Letak Husam Ph Kelantan Mampu Buat Kejutan




Letak Husam, PH Kelantan mampu buat kejutan?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: November 11, 2022 SharePercaturan KEADILAN meletakkan jeneral politik era Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, Datuk Husam Musa dianggap pemerhati politik akan mempunyai kesan tertentu ke atas mood pengundi negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut penganalisis politik Dr Mohd Amim Othman dari Madani Institute, terdapat kajian menunjukkan bahawa pengundi di Kelantan akan lebih kritikal kali ini terhadap Pas kerana selepas Langkah Sharaton parti itu telah menjadi sebahagian kerajaan pusat, namun katanya, tidak banyak kemajuan yang berjaya dibawa ke Kelantan.
Oleh itu, katanya, seawal penamaan calon kelihatan suasana pilihan raya kali ini agak kurang meriah berbanding sambutan para penyokong Pas pada siri PRU lalu.
Bagaimanapun, ujar Dr Amim yang meninjau suasana penamaan calon di Kota Bharu dan Pasir Mas, keadaan mungkin masih pada peringkat awal untuk melihat sokongan sebenar.
“Pakatan Harapan (PH) tak banyak bendera di hari pencalonan di Kota Bharu dan Pasir Mas. Namun dua kawasan ini bagi saya ada potensi PH membuat kejutan. Pertama di Pasir Mas calonnya Husam.
“Di Kota Bharu pula sokongan agak menarik kerana gerak kerja yang dilakukan Amanah di situ, termasuk isu Masjid Muhammadi dan sebagainya,” katanya.
Selain itu, kata Dr Amim, Pas ketika ini tidak seperti era Nik Aziz yang mempunyai imej kepimpinan mantap. Pemimpin Kerajaan Negeri selepas Nik Aziz, jelasnya kurang menyerlah.
“Aura Pas tidak macam dulu. Pas tidak mempunyai jeneral utama. Contohnya MB orang tak banyak bercakap. Tidak nampak kaliber dia. Nik Amar (Timbalan MB) menguasai kepimpinan, tetapi orang kurang suka. Ada banyak isu melingkari kerajaan Pas seperti isu kereta mewah, isu air Kelantan berkarat dan sebagainya,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Amim tidak menolak kelebihan mungkin berpihak kepada PH kerana kali ini tidak ada pilihan raya negeri
Jelasnya, terdapat segelintir pengundi yang ditemui sedia untuk memberi sokongan berlainan bagi Persekutuan dan negeri.
“Nampaknya slogan mungkin akan berubah. Mungkin akan wujud slogan undilah PH untuk selamatkan negara. Jika nak selamatkan negeri pangkah Pas
“PH perlu diundi untuk selamatkan negara atau untuk hadapi kemelesetan ekonomi tahun hadapan. Hal ini mungkin menjadi perhitungan pengundi di Kelantan,” katanya.
Bagi beliau PH memerlukan kemenangan di beberapa kerusi parlimen dari Kelantan untuk memastikan Umno tidak menang terlalu banyak dan mudah mencapai simple majority. Manakala penyokong PH mungkin mahukan Husam diangkat menjadi menteri Persekutuan sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/letak-husam-ph-kelantan-mampu-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantu Kempen Ph Kelantan Husam Musa

Bantu Kempen Ph Kelantan Husam Musa

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 218 hits
Kemenangan calon calon Pakatan Harapan Negeri Kelantan pada PRU 15 ini amat penting bagi memastikan kita berjaya mengangkat DSAI sebagai Perdana Menteri Malaysia Bagi menghadapi PRU kali ni kami amat alu alukan sumbangan ikhlas dan sukarela...
Bn Dan Pn Masih Belum Mampu Letak Calon

Bn Dan Pn Masih Belum Mampu Letak Calon

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 169 hits
BN DAN PN MASIH BELUM MAMPU LETAK CALONNORMAN RADZUAN Ketika ini PH mendahalui berbanding BN PN MOMENTUM 2018 SUDAH MENCAPAI 70 Bila melihat foto2 di seluruh negara kempen PH jelas PH kini sudah mendapat 70 momentum apa yg berlaku pada 2018...
Air Karat Mampu Jadi Isu Utama Untuk Pas Tewas Di Kelantan Atau Berkurangan Kerusi

Air Karat Mampu Jadi Isu Utama Untuk Pas Tewas Di Kelantan Atau Berkurangan Kerusi

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 201 hits
Begitu juga umno air bah atau banjir besar mampu jadi satu isu dan faktor parti itu dibungkus keluar sekali lagi dari Puterajaya Itu merupakan tambahan kepada isu pertelagahan kepimpinan dalaman parti dan isu mat sakau yang merbahaya jika d...
Maulidur Rasul Di Stadium Sultan Muhammad Iv Kota Bharu Kelantan

Maulidur Rasul Di Stadium Sultan Muhammad Iv Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 354 hits
Seluruh peminat bola sepak bersama sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad sebelum sepak mula di antara pasukan Kelantan The Red Warriors dan Kuala Lumpur pada 15 Februari 2011 Semoga perjuangan bola sepak Kelantan sentiasa diberkat...
Ganti Annuar Di Ketereh Ketua Puteri Umno Kelantan Marzuani Ardila Ariffin Serba Salah

Ganti Annuar Di Ketereh Ketua Puteri Umno Kelantan Marzuani Ardila Ariffin Serba Salah

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 138 hits
BernamaKetua Puteri Umno Kelantan Marzuani Ardila Ariffin beliau belum membuat keputusan untuk menghadiri majlis pengumuman calon Barisan Nasional yang dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur malam ini KOTA BHARU Ketua Puteri Umno Kelantan Mar...
Dsai Di Kelantan Hari Ini

Dsai Di Kelantan Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 252 hits
RAKYAT KELANTAN MENANTI BAKAL PM 10 Stadium Kota Bharu pernah dibanjiri apabila Anwar Ibrahim sepentas dengan Almarhum Tok Guru Nik Aziz Tok guru sering mendoakan Anwar Ibrahim menjadi PM Almarhum juga pernah mendoakan kecelakaan buat peras...
Bn Mampu Bentuk Kerajaan Malam Ini Ismail Sabri

Bn Mampu Bentuk Kerajaan Malam Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 225 hits
bharian com myOleh November 19 2022 11 39amIsmail Sabri bersama dengan isterinya mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke 15 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerayong hari iniBERA Barisan Nasional yakin dapat membentuk kerajaan baharu malam ini ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew