Lid Tak Sedar Ker Ph Kena Game Dengan Mahathir Nak Damai Apa Lagi Lid


Pakatan Harapan (PH) sedia menjadi perantara bagi mendamaikan hubungan antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad

Mengakui perkembangan semasa menunjukkan hubungan 'kurang positif' antara kedua-dua tokoh itu, Khalid berkata harapan tetap ada untuk mendamaikan mereka seperti dilakukan menjelang pilihan raya umum lalu

Ini katanya meskipun Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan akan menghentikan kerjasama dengan Anwar

“Setakat ni, lepas kenyataan itu, memang nampak kurang positiflah, tapi tak menjadi alasan untuk kita tak meneruskan usaha kita

“Ini bukan satu perkara yang kita boleh mengharapkan natijahnya dengan segera

“Sepertimana pada 2018, kita telah berjaya mendamaikan di antara Tun (Mahathir) dan parti yang dipimpin oleh Anwar, insya-Allah, kita akan berjaya sekali lagi. Tapi kena berusahalah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini

Khalid diminta mengulas kenyataan terbaru Dr Mahathir dalam wawancara bersama Sin Chew Daily untuk berhenti bekerjasama dengan Anwar

Menurut Mahathir, keputusan itu diambil memandangkan presiden PKR itu enggan bekerjasama dengannya

Malah, pengerusi Bersatu yang dipertikaikan jawatan itu menyatakan kesediaan meneroka jalan lain bagi menjadi perdana menteri kali ketiga

Perselisihan berlaku dalam PH ekoran perbezaan pendapat mengenai calon perdana menteri, sekiranya gabungan PH Plus berjaya merampas semula pentadbiran daripada Perikatan Nasional (PN)

PKR bertegas mahu Anwar menjadi calon perdana menteri

Bagaimanapun, DAP dan Amanah cenderung menggandingkan Mahathir dan Anwar sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri selama enam bulan, sebelum peralihan kuasa berlaku

Meskipun pemimpin DAP dan Amanah konsisten menyatakan sokongan buat Anwar, mereka berpendapat gandingan itu merupakan jalan terbaik bagi memastikan Anggota Parlimen Port Dickson itu benar-benar dapat menjadi perdana menteri

Kedua-dua tokoh itu mempunyai hubungan berliku dan panjang, bermula daripada pemecatan Anwar daripada timbalan perdana menteri ketika Mahathir menerajui negara pada 1998

Mereka akhirnya berdamai bagi menjatuhkan bekas perdana menteri Najib Razak pada PRU-14, sehingga berjaya menumbangkan kerajaan BN buat julung-julung kalinya selepas 60 tahun mentadbir negara

Namun, sepanjang 22 bulan pentadbiran PH yang diterajui Mahathir sebagai , isu peralihan kuasa yang tidak jelas sentiasa menghambat gabungan itu dalam pertelingkahan tak berkesudahan di media

Isu peralihan kuasa dilihat sekali menjadi batu penghalang terbesar buat PH plus mencapai kata sepakat buat masa ini

Mengulas lanjut, kata Khalid, Amanah bersama DAP akan tetap dengan keputusan iaitu PH plus perlu dikukuhkan bagi mengambil alih semula kerajaan daripada PN

Ketika disoal tentang keyakinannya mengenai hubungan kedua-dua pemimpin itu, Khalid memberikan bayangan bahawa yang paling penting kini adalah usaha bagi memulihkan hubungan mereka

“Usaha kena buat,” jawabnya ringkas

Kerajaan PH tumbang penghujung Februari lalu selepas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengeluarkan parti itu dari gabungan berkenaan, manakala Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri

Krisis politik selama seminggu itu berakhir apabila Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru pada 1 Mac dan menubuhkan gabungan kerajaan baru

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/06/lid-tak-sedar-ker-ph-kena-game-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Mahathir Nak Tolong Anwar Tak Pelik Ker

Macam Mana Mahathir Nak Tolong Anwar Tak Pelik Ker

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 328 hits
Mahathir dah jadi PM masa dalam PH Mahathir juga telah mengatur pentadbiran negara 22 bulan Mahathir juga menabur janji melepaskan jawatan dan akhirnya dia lepaskan jawatan Tetapi anwar kekal sebagai PM in waiting list Sekarang mahathir nak...
Dulu Dr Mahathir Merayu Pada Anwar Di Mahkamah Sekarang Merayu Di Pejabat Pkr Pula Kenapa Terdesak Nak Jadi Pm

Dulu Dr Mahathir Merayu Pada Anwar Di Mahkamah Sekarang Merayu Di Pejabat Pkr Pula Kenapa Terdesak Nak Jadi Pm

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 571 hits
Siapa sebenarnya yang terdesak atau bergolek golek sambil menghentak hentak kaki atas simen untuk menjadi Perdana Menteri Dr Mahathir atau Anwar Semalam laman blog ini menyiarkan bagaimana strategi Anwar untuk pancung Dr Mahathir buat selam...
Dap Playing Dangerous Game In Backing Mahathir To Be Pm A Third Time

Dap Playing Dangerous Game In Backing Mahathir To Be Pm A Third Time

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 365 hits
finance twitter Maszlee Malik the infamous Black Shoes Minister has argued that Opposition bloc needs his boss Mahathir Mohamad to secure enough seats to form a government He said there s no way that opposition leader Anwar Ibrahim could ge...
Umno Nak Ker Berkorban Demi Bersatu

Umno Nak Ker Berkorban Demi Bersatu

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 252 hits
Seorang ahli Majlis Tertinggi PPBM berkata Umno perlu banyak berkorban sekiranya ia mahu gabungan politik Perikatan Nasional diteruskan dengan lebih serius Malah menurut Wan Saiful Wan Jan PN berpotensi menjadi lebih stabil daripada Pakatan...
Mahathir Nak Tubuh Parti Baru Lagi Parti Aad

Mahathir Nak Tubuh Parti Baru Lagi Parti Aad

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 402 hits
Saya bercadang untuk tubuh sebuah parti politik Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia Sekarang parti sudah berpecah dua Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi parti politik Melayu Nama p...
Saya Cadang Nak Tubuh Parti Dr Mahathir

Saya Cadang Nak Tubuh Parti Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 359 hits
DR MAHATHIR MOHAMMAD 1 Saya bercadang untuk tubuh sebuah parti politik 2 Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia Sekarang parti sudah berpecah dua 3 Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi ...
Saya Tak Nak Jadi Pm Tapi Ramai Orang Minta Saya Jadi Pm Semula Mahathir

Saya Tak Nak Jadi Pm Tapi Ramai Orang Minta Saya Jadi Pm Semula Mahathir

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 252 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berhasrat untuk menjadi perdana menteri buat kali ke 3 walaupun ingin membantu Presiden PKR Anwar Ibrahim mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat Saya Tak Nak Jadi PM Tapi Ramai Orang Mint...
Mahathir Nak Pelingkup Ph

Mahathir Nak Pelingkup Ph

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 181 hits
Muhd muklis mohd syarifBanyak misleading fact saya malas nak ulas bab ini sebab nanti ramai yang trigger tapi kalau fakta semua ke laut dan cuba water down fact that it self already makes me itchy Mohd Hilmi Hilmi Johar Ismail 1 Tun M telah...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri