Lembaga Pengarah 1mdb Bersandiwara Mengenai Dana Milik Umno Di Luar Negara


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan 27 May 2021, 3:17 pm
Dikemaskini 3:20 pm

Lembaga pengarah 1MDB terlibat dalam 'sandiwara' untuk menyembunyikan daripada rekod rasmi bahawa dana syarikat itu yang disimpan di luar negara adalah milik Umno, kata bekas ketua pengarah eksekutifnya

Mohd Hazem Abdul Rahman berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dana RM2.28 bilion 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Saksi pendakwaan ke-10 itu itu memberitahu demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Wan Aizuddin Wan Mohammed mengenai usaha mengembalikan dana 1MDB yang dikatakan dilaburkan di luar negara pada tahun 2014.

Pertanyaan Aizuddin adalah mengapa Hazem tidak merekodkan dalam mesyuarat lembaga 1MDB pada 27 Februari 2014, bahawa dana di luar negara itu adalah milik Umno.

Saksi itu memberi keterangan bahawa dia juga menghadiri mesyuarat itu.

Pendakwaan berpendapat bahawa berbilion Ringgit dana 1MDB disalurkan ke luar negara dalam jejak wang berbelit-belit yang melibatkan pelbagai entiti, sebelum berbilion-bilion Ringgit didakwa dimasukkan ke akaun bank Najib.

Turut termasuk dalam jejak wang yang didakwa itu adalah bon AS$ 3 bilion yang diterbitkan oleh anak syarikat 1MDB, 1MDB Global Investments Limited (1MDB-GIL) pada tahun 2013.

Pada perbicaraan 14 September tahun lalu, Hazem mendakwa 1MDB ditubuhkan untuk membantu membiayai Umno. Saksi itu mendakwa perkara ini diberitahu kepadanya oleh watak utama dalam 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low.

Pada 6 Januari tahun ini, Hazem mendakwa Low juga memberitahunya bahawa 1MDB ditubuhkan untuk menyalurkan wang kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Umno.

Secara kebetulan, Najib juga pernah menjadi presiden parti politik berkenaan.

Semasa prosiding di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah, Hazem berpendapat bahawa setiap ahli lembaga 1MDB terlibat dalam skim yang didakwa.
Aizuddin: Apakah ada sebab untuk kamu kata bahawa semua orang dalam lembaga pengarah tahu tujuan sebenar wang itu?

Hazem: Ya

Aizuddin: Mengapa tidak dicatat (dalam minit mesyuarat lembaga [-pengarah 1MDB) bahawa dana di luar negara itu adalah milik Umno?

Hazem: Ini adalah skim, tidak sepatutnya direkodkan.

Aizuddin: Kamu dakwa ini adalah konspirasi yang melibatkan oleh semua ahli lembaga pengarah?

Hazem: Ya.

Aizuddin: Kamu kata bahawa apa sahaja yang dilaporkan dalam minit hanya untuk 'persembahan'?

Hazem: Mereka tahu apa yang dipertaruhkan.

Aizuddin: Arahan mereka (lembaga pengarah 1MDB) kepada pengurusan (yang mana Hazem sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ketika itu) untuk mencairkan dan mengembalikan dana, itu semua sandiwara?

Hazem: Ya.

Ketika peguam bertanya sama ada Hazem berpakat dengan Jho Low, saksi itu mendakwa dia berpendapat skim itu melibatkan (Low) dan juga Najib.

Namun, saksi itu bersetuju dengan pendapat Aizuddin bahawa dia tidak pernah mendengar secara langsung dari Najib sendiri bahawa dana 1MDB di luar negara sebenarnya milik Umno.

Aizuddin: Kamu tidak pernah mendengar dari mulut anak guam saya bahawa wang (1MDB) di luar negara sebenarnya milik Umno?

Hazem: Tidak (dalam perjanjian).

Aizuddin: Asas kepercayaan kamu (bahawa dana 1MDB di luar negara adalah milik Umno) berdasarkan apa yang diberitahu oleh Jho Low kepada kamu?

Hazem: Ia berdasarkan (apa yang diberitahu kepada Hazem oleh) Jho Low dan Azlin (Alias, yang merupakan setiausaha sulit Najib).

Hazem juga mengakui bahawa sebahagian dana dari luar negara yang berjaya dibawa kembali, dikreditkan ke akaun bank 1MDB dan bukan milik Umno.

Perbicaraan akan disambung pada sebelah petang dan dijangka berterusan pada Selasa minggu depan.

Najib berdepan empat tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion.

Selain merupakan bekas perdana menteri, tertuduh juga pernah menjadi menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/05/lembaga-pengarah-1mdb-bersandiwara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malunya Umno Pengarah Pilihanraya Di Pecat Sanator

Malunya Umno Pengarah Pilihanraya Di Pecat Sanator

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 135 hits
W FAUDZINPatutnya Umno malu Bayangkan menteri kewangan si Zafrul tu hanyalah Senator bukan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat Tapi dia boleh campak si Tajuddin seorang MP dari Pasir Salak yang dipilih oleh rakyat bahkan berjawatan Pengar...
Pesawat Milik Israel Disahkan Masuk Ruang Udara Negara

Pesawat Milik Israel Disahkan Masuk Ruang Udara Negara

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 240 hits
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR MODEL pesawat pengintip bernombor pendaftaran 4X AOO dibangunkan Israel Aerospace Industries yang dikatakan terbang di ruang udara Malaysia minggu lalu Gambar media sosialPUTRAJAYA Kementerian Pengangkutan Malaysia...
Lejenflix 5 Pelakon Malaysia Ini Pernah Bintangi Filem Luar Negara

Lejenflix 5 Pelakon Malaysia Ini Pernah Bintangi Filem Luar Negara

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 514 hits
Selain Ibrahim Pendek Henry Golding dan Tan Sri Michelle Yeoh yang berjaya melebarkan sayap mereka ke persada antarabangsa lima orang pelakon ini turut menerima tawaran berlakon dalam filem luar negara Kami akan kongsikan lima orang pelakon...
Pasangan Ahli Sukan Tak Boleh Ikut Ke Luar Negara

Pasangan Ahli Sukan Tak Boleh Ikut Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 256 hits
Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN Hafizh bersama isterinya Suzana ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru baru ini PETALING JAYA Mana mana ahli sukan yang mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa secara on and off tidak di...
Isr4el Dibenar Ceroboh Udara Negara Menteri Pas Dan Umno Setuju Ke

Isr4el Dibenar Ceroboh Udara Negara Menteri Pas Dan Umno Setuju Ke

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 213 hits
May 30 2021Kenyataan Media1 Kementerian Pengangkutan telah mengakui bahawa lintasan pesawat Israel di ruang udara Malaysia sememangnya dibenarkan oleh pihak kerajaan Malah dalam kenyataan tersebut seakan akannya kita tidak boleh langsung me...
1mdb Board In Sandiwara On Overseas Funds Belonging To Umno Claims Ex Ceo

1mdb Board In Sandiwara On Overseas Funds Belonging To Umno Claims Ex Ceo

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 151 hits
1MDB TRIAL The board of directors of 1MDB was involved in a sandiwara to keep from official record that the sovereign wealth fund s overseas funds belonged to Umno claimed former CEO Mohd Hazem Abdul Rahman testified this during today s RM2...
Tak Perlu Serangan Negara Luar Cukup Dengan Rasuah Dan Tamak Kuasa

Tak Perlu Serangan Negara Luar Cukup Dengan Rasuah Dan Tamak Kuasa

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 205 hits
YEOP ANTANMalaysia tidak perlu diserang oleh negara luar utk menghadapi kehancuran Cukup cukup lah sekadar ada menteri bodoh dan tamak kuasa untuk menghancurkan negara sendiri sptmana yang telah dilakukan oleh PM Madey menjatuhkan kerajaann...
Shorts Tak Senang Duduk Ayah Kena Covid 19 Di Luar Negara

Shorts Tak Senang Duduk Ayah Kena Covid 19 Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 299 hits
WACANA SINAR 256 13 MEI 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 256 bertajuk raya dalam PKP Ini sebab rakyat marah bersama Pengacara Tv dan Radio Herleena Pahlavy UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI Muzik www bensound com SinarHarian Wac
Jawatan Kosong Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara

Jawatan Kosong Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 350 hits
Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 3 Jun 2021 Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk b...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia