Lepas Ni Kami Saman Terus Jpj Beri Amaran Terakhir Kepada Penjaja Jalanan Di Persimpangan Lampu Isyarat




Sembilan penjaja jalanan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Rasah, Seremban diberi amaran terakhir agar tidak meneruskan penjualan buah mangga asam boi di bahu jalan yang boleh mengundang bahaya kepada diri mereka dan pengguna jalan raya. 


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, amaran terakhir telah diberikan kepada penjaja jalanan berkenaan dan mencari lokasi lain yang lebih selamat, selepas pihaknya menerima aduan dari pengguna jalan raya berhubung kegiatan tersebut. 


"Untuk hari ini, JPJ bersama polis dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) memberi nasihat dan amaran kepada penjaja berkenaan dan kami belum mengambil apa-apa tindakan undang-undang. 


"Aktiviti jual beli di bahu jalan sedikit sebanyak mengganggu kelancaran trafik selain kehadiran mereka menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengguna jalan raya, malah ini boleh membahayakan nyawa mereka sendiri," katanya. 


Jelas Hanif lagi, pihaknya bukan mahu menyekat rezeki penjaja buah mangga berkenaan tetapi merasakan mereka patut mencari lokasi lain yang lebih sesuai dan selamat. 


JPJ telah mengenalpasti 10 lokasi di Seremban yang seringkali menjadi tumpuan penjaja jalanan untuk melakukan aktiviti tersebut dan siasatan awal mendapati sebilangan besar mereka bukan berasal dari Negeri Sembilan. 


Jika mengikut Kaedah 10A (1) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959, aktiviti menjaja di jalanan merupakan satu kesalahan dan tiada sesiapa yang boleh menjual atau menawarkan untuk menjual benda atau barang kepada mana-mana orang yang berada di dalam kenderaan di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya. 


Sekiranya aktiviti tersebut masih lagi berlaku, Hanif menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penjaja yang ingkar dan mengenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan. 


Sumber: Harian Metro


source https://www.thereporter.my/2022/01/lepas-ni-kami-saman-terus-jpj-beri.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/01/lepas-ni-kami-saman-terus-jpj-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biadap Potong Q Langgar Lampu Isyarat Hadap La Kau Saman

Biadap Potong Q Langgar Lampu Isyarat Hadap La Kau Saman

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 338 hits
Polis mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya pada Ops Utama Kesalahan Potong Q dan Lampu Isyarat di lima buah daerah di Kedah ALOR SETAR Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah mengeluarkan sebanyak 244 saman pada Ops Utam...
215 Saman Dikeluarkan Terhadap Penjaja Jalanan

215 Saman Dikeluarkan Terhadap Penjaja Jalanan

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 237 hits
hmetro comANGGOTA JSPT mengeluarkan 215 saman ke atas penjaja jalanan bermula 13 Disember hingga Jumaat lalu FOTO ihsan PDRMKuala Lumpur Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik mengeluarkan 215 saman ke atas penjaja dengan 11 rampasan da...
Perghh Kebas 7 Lampu Isyarat Trafik Sebelum Kena Tangkap

Perghh Kebas 7 Lampu Isyarat Trafik Sebelum Kena Tangkap

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 256 hits
Sebuah persimpangan di Jogjakarta yang hilang lampu trafik Instagram dishubkotayogyaJAKARTA Seorang lelaki ditahan polis selepas kegiatannya mencuri lampu trafik di sekitar Jogjakarta dibongkar polis tempatan lapor portal Coconuts News sema...
Untuk Terus Bersemangat Tiada Sempadan

Untuk Terus Bersemangat Tiada Sempadan

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 232 hits
UNTUK TERUS BERSEMANGAT TIADA SEMPADAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt BIJIH benih yang disemai kita tidak pernah tahu bakal tumbuh atau mengering dan membusuk hujungnya Kalau bercambah itu satu n...
Covid 19 Terus Meningkat 3 997 Kes Baharu Hari Ini

Covid 19 Terus Meningkat 3 997 Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 300 hits
Oleh Sebahagian daripada pelajar pelajar sekolah mendaftar sebelum menerima suntikan vaksin Covid 19 pada Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Remaja di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Sivik Petaling Jaya baru baru ini GAMBAR Abd Razak Aid JA...
Sering Bawa Fesyen Unik Peminat Harap Aina Abdul Tak Terus Bereksperimen Tolong Nanti Jangan Pelik Sangat Baju

Sering Bawa Fesyen Unik Peminat Harap Aina Abdul Tak Terus Bereksperimen Tolong Nanti Jangan Pelik Sangat Baju

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 301 hits
Penyanyi Aina Abdul dan fesyen tidak boleh dipisahkan Sering tampil dengan fesyen luar biasa Aina menjadi sorotan ramai orang terutama di majlis besar antaranya ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 36 baru baru ini Selepas menampilkan imej sepe...
Kenapa Biarkan Kp Dan Menteri Kesihatan Terus Membuli Rakyat

Kenapa Biarkan Kp Dan Menteri Kesihatan Terus Membuli Rakyat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 355 hits
Kenapa ugut dan cuba memaksa rakyat Apakah vaksin satu mandatory dan sekarang Umrah jadi SASARAN Siapa di belakang my sejahtera dan apa perjanjian syaitan vaksin yang terus jadi rahsia Apakah Percuma kepada rakyat tetapi pulus kepada mereka...
Gelombang Kedua Jumlah Mangsa Banjir Terus Meningkat Tujuh Jalan Di Tutup Di Pahang

Gelombang Kedua Jumlah Mangsa Banjir Terus Meningkat Tujuh Jalan Di Tutup Di Pahang

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 359 hits
KUANTAN Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri melaporkan jumlah mangsa banjir petang ini ialah seramai 2 058 orang dengan 48 PPS beroperasi di lapan daerah Daripada jumlah itu 995 orang adalah mangsa banjir gelombang kedua di R...
Isu Putar Belit Sejarah Snowdrop Terus Disebut Jtbc Bakal Ambil Tindakan Undang Undang

Isu Putar Belit Sejarah Snowdrop Terus Disebut Jtbc Bakal Ambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 293 hits
Selepas terus menjadi sebutan di laman komuniti kerana dakwaan putar belit sejarah JTBC telah mengumumkan langkah drastik yang akan diambil mereka Dalam sebuah kenyataan rasmi buat setiap komuniti itu saluran berkenaan tidak teragak agak un...
Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

Caning Not A Complete Solution To Discipline Issues Said Rafizi Who Suggests Japan As An Example

Malaysians Urged To Wear Only Black White Or Dark Attire In Thailand To Honour Late Queen Mother Sirikit

Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belajar Mempelajari Dan Mengingatkan Untuk Kebaikan

Buasir Otak Tv Roblox Tapi Jadi Ai

Foldable Stroller The Ultimate Convenience For Modern Parents On The Go

Ana Ikan Bakar Petai Kuantan Seafood Segar Sambal Petai Legend Di Tanjung Lumpur

M Venpick Hotel Convention Centre Klia Fires Up Monthly Bbq Dinner Buffet

Terus Bergerak Selagi Mampu