS hadir ke Dewan Rakyat pada hari pengundian dan mengatakan mereka akan berkecuali

Senarai itu turut menunjukkan sejumlah 24 anggota parlimen tidak hadir ketika pengundian, dan empat daripadanya adalah dari Pakatan Harapan (PH).

Mereka ialah Maszlee Malik (Simpang Renggam), Shamsul Iskandar Md Akin (Hang Tuah Jaya), Noor Amin Ahmad (Kangar) dan Muslimin Yahaya (Sungai Besar).

Liew berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan semua anggota parlimen PH untuk hadir ke Dewan Rakyat ketika pengundian.

"Ini arahan akhir yang perlu dipatuhi... Tiada alasan walau (anda) sakit," katanya lagi.

Ditanya berkenaan tindakan terhadap mereka yang tidak hadir, beliau berkata ia bergantung kepada ketua whip parti masing-masing.

"Saya difahamkan, daripada mesyuarat kabinet, ada satu atau dua MP yang memohon (tak hadir) untuk hadir mesyuarat di luar negara," katanya.

Sementara itu, Liew turut mengkritik GPS kerana bertegas mahu frasa "menurut Perjanjian Malaysia 1963" dimasukkan dalam RUU pindaan.

Jika frasa itu dimasukkan, kata Liew, ia akan mencabuli peruntukan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan merumitkan lagi keadaan.

 Beliau berkata mendapat nasihat itu daripada peguam negara (AG)

"Kami agak kecewa dengan tindakan GPS. Mereka menafikan hak orang Sarawak (untuk mengembalikan kedudukan negeri-negeri Borneo). Mereka tidak bersikap wajar.

"Mereka begitu degil dan mahu frasa itu... tetapi pendirian AG adalah ia tidak dapat dilakukan dan hanya pengulangan," katanya.

RUU pindaan itu bertujuan mengembalikan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan sebelum pindaan yang dibuat pada 1976.

Ditanya jika kerajaan akan membentangkannya semula tak lama lagi, Liew kelihatan kecewa dan berkata kerajaan tidak tergesa-gesa, apatah lagi dengan pendirian pembangkang berkenaan pindaan itu.

"Saya tak lihat ia berlaku... Mereka (pembangkang) kata mengapa kita begitu tergesa-gesa (untuk bentang).

"Jadi tunggu dan lihat. Ketika perbahasan mereka tanya kenapa kita tergesa-gesa... Jadi kenapa perlu tergesa-gesa untuk pembentangan semula?" soalnya lagi.

Berikut senarai penuh pengundian RUU tersebut pada 9 April lalu:
 LIHAT DI SINI.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/liew-kenapa-gps-tak-contohi-pembangkang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrajaya Mahu Kembalikan Status Sabah Sarawak Ikut Ma63 Tetapi Bn Pas Gps Tak Sokong

Putrajaya Mahu Kembalikan Status Sabah Sarawak Ikut Ma63 Tetapi Bn Pas Gps Tak Sokong

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 313 hits
Cadangan kerajaan untuk meminda perlembagaan bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak mengikut perjanjian pembentukan Malaysia 1963 gagal diluluskan ekoran hanya 138 anggota parlimen yang menyokong manakala 59 lagi berkecuali Usul pindaa...
Gps Usaha Kembalikan Status Sabah S Wak Ada Kelemahan

Gps Usaha Kembalikan Status Sabah S Wak Ada Kelemahan

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 400 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memang ikhlas bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama rata dengan Semenanjung berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 kata Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg Bagaimanapun...
Sabah S Rural Road Network Gets Rm316 9m Boost

Sabah S Rural Road Network Gets Rm316 9m Boost

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 183 hits
The Rural Development Ministry is committed to further strengthening Sabah s rural transport network via the implementation of 81 rural road construction projects involving an allocation of RM316 9 million this year Minister Rina Harun said...
Sabah Dap Pleads With Opposition To Back Amendment Bill

Sabah Dap Pleads With Opposition To Back Amendment Bill

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 339 hits
Sabah DAP secretary Chan Foong Hin with national DAP Wanita chief Chong Eng and Sabah DAP Wanita chief Jannie Lasimbang KOTA KINABALU Sabah DAP pleaded with opposition MPs in Sabah and Sarawak today to stop playing politics and instead supp...
Large Following In Sabah Not A Threat To Warisan Bersatu Sec Gen

Large Following In Sabah Not A Threat To Warisan Bersatu Sec Gen

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 288 hits
Sabah Bersatu already attracting more than 120 000 members is not a threat to Parti Warisan Sabah said Bersatu secretary general Marzuki Yahya Instead Marzuki who is also deputy foreign minister said Bersatu spreading its wings to Sabah was...
Robson Rendy Rining Penjaga Gol Tambadau Sabah

Robson Rendy Rining Penjaga Gol Tambadau Sabah

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 841 hits
Robson Rendy Rining Penjaga Gol Tambadau SabahPenjaga gol Sabah Robson Rendy Rining dipilih sebagai pemain terbaik Liga Perdana bagi bulan Februari oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia dan asiana my Kedudukan penjaga gol ut...
Tewas Kali Kedua Berturut Turut Tambadau Sabah

Tewas Kali Kedua Berturut Turut Tambadau Sabah

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 431 hits
Tewas kali kedua berturut turut Tambadau SabahSabah mengalami kekalahan kedua berturut turut ditangan Selangor United 1 2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dalam saingan Liga Perdana Malaysia 2019 Seminggu selepas kekalahan di saingan ...
Sabah S Masochistic Obsession To Be Played Out Again By Mahathir

Sabah S Masochistic Obsession To Be Played Out Again By Mahathir

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 347 hits
In his Facebook yesterday Sabah political writer Musli Oli appealed to Lim Guan Eng to of the Federal Constitution It is supposed to be the equal partner amendment to revert back to the original version of the Malaysian Constitution in 1963...
Pelancaran Parti Terbesar Pernah Disaksikan Tun M Bersatu Terima Lebih 125 000 Permohonan Jadi Ahli Baru Di Sabah

Pelancaran Parti Terbesar Pernah Disaksikan Tun M Bersatu Terima Lebih 125 000 Permohonan Jadi Ahli Baru Di Sabah

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 474 hits
Foto oleh Berita HarianPeluasan Bersatu ke Sabah dilakukan kerana ramai bekas ahli Umno di negeri itu yang mahu menjadi anggota baru parti tersebut kata Dr Mahathir Mohamad Kata pengerusi Bersatu itu sedari awal pembentukan parti itu dua ta...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Perempuan Melawan Lara

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer

Cidb Retracts Statement On Putra Heights Blast Findings

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100

Dior188