Lepasan Ijazah Kerja Pekerjaan Lepasan Spm Amalan Tidak Sihat Pensyarah




SHAH ALAM - Menjadi impian setiap graduan universiti dan kolej yang menamatkan pengajian untuk mendapatkan kerjaya yang menjanjikan imbuhan setimpal dengan kelayakan dimiliki. 
Malangnya, tidak semua bernasib baik memperoleh kerjaya idaman terutama dalam tempoh pandemik Covid-19 yang menjejaskan pasaran kerja di Malaysia. 
Mengulas dilema tersebut, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, isu ‘rebut’ kerja tidak menjadi kesalahan namun perkara itu tidak harus dibiar berlanjutan. 
“Tidak menjadi satu kesalahan apabila siswazah pada masa kini terpaksa ‘merebut’ peluang pekerjaan lepasan (Sijil Peperiksaan Malaysia) SPM, namun kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menambah peluang pekerjaan,” ujar Anuar kepada Sinar Premium. 
Jelas beliau, pandemik Covid-19 menyekat perkembangan ekonomi sekali gus menyebabkan siswazah terpaksa mencari apa saja opsyen pekerjaan demi meneruskan kehidupan selepas tamat pengajian. 
“Sebelum pandemik Covid-19 melanda, siswazah mempunyai pilihan pekerjaan yang agak terbuka sehingga ada yang memilih-milih pekerjaan. Namun kini apa saja peluang pekerjaan yang ada terpaksa diterima. 
“Malah kebanyakan siswazah beralih arah sektor ekonomi gig seperti e-hailing dan penghantaran makanan,” ujar Anuar lagi. 
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini berkata, siswazah kini terpaksa merebut peluang pekerjaan yang disediakan kepada lepasan SPM kerana kekurangan peluang kerja. 
Disyorkan artikel berkaitan ini: Bilangan Siswazah menganggur naik 4.4 peratus, gaji turun 10.6 peratus 
“Pada tahun 2020 sebanyak 1.89 juta lepasan siswazah bekerja dalam sektor separa mahir dan tanpa kemahiran. Ini merangkumi 37.4 peratus jumlah pekerja yang mempunyai kelayakan lepasan ijazah,” kata Shafie. 
Dalam pada itu, tambah Anuar, isu pekerjaan melibatkan siswazah menganggur yang akhirnya terpaksa ‘merebut’ peluang kerja lepasan SPM boleh ditangani sekiranya terdapat perancangan jelas bagi memastikan siswazah tidak tercicir ketika mahu memasuki alam pekerjaan terutama selepas pandemik reda. 
“Kalau mengikut kajian trend siswazah, selepas tiga tahun meninggalkan universiti sekiranya tidak mengaplikasi apa yang dipelajari, kemahiran akan menurun dan perlu kepada latihan semula. Kita tidak boleh membiarkan terlalu lama waktu senggang daripada tempoh graduasi sehingga mula bekerja. 
“Ia juga boleh dikira sebagai pembaziran waktu dan perbelanjaan serta kerugian daripada segi kemahiran apabila telah lama tamat belajar, namun akhirnya melakukan kerja yang lari daripada bidang asal,” ujarnya lagi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2021/10/lepasan-ijazah-kerja-pekerjaan-lepasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Yakin Sihat Jgn Tambahkan Cerita Lagi Saya Nak Fokus Kerja Iqbal Baias Ke Dsv

Saya Yakin Sihat Jgn Tambahkan Cerita Lagi Saya Nak Fokus Kerja Iqbal Baias Ke Dsv

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 215 hits
Nampaknya drama usahawan kosmetik Dato Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli masih mempunyai sambung
Semakan Spmu 2021 Keputusan Spm Ulangan Semak Online

Semakan Spmu 2021 Keputusan Spm Ulangan Semak Online

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 428 hits
Semakan SPMU 2021 Semakan keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia Ulangan 2021 akan mula dibuka pada 3 November 2021 jam 10 00 pagi Rakyat Malaysia yang mengambil ujian ulangan ini boleh bersiap sedia menyemak keputusan SPMU 2021 s...
Ahli Parlimen Labuan Didakwa Guna Kedudukan Dapatkan Kontrak Pekerjaan

Ahli Parlimen Labuan Didakwa Guna Kedudukan Dapatkan Kontrak Pekerjaan

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR 14 Okt Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd tiga...
Covid 19 Seramai 737 Orang Di Pahang Hilang Pekerjaan 1 Januari Sehingga 15 Oktober Lalu

Covid 19 Seramai 737 Orang Di Pahang Hilang Pekerjaan 1 Januari Sehingga 15 Oktober Lalu

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 212 hits
KUANTAN Seramai 737 orang atau 1 38 peratus di Pahang kehilangan pekerjaan bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Oktober lalu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata jumlah itu berdasarkan statistik oleh Portal Perkhidmatan Pekerjaa...
Keputusan Spm Ulangan 3 November

Keputusan Spm Ulangan 3 November

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 266 hits
Oleh ZAREEN HUMAIRAH SEJAHAN PETALING JAYA Kementerian Pendidikan mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan Tahun 2021 akan dikeluarkan pada 3 November ini Dalam satu kenyataan Lembaga Peperiksaan berkata keputusan ...
Kpm Pertimbang Calon Spm Kembali Ke Sekolah Tanpa Penggiliran

Kpm Pertimbang Calon Spm Kembali Ke Sekolah Tanpa Penggiliran

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 358 hits
TAMPIN Kementerian Pendidikan kini sedang mengkaji kesesuaian untuk membenarkan pelajar kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk kembali semula ke sekolah tanpa penggiliran Menterinya Datuk Dr Radzi Jidin berkata KPM kini dalam peri...
Kementerian Pendidikan Pandang Serius Amalan Pemeriksaan Haid Secara Fizikal

Kementerian Pendidikan Pandang Serius Amalan Pemeriksaan Haid Secara Fizikal

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 294 hits
RADZI Jidin menegaskan untuk memastikan amalan pemeriksaan haid tidak terus berlaku PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan memandang serius amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah Menteri Kanan Datuk Dr Ra...
Ayat Pemula Bicara Amalan Dan Perbuatan

Ayat Pemula Bicara Amalan Dan Perbuatan

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 365 hits
kenalkan pemilik blog menarik ini SYUHADA IDRIS Ayat BISSMILLAH HIRRAMAA NIRAHIM ayat ini kena sebati dalam tubuh badan kita kena serap sepenuhnya di minda otak kita Ayat ini mengandung makna indah lafaz yang menyatakan kepujian kepada sang...
Pekerjaan Ada Pengalaman Bermajikan Tak Eh Biar Betul

Pekerjaan Ada Pengalaman Bermajikan Tak Eh Biar Betul

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 236 hits
PEKERJAAN ADA PENGALAMAN BERMAJIKAN TAK EH BIAR BETUL Assalammualaikum wbt Lepasan sekolah Lepasan universiti Umum sedia maklum apa yang selalu menjadi sasaran dan matlamat utama adalah mencari dan mahu mengisi peluang dan tawaran pekerjaan...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


19 Bulan Bersama Hud Aryan Kini Perginya Dalam Kenangan

Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti

Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah