Lembaga Hitam Mengilai Dari Dapur Apartment Cocobay Port Dickson Negeri Sembilan


YUSSUF terlentang selepas diserang histeria. FOTO ihsan Siti Fatimah Habib Mujahidin. Lembaga hitam mengilai dari dapur pangsapuri di Port Dickson, Negeri Sembilan

KELIBAT lembaga hitam berbadan besar mengilai dari dapur pangsapuri di Port Dickson, Negeri Sembilan menghantui percutian 22 orang daripada sebuah keluarga sebelum seorang daripadanya diserang histeria. Kejadian mengerikan itu berlaku pada 19 Disember lalu iaitu pada malam terakhir keluarga terbabit menginap sebelum mereka mendaftar keluar pada keesokan hari.

Ceritanya bermula pada malam hari pertama mereka mendaftar masuk apabila seorang daripada mereka terdengar suara mengilai di bahagian dapur manakala di bahagian atas pula kedengaran seperti orang berjalan.

Kisah itu dikuatkan lagi dengan rakaman video sempat dirakam seorang ahli keluarga terbabit apabila kedengaran suara seperti orang tidur berdengkur sementara lampu di dapur sekejap hidup sekejap dimatikan.

Malah, beberapa lagi rakaman video menunjukkan kelibat lembaga itu berada berdekatan pintu sebuah lagi pangsapuri sebelum hilang.

Menceritakan peristiwa itu, Siti Fatimah Mujahidin, 34, berkata, selepas beberapa minit kemudian, adik bongsunya Muhammad Yussuf, 20, mula mengalami gangguan selepas melihat lembaga itu di dapur.

“Cerita ini bukan rekaan kerana ia berlaku di depan mata kami, malah ada rakaman video menunjukkan lembaga itu berada di situ.


“Berikutan itu, suami saya, Muhammad Salman Haidir, 32, melaungkan azan dan suara Yussuf bertukar garau. Kejadian bermula pada 4 pagi dan berakhir sejam setengah kemudian sebelum Yussuf kembali sedar,” katanya ketika dihubungi.

Tidak cukup dengan itu, Muhammad Salman turut membaca ayat suci al-Quran, sekali gus meredakan gangguan dialami.

“Alhamdulillah dengan izin Allah keadaan kembali pulih. Pada 8 pagi, selepas mandi, kami menghubungi penjaga apartmen dan dia datang untuk pemeriksaan.


 Ahli keluarga Siti Fatimah melaungkan azan. FOTO ihsan Siti Fatimah Mujahidin.

“Kami cerita apa yang berlaku padanya namun dia hanya terdiam dan meminta maaf,” katanya.


Kisah dialami Siti Fatimah sekeluarga dikongsikan dalam Facebook miliknya hingga mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Menerusi hantaran bertajuk ‘Peristiwa Diganggu Semasa Bercuti’, netizen memberi komen antaranya: ‘’Saya pernah menginap di apartmen itu, memang kawasan situ hot (panas)...jam 2.30 pagi, saya terlihat orang tanpa kepala.


“Moga kita semua dijauhi perkara tak diingini, perkongsian bagus dan wajib percaya benda itu wujud dan ada.”




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hantudunia.blogspot.com/2019/12/lembaga-hitam-mengilai-dari-dapur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian Satu Keluarga Diganggu Lembaga Hitam Yang Mengilai Dari Dapur Pangsapuri

Percutian Satu Keluarga Diganggu Lembaga Hitam Yang Mengilai Dari Dapur Pangsapuri

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 2465 hits
AdvertisementAdvertisementSatu keluarga daripada 22 orang sedang bercuti terpaksa berdepan dengan saat yang menakutkan apabila kelibat lembaga hitam yang berbadan besar mengilai dari dapur sebuah pangsapuri di Port Dickson Negeri Sembilan d...
Negeri Sembilan Kekalkan Empat Pemain Import Musim Lalu Atas Faktor Keserasian

Negeri Sembilan Kekalkan Empat Pemain Import Musim Lalu Atas Faktor Keserasian

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 506 hits
Dalam misi memburu kelompok dua terbaik Liga Premier 2020 Negeri Sembilan menyimpan keempat empat pemain import mereka musim lalu atas faktor keserasian dan juga sumbangan positif mereka dalam saingan Liga Premier musim 2019 Pemain pemain t...
From Dr M S Langkawi To Anwar S Port Dickson

From Dr M S Langkawi To Anwar S Port Dickson

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 399 hits
With the impending change of the prime ministerial baton in 2020 it is only fair that our attention turns to Port Dickson a constituency represented by none other than prime minister in waiting Anwar Ibrahim I have always had a soft spot fo...
Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 1170 hits
Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson Assalamualaikum dan hi apa khabar semuanya Diharap semuanya ceria dan sihat selalu Macam mana dengan hujung tahun korang Bawa family jalan jalan kemana zaza pula sepanjang sebulan an...
Lunch Di Warung Salai Tempat Makan Best Di Port Dickson

Lunch Di Warung Salai Tempat Makan Best Di Port Dickson

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 2163 hits
Lunch di Warung Salai Tempat Makan Best di Port Dickson l Assalamualaikum Lepas check in di D Wharf Hotel Serviced Residence perut memasing dah lapar nak cari nasi Kalau nak tunggu food truck tepi hotel tu pukul 5 baru buka So kami decide u...
Wan Azizah Hadiahkan Beg Tangan Buatan Negeri Sembilan Kepada Isteri Presiden Turki

Wan Azizah Hadiahkan Beg Tangan Buatan Negeri Sembilan Kepada Isteri Presiden Turki

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 793 hits
TIMBALAN Perdana Menteri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiahkan sebuah beg tangan buatan tempatan kepada Emine Erdogan isteri Presiden Turki Menurut kiriman menerusi halaman Facebook rasminya beg tangan itu diberi nama Ct N Honey diha...
Syoknya Bercuti Di D Wharf Hotel Servised Residence Port Dickson

Syoknya Bercuti Di D Wharf Hotel Servised Residence Port Dickson

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 534 hits
Syoknya Bercuti di D Wharf Hotel Servised Residence Port Dickson l Assalamualaikum dan hi semua Rasanya macam dah lama tak cuti cuti Malaysia di Port Dickson Last awal tahun 2017 tak silap Masa tu Syafi kecik lagi So hanya berehat di hotel ...
Negeri Sembilan Seremban Street Art

Negeri Sembilan Seremban Street Art

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 845 hits
Seremban Street Art Seremban yang menjadi ibu negeri Negeri Sembilan tidak gah seperti Melaka yang banyak tinggalan sejarahnya berada di pusat bandar Tinggalan sejarah negeri ini tersebar di Seri Menanti Bukit Putus Tampin Lukut dan lain la...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan