Leopold Fc705r Pd Papan Kekunci Tkl Dengan Kualiti Premium
Leopold merupakan pengeluar papan kekunci dari Korea yang telah lama berkecimpung dalam pasaran papan kekunci mekanikal. Kali ni Mamu dengan kolaborasi dari PCByte akan mengulas papan kekunci Leopold FC750R PD.
Sebelum Mamu mengulas lanjut, mai kita tengok video yang Mamu telah siapkan untuk hangpa tonton.
Seperti yang Mamu pernah ulas Leopold FC660M PD kat sini, kotak pembungkusan depa biasanya akan mengikut tema warna papan kekunci itu sendri. Hatni Mamu dapat variasi warna merah & biru dengan warna kekunci putih.
Ciri-ciri pada papan kekunci ni adalah lebih kurang sama dengan papan kekunci yang Mamu pernah ulas sebelum ini dengan ciri kekunci 1.5mm PBT dengan double shot keycap. Ia juga mengekalkan ciri pad penyerap bunyi untuk pengalaman menaip yang lebih padu & senyap tiap kali hangpa menekan papan kekunci ni.
Di belakang kotak pula, tertulis spesifikasi papan kekunci ni. Suis Cherry MX menjadi pemacu untuk papan kekunci kali nih. Mari kita tengok spesifikasi papan kekunci hatni dengan lebih dekat. Hat dalam gambaq tu agak halus nak baca kan?
Papan kekunci ni ada dalam 2 variasi iaitu Korean & English. (Peminat K-Pop mesti ambil variasi Korean kan kan kan?)
Ia juga didatangi dengan dua jenis suis iaitu Cherry MX dan Star. (tak pernah dengaq lagi suis jenama Star. Kena buat research nanti) Papan kekunci yang Mamu dapat menggunakan suis Silent Red. Kalau suis Red bagi hangpa dah senyap, hatni lagi senyap dari hat tu. Seriously I tell you gais!
Bila hangpa buka kotak, hangpa akan disambut dengan papan kekunci Leopold FC750R PD dalam bungkusan plastik ditutup dengan plastik keras untuk menjaga papan kekunci ni. Salah satu ciri yang Mamu suka. Bila tak pakai, boleh tutup dari ancaman anak-anak kat rumah.
Dalam kotak hangpa akan dapat :
Papan kekunci
Penutup plastik keras
Keycap puller
Extra keycap
USB to MiniUSB sepanjang lebih kurang 1.5m
Manual pengguna
USB to PS2 Adapter
Keycap ekstra untuk Capslock, Esc dan juga Ctrl. Keycap puller & USB to PS2 adapter juga disertakan untuk hangpa.
Kabel USB to MiniUSB sepanjang 1.5m disertakan sekali. Takdak ni lagu mana hangpa nak pakai papan kekunci nih kan?
Manual pengguna yang rata-rata pembeli akan campak saja dalam kotak tanpa membaca sekali lalu pun.
Material yang digunakan Leopold FC750R PD menggunakan plastik PBT bahkan kekunci juga dihasilkan dengan teknologi PBT Doubleshot, menjadikan aksara pada papan kekunci sangat tahan lama & hampir tidak berisiko tercalar ketika digunakan.
Leopold FC750R PD tiada masalah flexing masa Mamu cuba membengkokkan papan kekunci ni dan beratnya yang mencapai 1KG sedikit sebanyak menolong dari segi kekukuhan papan kekunci ni. Sesuai untuk hangpa yang jenis pahlawan kekunci tu.
Papan ini mempunyai reka bentuk industri yang sangat minimalis dengan sudut tajam, kotak dan sedikit meruncing dari atas ke bawah.
Tidak seperti banyak papan kekunci moden yang menggunakan rekabentuk terapung untuk susun atur aksara, Leopold tidak mempunyai penutup suis yang terdedah & ini sedikit sebanyak menghalang habuk dari masuk ke dalam papan kekunci tersebut.
Selain mengurangkan warna dari luntur dengan cepat, papan kekunci diperbuat daripada plastik PBT ini tahan terhadap habuk & peluh, menjadikan papan kekunci sentiasa dalam keadaan bersih tanpa “glossy”, “dusty” atau “frayed”. Memang sesuai untuk hangpa hat jenis macam Mamu bila taip lama-lama jari akan mula berpeluh.
Kualiti binaan papan kekunci ni bagi Mamu sangat memuaskan. Suis Cherry MX Silent Red digabungkan pada plat keluli yang kukuh di dalam kotak plastik yang pekat dan tahan lama menjadikan papan kekunci terasa padu.
Digabungkan pula dengan pad penyerap bunyi, pengalaman menaip pada papan kekunci ni membuatkan hangpa selesa menaip walaupun untuk tempoh masa yang lama. Stabilizers pada papan kekunci ni seperti Leopold sebelum ni yang Mamu ulas, memang antara yang baik dari segi kualiti.
Papan kekunci ni menggunakan MiniUSB sebagai punca kuasa dia. Macam Mamu cakap sebelum nih kalau boleh pakai port Type C untuk kesejahteraan sejagat. Type C is the future & the future is now – Rip Trippers
Seperti mana hangpa sedia maklum, suis DIP boleh dikatakan ciri standard pada papan kekunci Leopold. Dibawah Mamu sertakan fungsi setiap suis DIP untuk kegunaan hangpa.
Satu ciri yang Mamu berkenan adalah port dia kat tengah dan ada alur laluan kabel untuk hangpa selitkan. Hangpa nak laluan tengah,kiri ataupun kanan takdak masalah. Takdak la hangpa terikat pada satu laluan ja macam sesetengah papan kekunci dalam pasaran.
Papan kekunci ini juga dilengkapi dengan kaki getah boleh laras. Hangpa boleh laras ikut kesesuaian menaip hangpa.
Sebagai kesimpulan jika hangpa memerlukan papan kekunci berprestasi tinggi dan berwarna-warni, Leopold FC750R PD adalah pilihan yang tepat. Papan kekunci mekanikal ini sangat sesuai untuk kerja pejabat.
Masa menyunting teks menggunakan papan kekunci ni hangpa terasa sangat solid pada setiap ketukan aksara & bunyi yang senyap membuat hangpa rasa fokus. Rasa ketika bermain permainan komputer hangpa, Leopold FC750R PD dengan tanda harga RM 525 terbukti tidak menghampakan.
Walau bagaimanapun, Leopold FC750R PD takkan dapat memuaskan pengguna hat suka memilih suis tertentu dan nak lampu lip-lap yang berwarna-warni ala kedai tomyam. Bagi hangpa yang memerlukan sesuatu yang praktikal, Leopold FC750R PD akan menjadi pilihan yang tepat buat hangpa.
Mana nak beli? Bawah ni Mamu sertakan pautan untuk hangpa sekali :
PCByte Lazada
PCByte Shopee
PCByte Instagram
PCByte Facebook
Sehingga kita bertemu lagi di ulasan lain, Mamu signing out!
The post Leopold FC705R PD : Papan Kekunci TKL Dengan Kualiti Premium appeared first on OMG! Hackers?.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://omghackers.com/leopold-fc705r-pd/