Lemon Halia Asam Keping Epal Hijau Cepatkan Kurus


Lemon, Halia, Asam Keping & Epal Hijau Cepatkan Kurus. Mak aiihhh, pagi pagi saya dah cerita tentang diet. Diet untuk apa? Untuk sihat, kurus dan cantik. Itu saja? Tidak...ada banyak sebab kenapa saya suka tulis tentang diet. Diet bukan semata-mata untuk kurus tetapi yang UTAMA adalah untuk hidup sihat sepanjang hayat.

Bila kita sihat ada banyak aktiviti yang kita boleh lakukan dan yang penting kita lebih bahagia bila hidup tidak dihantui dengan masalah kesihatan. Ada orang kata hidup yang kaya adalah apabila diberi kesihatan yang baik. Apa guna wang ringgit bergunung tetapi nak bergerak pun kita tak mampu. Tetapi sihat atau sakit adalah anugerah Tuhan, yang penting kita berusaha untuk memilih yang terbaik bagi diri dan keluarga kita, kan?



Lemon, Halia, Asam Keping & Epal Hijau Cepatkan Kurus     
Skop utama artikel yang saya tulis tentang DIET SIHAT di bawah adalah cara cepat kurus dengan mudah dan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di sekeliling kita. Antara bahan-bahan diet untuk kurus yang saya tulis adalah daripada sumber lemon, halia, asam keping dan epal hijau.


Diet Lemon Untuk Kurus
Lemon banyak sangat khasiatnya. Saya pun dah kerap tulis tentang khasiat lemon dalam kehidupan kita sehari-hari. Sekali lagi saya ulang secara ringkas tentang kebaikan lemon antaranya, kuruskan badan, tingkatkan hidrasi dan bekalkan tenaga, mencantikkan kulit, membantu proses menyahkan toksin, dan bantu penghadaman.

Cara diet lemon untuk kurus;

Hiriskan 1/2 biji lemon dan direndam ke dalam air suam. Masukkan juga 1 inci halia yang telah diketuk dan biarkan selama 5 minit selepas itu campurkan dengan 1 sudu madu dan boleh sudah nikmati air lemon madu halia. Rasanya masam manis pedas dan ia sungguh terbaik untuk mulakan hari anda

Diet Dengan Khasiat Buah/Asam Gelugur/ Asam Keping:
Asam Gelugur atau asam keping berkhasiat untuk mengecutkan rahim & menurunkan berat badan. Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah


Cara 1:  
a). Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
b). Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam.
c). Minum setiap pagi dan malam.
d). Jika di amalkan selalu In sha Allah perut buncit akan mengempis

Cara 2:
a). Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih,
b). Masukkan dalam bekas minuman (botol air/tupperware 500ml-1liter). Rendamkan dalam air panas - TIDAK PERLU TAMBAH GULA. Setelah suam, minum seperti minuman biasa, perlu diminum sentiasa. Sekiranya air habis cuba tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya tukarkan dengan asam keping baru.

Diet Epal Hijau
Epal hijau mudah didapati dan sedap dimakan. Dalam peti ais saya ada berdozen buah epal hijau. Selain untuk rawatan kencing manis sang suami, saya pun ikut selit buat hus epal hijau untuk diet kurus saya. Ada yang boleh turun 4 kilogram dalam masa 2 minggu dengan buat diet kurus dengan epal hijau. 
Ada kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik. Antara kebaikan epal hijau:

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Contoh jadual penggunaan Epal Hijau: 
Sarapan = Oatmeal dan Low Fat Milk
Snek 10.00 pagi = Jus Epal Hijau
Makan Tengahari = Jus Epal HijauSnek Pukul 3 = Jus Epal Hijau
Makan Malam 6.30 ptg = Protien (1 ketul Ikan/ Ayam), Sup Sayur, Nasi (1 genggam)
10 malam sebelum tidur = Jus Epal Hijau
* Minum air masak lebih 3 liter sehari. Anda akan mengalami penurunan 2 kg seminggu
Insyaa Allah 
Diet Halia Suam 
Kebiasaannya kita akan terus ambil sarapan, kan? Kalau bukan nasi lemak sudah tentu kuih muih yang pastinya manis, kan? Ok ini apa yang anda perlu buat sebelum sarapan. Ambil segelas air suam masukkan 1 inci halia yang diketuk, rendamkan selama 2-5 minit. Selepas itu masukkan dalam rendaman halia tadi perahan lemon ataupun limau nipis serta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan.

Ini membantu memberikan tenaga secara pantas dan juga dapat menyekat selera makan. Jadi tak dalah mengidam nak makan nasi lemak ke atau sebarang sarapan yang tidak sihat. Anda akan berasa kenyang sebelum makan. Kan bagus tu...

Ok

Dah selesai saya kongsikan diet kurus dengan cepat menggunakan lemon, halia, epal hijau dan asam keping. Jika anda boleh ikuti cara-cara yang diberikan, insyaa Allah anda boleh capai target untuk turun 2 kilogram dalam masa seminggu. Tapi jangan lupa buat larian ringan atau gerakan berjalan kaki selama 30 minit sehari. 
Ia juga amat membantu memberikan tubuh badan yang cergas

Selamat mencuba.   Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2016/09/lemon-halia-asam-keping-epal-hijau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puding Karamel Teh Hijau Thai

Puding Karamel Teh Hijau Thai

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 628 hits
Puding Karamel Teh Hijau ThaiBy Kak Wan ResipicitarasawanBahan bahan3 sudu besar teh hijau Thai1 1 3 cawan air Rebus hingga mendidih dan tapis Bahan Karamel2 sudu besar gula pasir2 sudu besar air panasMasak gula dalam periuk tebal hingga pe...
Dari Hutan Hijau Pulau Kangaroo Jadi Kubur Ribuan Haiwan Rentung Terbakar

Dari Hutan Hijau Pulau Kangaroo Jadi Kubur Ribuan Haiwan Rentung Terbakar

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 439 hits
Foto foto yang dikongsikan sangat luar biasa menunjukkan haiwan rentung terbakar dalam kebakaran hutan belantara yang sangat dahsyat sehinggakan mencacatkan pemandangan Pulau Kangaroo yang berada di pinggir Australia Selatan telah dimusnahk...
Forestry Dept Satellite Image Of Cleared Land Not Of Bintang Hijau Reserve

Forestry Dept Satellite Image Of Cleared Land Not Of Bintang Hijau Reserve

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 262 hits
A viral satellite image of cleared forest land said to be at the Bintang Hijau Permanent Forest Reserve in Kuala Kangsar has been confirmed to be not true The Perak Forestry Department in a statement today said a review by the Hulu Perak Di...
Arti Warna Hijau Dalam Islam

Arti Warna Hijau Dalam Islam

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1904 hits
informasitips com Dalam Islam warna hijau mendapatkan tempat tersendiri bila dibandingkan dengan warna warna yang lain Dalam penggunaannya di masa sekarang Kita bisa melihat bahwa warna hijau menjadi warna utama bendera negara Islam Saudi A...
Dah Dapat Sijil Lulus Grading Tali Pinggang Hijau 2

Dah Dapat Sijil Lulus Grading Tali Pinggang Hijau 2

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 839 hits
Pergi training Taekwondo lupa pulak hujung tahun lepas Khair ada ambil grading untuk naik ke tali pinggang hijau 2 Bila jumpa Madam untuk request pasal attendance card yang baru tiba tiba Madam inform ada sijil yang belum diambil Daddy pada...
Dokter Hewan Tangani Singa Kurus Kering Karena Kelaparan Di Kebun Binatang Sudan

Dokter Hewan Tangani Singa Kurus Kering Karena Kelaparan Di Kebun Binatang Sudan

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 342 hits
Foto lima ekor singa kurus kering karena kelaparan di Sudan belum lama ini viral di media sosial Satu ekor singa betina mati kelaparan Dokter hewan pun terjun untuk menyelamatkan empat ekor yang tersisa
Azam Nak Kurus Bukan Status Aku

Azam Nak Kurus Bukan Status Aku

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 413 hits
Tiap tahun Azam nak kurus nak kurus Tiap hari berzikir nak kurus tapi tahun berganti tahun masih tetap sama tak berubah pun Ini status orang lain tiada kena mengena dengan aku Aku pula Sejak dua tahun lepas Usah ditanya di mana tahap kekuru...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization