Leteran Hari Ini
Assalamualaikum...
AHAD lepas, Sk minta pelepasan untuk BDR lebih awal. Ini kerana Sk ada temujanji untuk perbaharui lesen memandu di Pejabat Pos Besar jam 3.20 petang. Sebelum tu, Pak Inche kata, nak pergi RHB Bank, ada urusan. Urusan PI selesai lebih kurang 2.15 petang. Kemudian, dia ajak tapau Nasi Ambeng di Medan Selera Mahsuri. Dah wassalam laaa. Tengok jam, baru 2.30 petang. Ada lagi sejam masa temujanji, hurmm.. awal lagi. Tapi, kita cuba sajalah, mana tahu boleh dapat awal, kan. Tambahan lagi, baru-baru ni Pos Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang hendak berurusan boleh datang secara walk in, tidak perlu temujanji.
Terkejut bila sampai depan PPB, manusia beratur melengkau-lengkau. Bila tengok betul-betul, semuanya merupakan warga asing. Pada mulanya, Sk ingatkan mereka nak hantar wang ke luar negara melalui PP. Tapi, macam pelik la pulak. Curi-curi tengok borang yang mereka pegang, ada perkataan passport. Kemudian nampak ada dua papan tanda kecil, yang pertama tempat ramai abangla beratur tu, tulis PASSPORT dan yang kedua tulis PELBAGAI URUSAN. Sk pun tanya dengan pegawai yang bertugas, urusan perbaharui lesen kena ikut temujanji atau boleh masuk awal. Kena ikut temujanji katanya, sambil melihat jam dan memberitahu masa temujanji Sk lama lagi selepas tengok jadual temujanji yang Sk tunjukkan. Hurmmm.. bertentangan betul dengan kenyataan yang dikeluarkan Pos Malaysia.
Jadinya, Iman kata, jom pergi pusing-pusing keliling bando dulu, lama tak tengok bando 😆😆 Lepas tu, PI kata, apa kata kita tengok Kedai Nasi Padang yang kat hujung tu, buka tak? Jom!
Nasi Padang Putri Dagang, namanya. PI memang ada beberapa kali jugak la tapau nasi kat sini. Sk pertama kali ke sini. Kedai ni pun kejap buka, selalu tutup bila Sk lalu 🤭. Kami terus bungkus nasi campur lauk terus. Jadi, apalagi.. tepuk dada tanya selera
Bukan main tepuk dada ni.. Gulai Urat, Ayam Bakar dan Sambal Hijau. Kena RM15.
Sambal Hijau, Taugeh dan Ayam Bakar, selera Iman, RM10
Tepuk dada selur-selur pun dah RM9. Paru Goreng, Pucuk Manis Masak Lemak dan Sambal Nasi Padang. Lepas tapau, patah balik ke PPB. Tunggu sekejap, tengok jam dah 3.10 minit, Sk terus beratur di barisan Pelbagai Urusan. Depan Sk, ada seorang uncle dan aunty berbangsa cina dan dua orang abangla. Pelik pulak kenapa abangla ni beratur di sini
Baru perasan, semua abangla ni berurusan dari luar sahaja dan tidak masuk ke dalam PP. Ada pegawai yang uruskan mereka, diambil borang dan yang mana berkaitan akan dipanggil namanya. Aunty yang depan sekali tadi, beritahu dia ada temujanji perbaharui lesen jam 3.30. Pegawai tu suruh dia tunggu, masa tu rasanya dah jam 3.15. Sk pun angkat tangan, beritahu, temujanji jam 3.20. Dia suruh Sk tunggu jugak. Tak lama kami berdua dipanggil masuk. Aunty tu macam terpinga-pinga jugak. Sk pun suruh dia tekan nombor giliran. Baru dia nak tekan, pegawai tadi datang, cakap, tak perlu tekan nombor sebab dah ada temujanji. Kami diarahkan terus duduk menunggu di kerusi bahagian kiri. Peliknya, nombor giliran pelanggan lain dipanggil, yang kami ni. Sk mula angin sebab uncle yang beratur depan Sk tu dah dipanggil ke kaunter guna nombor giliran. Haissshhh.. apa punya sistem ni??
Bila ada satu kaunter kosong, Sk terus bangun dan bertanya status Sk yang datang dengan temujanji. Jam dah 3.30++ masa tu. Pegawai tu minta Sk tunggu sekejap sementara dia selesaikan pelanggan yang nombor dah dipanggil. Lepas tu dia panggil Sk. Sk minta perbaharui lesen untuk tiga tahun. Gedebak gedebuk gedebak gedebuk.. pegawai tu beritahu Sk, cip mykad Sk tak boleh dibaca. Kemudian, dia pergi ke dua buah kaunter lain, pun sama, tak boleh baca. Nak kena tukar mykad la pulakkan. Bukan percuma, kan? Nak buat temujanji jugak lagi. Apa pun tak boleh la macam ni. Cip rosak salah siapa? Salah kita ke???
Semalam pulak dapat sms dari bank, kad atm dah nak hampir tarikh luput. Semak kad, hurmmm.. luput 9/21. Nak kena buat temujanji, nak guna mykad jugakkan??
Matilanakkkk!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/09/leteran-hari-ini.html