Lesen Jualan Arak Kenyataan Zafrul Bercanggah Dengan Ka Siong


 



December 11, 2021Kerajaan setakat ini tidak berhasrat untuk menarik balik sebarang kelulusan berkaitan pelesenan penjualan minuman keras, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Malah, beliau turut menafikan tohmahan yang menuduhnya telah bertindak membatalkan perkara berkaitan aspek pelesenan tersebut.
Jelas beliau, dasar sedia ada telah menggariskan bahawa penjualan minimum keras secara runcit di premis perlu mempunyai lesen di bawah Akta Eksais 1976 dan sebarang pelesenan penjualannya perlu mendapat kelulusan Lembaga Pelesenan selaras dengan Seksyen 35, Akta Eksais 1976.
Aspek pelesenan penjualan minuman keras itu adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan yang dilantik oleh perwakilan kuasa Menteri Kewangan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri melalui perintah yang diwartakan pada 1977, kata beliau.
“Sehubungan itu, dakwaan atau tohmahan bahawa Menteri Kewangan telah membatalkan perwakilan kuasa tersebut adalah tidak benar. Terdapat kekeliruan dalam pelaksanan dan penguatkuasaan lesen penjualan minuman keras ini di peringkat negeri.
“Saya ingin memberi jaminan sekali lagi bahawa perwakilan kuasa melalui perintah yang diwartakan pada 1977 masih kekal.
“Saya juga telah mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan kekeliruan ini tidak berulang dan pelesenan penjualan minuman keras kekal di bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan,” katanya pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, seperti dipetik Bernama hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Tony Pua Kiam Wee (PH-Damansara) mengenai alasan Kementerian Kewangan tidak membatalkan secara langsung perintah pelesenan penjualan minum keras supaya tiada kuasa perlu diturunkan kepada kerajaan negeri.
Pada Selasa lepas, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi catatan di laman Facebook beliau, memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mengarahkan JKDM untuk membatalkan dasar baharu pelesenan arak untuk restoran dan kedai kopi.
Menurut Tengku Zafrul, tindakan sewajarnya akan diambil bagi menyelesaikan perkara tersebut selewat-lewatnya menjelang hujung tahun ini, 31 Disember 2021.
“Oleh itu, sebarang isu berhubung pelesenan atau pengecualian daripada pelesenan adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri sepenuhnya,” kata beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/lesen-jualan-arak-kenyataan-zafrul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarat Lesen Baharu Jual Arak Dibatalkan Warganet Kecam Kerajaan Dianggotai Pas

Syarat Lesen Baharu Jual Arak Dibatalkan Warganet Kecam Kerajaan Dianggotai Pas

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 185 hits
FAZLI RADZIRata rata warganet mengecam kerajaan hari ini yang turut dianggotai Pas ekoran pembatalan dasar baharu perlesenan arak untuk restoran dan kedai kopi Kerajaan Melayu Islam yang dilabel sebelum ini dianggap gagal mengawal isu berka...
6077 Saf Solat Dan Saf Bola Tolong Hentikan Sandiwara Ini Kenyataan Akhbar Ppim 08 12 2021

6077 Saf Solat Dan Saf Bola Tolong Hentikan Sandiwara Ini Kenyataan Akhbar Ppim 08 12 2021

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 248 hits
Perlawanan bola sepak antara pasukan JDT dengan pasukan KL City telah membuatkan pengguna dan rakyat tertanya tanya apakah sudah ada kelonggaran Prosedur Operasi Standard ketika kita masih bergelut dengan wabak COVID 19 Sering kita menyaksi...
Pasaran Saham As Merosot Berikutan Kenyataan Powell

Pasaran Saham As Merosot Berikutan Kenyataan Powell

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 233 hits
Saham AS jatuh pada hari Selasa selepas Pengerusi Fed Jerome Powell mengumumkan tarikh awal untuk mengurangkan pembelian bon Beliau juga memaklumkan Jawatankuasa Perbankan Senat bahawa sudah tiba masanya untuk berhenti menggunakan perkataan...
Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang

Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 190 hits
Isu Patutkah Perlaksanaan Hukuman Penjara Terhadap Bekas Perdana Menteri Najib Razak ditangguhkan Sehingga Keputusan Rayuannya di Mahkamah Persekutuan Permohonan penggantungan perlaksanaan hukuman telah difailkan oleh Najib Razak di Mahkama...
Kembali Ke Parlimen Perjelas Kenyataan Berbeza Mengenai Thaipusam Guan Eng Beritahu Halimah

Kembali Ke Parlimen Perjelas Kenyataan Berbeza Mengenai Thaipusam Guan Eng Beritahu Halimah

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 188 hits
Lim Guan Eng mendakwa Halimah Sadique bertindak mendahului Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam membuat kenyataan memandangkan perkara itu masih belum dibincangkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid 19 KUALA LUMPUR Menteri Per...
Kenyataan Nik Amar Bukti Pas Lemah Sedang Cari Dahan Berpaut

Kenyataan Nik Amar Bukti Pas Lemah Sedang Cari Dahan Berpaut

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 220 hits
MALAYSIA DATELINEAMANAH Bukit Bintang menyifatkan Pas ialah sebuah parti yang tidak ada pendirian tetap ia hanya sebuah parti yang dianggap sebagai melukut di tepi gantang Ketuanya Ahmad Asri Talib berkata apabila Pas rasa lemah ia akan men...
Not Fair To Expect Boldness From Tengku Zafrul Says Ex Epu Man

Not Fair To Expect Boldness From Tengku Zafrul Says Ex Epu Man

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 234 hits
Saiful Bahari Baharom says it is unfair to expect revolutionary changes from Tengku Zafrul Aziz given that the government lacks a strong mandate from the people PETALING JAYA Complaints that finance minister Tengku Zafrul Aziz has not been ...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua