Lengkapi Diri Kerana Allah 10026



Sebenarnya, antara Masyaikh Seri Petaling yang positif dengan covid-19 ini ialah Syaikhul Hadith Maulana Abdul Hamid حفظه الله. Tetapi ajibnya, beliau cuma ditahan di Hospital Kuala Lumpur selama 4 hari sebelum disahkan sihat sepenuhnya oleh HKL dan dibolehkan untuk discharge.

Maka apabila Maulana telah balik ke rumah, orang telah tanya kepada Maulana Abdul Hamid tentang apa amalan beliau selama ditahan di HKL?

Maulana menjawab, beliau buat amalan biasa sahaja. Iaitu:

1. Tilawah al-Quran.
2. Zikir pagi petang.
3. Solat tahajjud.
4. Solat dhuha.
5. Doa.
6. Kuatkan semangat.

Dan beliau telah katakan bahawa beliau amalkan amalan yang telah dikongsi oleh Mufti Taqi’ Uthmani حفظه الله di dalam wawancara TV di Pakistan, di mana Mufti Taqi’ Uthmani telah kongsikan tentang mimpi seorang ahlullah dalam Tabligh (dipercayai ahlullah ini ialah Maulana Ibrahim Dehla حفظه الله) yang bertemu Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم lalu Nabi telah ajarkan amalan ini kepada beliau untuk dilindung dari wabak covid-19. Amalan itu ialah:

Maulana telah mulakan amalan ini dengan selawat 3x

1. Surah Al Fatihah 3x

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ ﴿١﴾ اَلۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعٰلَمِيۡنَۙ‏ ﴿٢﴾ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِۙ‏ ﴿٣﴾ مٰلِكِ يَوۡمِ الدِّيۡنِؕ‏ ﴿٤﴾ اِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَاِيَّاكَ نَسۡتَعِيۡنُؕ‏ ﴿٥﴾ اِهۡدِنَا الصِّرَاطَ الۡمُسۡتَقِيۡمَۙ‏ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِيۡنَ اَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا الضَّآلِّيۡن ﴿٧﴾

2. Surah Al Ikhlas 3x

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ [١] اللَّهُ الصَّمَدُ [٢] لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ [٣]وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُواً أَحَدٌ[٤]

3. Dan Zikir 313x

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Dan Maulana telah tutupkan amalan ini dengan selawat 3x

Lalu ditiupkan ke dalam air, dan terus minum.

Masyaallah, selama 3 hari ditahan di dalam HKL, pada hari ke 4, Maulana disahkan sihat sepenuhnya dan dibenarkan discharge ke rumah pada hari Sabtu pagi bersamaan 21 Mac 2020, sebelum melaungkan azan dan solat berjemaah bersama keluarga di kediamannya.

Telah tular audio Syaikhul Hadith Maulana Abdul Hamid di dalam whatsapp, di mana beliau telah kongsikan amalan beliau kepada semua orang setelah ditanya dan diminta untuk dikongsikan.

Gambar: Syaikhul Hadith Maulana Abdul Hamid sedang memakaikan serban kepada seorang ulama dari Yaman yang amat dihormati.

Tulisan: Ahmad Harith Izzuddin bin Ismail.

Jangan terpedaya dengan Dajjal

Sekarang adalah musim orang ramai bermain sentimen dan ramalan tentang hari kiamat. Sesiapa yang pandai mengaitkan teori Illuminati dengan isu semasa akan dipandang hebat.

Maka banyaklah mesej berantai, ceramah agamawan yang mengaitkan virus Covid-19 dengan petanda hari Kiamat dan kemunculan Dajjal. Tidak kurang yang membuat andaian bahawa masjid kosong sebagai tanda kiamat.

✔ Benarlah anggapan Imam Ahmad rahimahullah (wafat 241 H) yang berkata;

ثلاثة ليس لها أصل: التفسير والملاحم والمغازي

'Tiga perkara yang (dibicarakan) tanpa mempunyai asal (sumber) iaitu tafsir, peperangan akhir zaman (peristiwa akhir zaman) dan sejarah di zaman nabi...'

[Al-Sunnah Wa Makanatuha fi al-Tashri' Al-Islami]

👉Ustaz dan ustazah, sebahagian orang agama yang tidak takutkan Allah, seronok merapu sambil menipu orang ramai dengan teori konspirasi dan cerita-cerita kiamat, menakutkan orang ramai dengan kisah palsu, ramalan kiamat yang disalah tafsir dengan akal dan teori-teori mengarut.

Sedangkan Allah berfirman;

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

"Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya." (Al-Muddassir: 38)

✍Tanpa disedari, mereka sebenarnya telah menjadi salah seorang daripada DAJJAL.

✔Perkataan الدجال Dajjal berasal dari perkataan الدجل 'aldajl' yang bermaksud penyelewengan, penipuan dan penyamaran.  Disebut oleh para ulama bahawa الدجل bermaksud ' الدجل وهو التمويه' Dajjal ialah orang yang menyamar atau yang menipu.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Samurah RA (wafat 74 H) bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;

إن بين يدي الساعة كذابين فاحذروهم

'Sesungguhnya ketika hampir kiamat akan muncul pendusta-pendusta maka jauhilah mereka itu' . [HR. Muslim]

Dalam hadith lain menyebut;

يكون في آخر الزمان دجالون كذابون يأتونكم من الأحاديث بما لم تسمعوا أنتم ولا آباؤكم فإياكم وإياهم لا يضلونكم ولا يفتنونكم

'Akan muncul pada akhir zaman, Dajjal-dajjal dan penipu-penipu yang akan menyampaikan kepada kamu berita-berita yang belum pernah didengar oleh kamu dan tidak pula oleh bapa-bapa kamu. Maka jauhkanlah diri kamu dari mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan tidak dapat memfitnah kamu.'

[HR. Muslim]

👉 Masjidil Haram ditutup tanda kiamat? Aljawab, Masjidil Haram pernah ditutup berpuluh kali dalam sejarah, sebab wabak, sebab perang, sebab banjir, sebab terbakar dan bermacam-macam sebab lagi. Ini bukan kali pertama.

👉 Kiamat akan berlaku apabila orang alim dan orang soleh ramai yang mati. Aljawab, memang kiamat akan berlaku pada zaman manusia ketika itu jahil. Tetapi alim ulama' masih ramai  lagi sekarang, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (الإتحاد العالمي لعلماء المسلمين) pun masih berfungsi dengan dianggotai ratusan ulama' seluruh dunia.

Di Arab Saudi, di Yaman, di India, di Pakistan, di Mesir, di Maghribi dan di pelbagai lagi negara Islam masih ada ulama'.

Jika kita tidak mengaji dan tidak membaca memang tidak akan tahu.

👉 Dajjal sudah mahu keluar? Aljawab, Nabi salallahualaihiwassalam telah memberikan petanda bilakah akan keluarnya Dajjal.

1. Dunia mengalami kemarau panjang, selama tiga tahun. Pada tahun yang ketiga, فتحبس مطرها كله langsung tiada hujan. [HR. Ibn Majah dan Ibn. Al-Khuzaimah]

📜Semalam baru hujan di Taiping. 🙅‍♂

2. Perang besar dengan bangsa Rom dan pembukaan Kota Konstantinople kali yang terakhir. [HR. Ahmad dan Abu Daud]

📜Satu dunia tengah pening dengan wabak Covid-19, belum mampu nak berperang. 🙅‍♂

3. Madinah kosong dan ditinggalkan sehingga anjing atau serigala akan kencing di dalam masjid Nabawi dan Baitul Maqdis pula akan dimakmurkan. [HR. Malik, Ahmad dan Al-Hakim]

📜 Madinah masih berfungsi, pekerja tengah sibuk membersihkan Masjid Nabawi. 🙅‍♂

4. Manusia sudah melupakan Dajjal dan tidak ada lagi orang memperingati fitnahnya. [HR. Ahmad]

📜 Korang hari-hari bercerita dan teringat pasal Dajjal, sampaikan Ultraman dan Upin-Upin pun korang hendak kaitkan dengan Dajjal. 🤦‍♂

Selain daripada petanda di atas, masih banyak lagi yang disebutkan di dalam hadith seperti kurangnya ilmu, banyak permusuhan dan sebagainya.

✍ Ringkasannya, kiamat besar belumlah lagi akan terjadi dalam masa yang terdekat. Tetapi kiamat kecil (mati) boleh sahaja berlaku bila-bila masa.

Jadi berhentilah daripada menjadi Dajjal yang berdusta dan meyesatkan manusia.

✅Ikutlah kata-kata Imam Al-Hafiz Al-Mizzi rahimahullah (wafat 742 H) yang menyebut;

لو سكت من ﻻ يدري ؛ ﻻستراح وأراح ، وقل الخطأ ، وكثر الصواب

“Seandainya orang yang tidak tahu itu berdiam diri, nescaya akan rehat dan tenang, akan sedikit kesalahan dan akan banyaklah kebenaran.”

[Tahzib Al-Kamal]

Artikal dari - wsAp



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/03/lengkapi-diri-kerana-allah-10026.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allah Uji Sebab Sayang

Allah Uji Sebab Sayang

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 256 hits
kematian demi kematian kita dengar setiap hari berkenaan convid 19 ini kebanyakan dari usia 50 tahun ke atas yang difahamkan antibodi mereka sangat kurang aku pun merasa bimbang dan sangat sedih kerana kebanyakan mereka adalah golongan tabl...
Teguran Dan Kemurkaan Allah Swt Kepada Manusia Melalui Tenteranya Covid 19

Teguran Dan Kemurkaan Allah Swt Kepada Manusia Melalui Tenteranya Covid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 497 hits
Setiap sesuatu yang berlaku atas dunia ini adalah dengan izin dari Allah SWT Dan setiap sesuatu yang Allah SWT izinkan pasti ada masej yang tersirat di sebalik kejadian yang tersurat Pernah tak kita fikir kenapa Allah hantar virus Covid 19 ...
Terus Berdamai Dengan Takdir Allah Usah Terikut Dengan Manusia Yang Saling Bercakaran Tuduh Menuduh Bagai 10043

Terus Berdamai Dengan Takdir Allah Usah Terikut Dengan Manusia Yang Saling Bercakaran Tuduh Menuduh Bagai 10043

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 410 hits
S O P PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN Sebelum Keluar Lantik 1 orang wakil tetap sahaja Senaraikan barang yang hendak dibeli Pakai mask Keluar sekitar jam 10pagi 3ptg Bawak 1 plastik untk isi duit baki Semasa Di Luar Keluar tidak lebih 4...
Covid 19 Derita Mereka Hanya Allah Yang Tahu Dr Redza

Covid 19 Derita Mereka Hanya Allah Yang Tahu Dr Redza

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR 30 MAC Setiap manusia fitrahnya memerlukan sokongan moral khususnya daripada insan terdekat atau ahli keluarga lebih lebih lagi dalam keadaan seseorang itu sedang bertarung melawan penyakit Keadaan akan menjadi begitu menyedihk...
Komentar Kabinet Muhyiddin Kabinet Jaga Diri Bukan Jaga Negara Mso

Komentar Kabinet Muhyiddin Kabinet Jaga Diri Bukan Jaga Negara Mso

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 261 hits
ULAS KABINET Bhg Pertama dari dua bhg Oleh Mohd Sayuti OmarMuhyiddin tunjuk senarai kabinetnya yang dibentuk dengan ijtihad SUDAH banyak ulasan mengenai kabinet Muhyiddin Yassin yang diumum petang semalam Para pengulas membuat huraian mengi...
Pasangan Suami Istri Tewas Bunuh Diri Tinggalkan Surat Wasiat Menyentuh Hati Untuk Anak

Pasangan Suami Istri Tewas Bunuh Diri Tinggalkan Surat Wasiat Menyentuh Hati Untuk Anak

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 294 hits
Pasangan suami istri JW dan YI ditemukan tewas di rumah mereka di Kecamatan Wagir Malang Jawa Timur Selasa Pasangan suami istri bunuh diri dengan meninggalkan surat wasiat yang isinya memilukan terkait anak anak yang ditinggalkan Kapolsek W...
Swasta Boleh Bangun Pelabuhan Pelindo Mulai Berbenah Diri

Swasta Boleh Bangun Pelabuhan Pelindo Mulai Berbenah Diri

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 141 hits
Suparjo juga menjelaskan dari sisi swasta dengan adanya pelabuhan umum selain Pelindo mereka punya pilihan mana layanan yang dianggap baik bagi pengguna jasa pelayaran
Diduga Kecewa Karena Istri Selingkuh Buruh Pabrik Gantung Diri

Diduga Kecewa Karena Istri Selingkuh Buruh Pabrik Gantung Diri

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 222 hits
SN dan istrinya diketahui sempat bertengkar Setelah menemukan suaminya tergantung tak bernyawa perempuan itu menangis histeris dan berteriak minta tolong Warga berdatangan kemudian menghubungi polisi
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner