Lemon Madu Bawang Putih Berkesan Jika Anak Batuk Dan Selsema Buat Secara Konsisten


Bayi dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selsema. Ia adalah normal jika anak masih aktif dan menyusu dan seleranya makannya seperti biasa.
Bagaimanapun jika anak tak bermaya, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segera bawa ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Berikut ada beberapa cara yang dikongsikan oleh Klinik Dr Asmah untuk melegakan batuk dan selsema bayi serta kanak-kanak.
REHATKAN ANAK DENGAN SECUKUPNYA
Jika anak tidak sihat, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk tidak membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam atau pun kenduri kerana anak akan rasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa yang lebih lama.
Bukan sahaja mudarat untuk anak kita, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain. Jika tidak ada sebab yang memaksa kita membawa anak keluar, rehatkanlah mereka di rumah.
SENTIASA BERSAMA ANAK
Isilah masa bersama mereka dengan memperbanyakan sentuhan dan pelukan. Berceritalah atau cukuplah sekadar berjalan-jalan di sekeliling rumah untuk mengambil udara segar. Pantau perkembangannya dan bawa berjumpa doktor jika keadaannya bertambah teruk.
BERSIHKAN RUMAH, PERKAKAS JUGA PAKAIAN
Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan. Walaupun rumah zahirnya nampak bersih, tidak salah jika kita membuat pemeriksaan dan membersihkan segala habuk serta kekotoran. Habuk-habuk seperti di kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang anak. Mop lantai dengan air panas bercampur Dettol serta basuh cadar, sarung bantal dan sebagainya.
ALIRAN DAN PEREDARAN UDARA YANG BAIK
Petua menghilangkan batuk ini sangat penting, namun ramai yang abaikannya. Usah terperap dala bilik dan rumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara. Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik. Dapatkan udara segar.

TEPUK PERCUSSION
Tepuk ini saya belajar dari salah seorang fisioterapi ketika anak saya dimasukkan ke wad akibat bronchitis. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung.
Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.
WAP BERSAMA BAWANG PUTIH DAN MINYAK ZAITUN
Samada menggunakan wap daripada semburan mandian panas di bilik air atau anda boleh masak air panas kemudian memasukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar. Riba anak dengan menghadapkan mukanya kea rah mangkuk tadi. tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.
Ia akan melancarkan pernafasan. Boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar yang kemudiannya ditumbuk. Masukkan di dalam air panas tadi dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi. Inshaa Allah, selsema anak akan cepat kering dan batuknya akan lega. Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion seperti yang disebut di atas.
IBU MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT
Petua menghilangkan batuk bukan untuk anak semata-mata. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu amalkanlah pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih di dalam masakan tersebut.
Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selsema. Jangan sekali-kali menghentikan penyusuan.
KUNYIT
Ini petua menghilangkan batuk secara tradisional. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.
BUNGA BELIMBING DAN AIR BERAS
Ini juga petua menghilangkan batuk secara tradisional yang lain. Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.
DAUN BASIL, DAUN OREGANO DAN DAUN SIRIH
Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.
LEMON, HALIA DAN MADU
Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.
GARLIC SOCKS
Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.

MANDIAN LEMON
Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.
SPRAY HIDUNG
Spray hidung ini boleh didapati di farmasi dan juga klinik. Spray ini membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri. Untuk lebih daring, sedutlah hingus anak sendiri dengan mulut!
MINYAK BAWANG PUTIH
Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya, cuma bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.
URUTAN BAYI
Petua menghilangkan batuk yang terakhir ialah cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut bayi ketika dia menangis.
Sumber: Klinik Dr Asmah
The post Lemon, Madu, Bawang Putih Berkesan Jika Anak Batuk Dan Selsema. Buat Secara Konsisten! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/lemon-madu-bawang-putih-berkesan-jika-anak-batuk-dan-selsema-buat-secara-konsisten/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Madu Bawang Putih Alternatif Pelega Batuk

Madu Bawang Putih Alternatif Pelega Batuk

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 406 hits
Madu Bawang Putih Alternatif Pelega Batuk Pagi ni saja dok meronda sana sini di dunia maya Penat weh dok batuk dekat 3 minggu dah ni Sekali ada pulak yang share benda yang ada kat semua rumah ni Try test la kan Amik madu Cekau ja 4 ke 5 ula...
Khasiat Bawang Putih

Khasiat Bawang Putih

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 613 hits
Khasiat bawang putih memang telah dimanfaatkan manusia untuk tujuan kesihatan sejak ribuan tahun lalu Namun terdapat orang yang tidak suka makan bawang putih kerana baunya yang tidak menyenangkan dan rasa tajam Untuk memudahkan pengambilan ...
Gosokkan Bawang Putih Pada Kulit Kepala Untuk Merawat Masalah Keguguran Rambut Rileks Media

Gosokkan Bawang Putih Pada Kulit Kepala Untuk Merawat Masalah Keguguran Rambut Rileks Media

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 346 hits
Dengan bahan bahan yang mudah dan mudah dicari anda boleh memperbaiki dengan cepat keadaan kehilangan rambut walaupun dengan kepala botak Bukan sahaja ibu selepas kelahiran tetapi juga golongan muda yang tidak sabar kerana keadaan rambut me...
Penampilan Terkini Bawang Putih Sopan Dan Bersederhana Tapi Tetap Menawan

Penampilan Terkini Bawang Putih Sopan Dan Bersederhana Tapi Tetap Menawan

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 335 hits
Fenomena drama sinetron Bawang Putih Bawang Merah suatu ketika dulu cukup terkesan hingga ke hari ini Gandingan mantap Nia Ramadhani sebagai Bawang Merah dan Revalina S Temat sebagai Bawang Putih ketika masing masing masih bergelar anak dar...
Urutan Di Dada Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama

Urutan Di Dada Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 1374 hits
Bila anak batuk non stop ni selalunya selain makan ubat urut atau picit di point tertentu pun boleh legakan batuk Bagi Puan yang juga seorang ibu teknik urutan ketika anaknya batuk antara alternatif yang dibuat selain makan ubat dan kesanny...
Netizen Bawang Ini Kena Bash Lepas Salahkan Parents Guna Eskalator Walaupun Bawa Stroller Hingga Anak Jatuh

Netizen Bawang Ini Kena Bash Lepas Salahkan Parents Guna Eskalator Walaupun Bawa Stroller Hingga Anak Jatuh

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 468 hits
Bila sudah jadi ibu bapa bermacam macam tanggungjawab yang perlu korang ambil untuk pastikan anak yang dijaga dalam keadaan selamat dan happy Tapi biasalah kalau korang buat salah sikit kat public mesti ada je mulut makcik bawang nak salahk...
Petua Untuk Anak Kecil Selesema Batuk Dan Berkahak

Petua Untuk Anak Kecil Selesema Batuk Dan Berkahak

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 357 hits
Para ibu bapa yang ada bayi dan anak masih kecil wajib cuba Minyak Baby Ibu ini Nak kata minyak ni Magic macam over la sangat hehe Tapi dengan Izin Allah ia mujarab anak anda yang mengalami selesema batuk dan berkahak Orang dewasa pun boleh...
Kurangkan Demam Panas Anak Petua Kampung Iaitu Dengan Guna Telur Rebus Ini Terbukti Sangat Berkesan

Kurangkan Demam Panas Anak Petua Kampung Iaitu Dengan Guna Telur Rebus Ini Terbukti Sangat Berkesan

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 541 hits
SEMEMANGNYA terdapat pelbagai petua rawat anak demam yang boleh kita lakukan di rumah sebelum suhu badan atau demam anak menjadi terlalu tinggi Antaranya menyapu badan dengan tuala basah melembapkan kepala dengan air asam jawa atau air lemo...
Petua Dari Kampung Yang Sangat Berkesan Redakan Batuk Berbulan Bulan Dalam Masa Sehari

Petua Dari Kampung Yang Sangat Berkesan Redakan Batuk Berbulan Bulan Dalam Masa Sehari

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 372 hits
Pernah tak alami batuk dalam tempoh yang lama malah berbulan bulan Memang menyeksakan Ada yang makin menjadi jadi pada waktu malam hingga nak tidur pun sukar Walaupun dah cuba pelbagai ubat tak tak juga sembuh dan tak juga lega Kalau itu ya...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu