Lepak Hujung Minggu Di Leyparking Bistro
Lepak Hujung Minggu di Leyparking Bistro. Hari-hari kerja kat rumah, masak-masak kat rumah, sesekali nak kena juga cari makan kat luar. Kami bukanlah jenis yang suka cari makan kat luar, dah usia-usia meniti senja ni, lebih suka habiskan masa di rumah. Tapi kesian kat anak-anak yang perlukan juga suasana berbeza daripada biasa. Oleh kerana en hubby tak sibuk bolehlah cadang-cadangkan jalan-jalan cari makan. Leyparking Bistro ni pun secara kebetulan terjumpa sebab lokasi pertama yang kami tuju terlalu ramai orang menunggu. Musim Covid sekarang ni, adalah lebih baik mencari tempat makan yang tak perlu tunggu lama, yang ada tapak luas, yang selesa dan menjaga penjarakkan. Lepas pusing-pusing hampir sejam, kami pilih Leyparking Bistro untuk mengisi perut yang dah mula berbunyi riang.
Leyparking Bistro, Bandar Perda, Bukit MertajamDek kerana terasa-rasa seperti nak makan makanan western, so inilah antara lokasi yang sesuai untuk dipilih. Terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Tak tahulah berapa lama dah ada bistro ni. Sepanjang PKP, inilah pertama kali akak jejak kaki di Bandar Perda ni. Tak susah nak cari bistro ini. Cari lokasi restoran Kapitan, jalan sampai hujung simpang dan toleh ke kiri, boleh nampak papan tanda bercahaya Leyparking Bistro. Sebenarnya bukan semata-mata bistro, di luar ada deretan stall ala-ala food truck tapi di sini stall di buat guna kontena kecil. Dengan warna seragam, pelbagai masakan disediakan, korang boleh ronda dan pilih mana yang menarik selera korang
Waktu malam memang nampak cerah tempat ni dari jauh. Meja-meja berwarna kuning seragam di bahagian luar.
Banyak pilihan makanan. Ikutlah citarasa korang nak makan apa. Oleh kerana di luar agak ramai, kami cuba nasib cari tempat di dalam. Tunggu dalam 5 minit, ada keluarga yang dah selesai makan, dapatlah kami meja di bahagian dalam. Bahagian dalam tempat terhad dan jarak-jarak. Terus belek menu dan buat pilihan
Malam ni kami cuba chicken chop dan lamb chop. Ikut selera anak-anak. Ada macam-macam menu lain. Sesuai dengan nama Leyparking, kerusi meja pun sesuai dengan tajuk bistro. Selain itu, korang kalau nak sambut birthday ka, boleh request dan bincang dengan tuan kedai. Ada sudut untuk ahli muzik di bahagian dalam kedai. Tapi masa kami sampai tak da pemuzik dan penyanyi, berhenti rehat rasanya
Lamb chop pilihan ayah dan dak wan.
Chicken chop untuk gegirl. Kena pilih lain-lain supaya boleh kongsi-kongsi rasa
Makan tak toleh kiri kanan dah. Sementara kakak ada di rumah lagi, layan je lah selera anak-anak
Secara keseluruhannya, kami puashati dengan masa menunggu, lokasi, makanan di sini. Lain kali boleh singgah lagi dan cuba makanan di stall pula. Sekarang ni tak mau berlama di luar. Buat korang yang mencari tempat makan yang boleh rileks-rileks santai, bolehlah cuba di Leyparking Bistro
Jom cari tempat makan lagi ! Sharelah tempat yang korang singgah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azirahman.com/2021/12/lepak-hujung-minggu-di-leyparking-bistro.html