Lemas Hampir 5 Minit Nyaris Hilang Anak Bongsu Cpr Isteri Jadi Penyelamat


Bila ada anak kecil, perlu ada rasa was-was dalam diri ibu bapa. Biarpun kita anggap anak dah boleh berdikari sendiri tetapi sikap berwaspada itu penting. Sama ada di rumah atau keluar ke mana-mana sekalipun.
Sesuatu perkara nak berlaku sekelip mata saja. Kadang tak terjangkau dek akal pun. Tahu-tahu anak jadi mangsanya. Seperti perkongsian seorang bapa, Abdul Rahim, yang nyaris kehilangan anak bongsu berusia 2 tahun setengah kerana lemas dalam kolam hampir 5 minit di perkarangan rumahnya.
Pasangan suami isteri, nyaris kehilangan anak bongsu, setelah lemas dalam kolam hampir 5 minit

Menurutnya kejadian ini langsung tak terlintas di fikirannya sama sekali. Namun pada hari kejadian, ia benar-benar memberi iktibar dan berharap perkongsian ini memberi manfaat pada semua ibu bapa.
Ini kronologi apa yang berlaku kepada keluarga Alita Raysha yang lemas dan Allah masih bagi peluang kepada kami pada 17 November lalu, harap jadi iktibar kepada ibu bapa yang lain;

Jam 3:20 petang anak bongsu kami Alita Raysha lemas dalam kolam ketika bermain. Dia telah ambil kerusi dari belakang rumah dan panjat penghadang. Kemudian kebetulan abangnya lalu dan nampak Alita kaku di dalam kolam.
Abangnya panggil saya dan isteri. Isteri saya cepat-cepat angkat Alita yang dah kaku dari kolam. Isteri saya, seorang bekas jururawat di PPUM, yang selayaknya digelar Super Mom Atikah Mohd Ramzan dengan tenang melakukan CPR ke atas anaknya sendiri yang dah tak bergerak masa tu.

Badan Alita dah keras dan membulat masa buat CPR tu, tiada respon apa-apa langsung. Memang dah terasa seperti kehilangan anak kami masa tu. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T setelah lakukan CPR dengan sabar sambil memanggil-manggil nama anak kami tanpa mengalah, Alita kemudian merengek dengan sangat perlahan. Anak kami telah kembali kepada kami 5 minit selepas lakukan CPR. Kami terus hantar ke Jabatan Kecemasan HRPB.
Ketika di Jabatan Kecemasan, setelah stabil anak kami dihantar ke PHDU, namun malam itu jam 10 malam, Alita diserang sawan yang memberi isyarat mungkin ada gangguan pada otak akibat terputus oksigen seketika pada insiden petang tadi.
Pada jam 10:30 malam, doktor telah memindahkan anak kami ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik untuk pemerhatian rapi.

Alhamdulillah, esok paginya, Alita telah sembuh sepenuhnya dan menunggu tempoh 24 jam untuk discharge.
Kami jadikan ini pengajaran dan pengalaman betapa pentingnya pengetahuan CPR. Tanpa tindakan pantas isteri saya waktu kejadian, kami mungkin kehilangan anak kami selama-lamanya. Dan menghabiskan baki usia kami dengan penyesalan yang tak berkesudahan. Tak dapat malah tak sanggup kami bayangkan.

Kami juga jadikan ini pengajaran kepada kami yang mana setinggi mana penghadang sekalipun, anak tetap boleh ambil kerusi dan panjat. Pengawasan maksima ke atas anak-anak sentiasa diperlukan.
Kolam itu tujuannya adalah untuk mengajar anak kami pengetahuan berenang dan apungkan badan dalam air ketika kecemasan. Dua orang kakak dan abangnya dah pandai, tapi Alita belum habis belajar lagi.
Kami dah ambil keputusan untuk simpan kolam ini, cuma mungkin pasang kemudian apabila anak dah betul-betul dewasa nanti. Mungkin juga tidak pasang terus.

Saya kongsikan kisah yang berlaku pada Alita ini agar menjadi pengajaran kepada yang lain untuk sentiasa berhati-hati. 5 minit sudah cukup untuk insiden seperti ini berlaku.
Hari ini (19 November), anak kami dah boleh discharge. Alhamdulillah. Semuanya selesai.
Terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih juga kepada Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB yang memberi layanan terbaik kepada anak kami dan anak-anak kecil yang lain. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik kalian.
Semoga apa yang berlaku pada kami ini akan menjadi pengajaran pada ibu bapa yang lain juga. Anak adalah rezeki dan juga tanggungjawab. Jagalah sebaiknya.
Kredit: Abdul Rahim 

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post “Lemas Hampir 5 Minit, Nyaris Hilang Anak Bongsu. CPR Isteri Jadi Penyelamat.” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lemas-hampir-5-minit-nyaris-hilang-anak-bongsu-cpr-isteri-jadi-penyelamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minta Anak Doakan Fad Bocey Isteri Tak Ajar Bermewah Usaha Demi Anak

Minta Anak Doakan Fad Bocey Isteri Tak Ajar Bermewah Usaha Demi Anak

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 390 hits
Siap yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat anak anak yang masih kecil Sebolehnya apa sahaja yang diinginkan anak tetap mahu dipenuhkan mak dan ayah sebaiknya Bagi Fad Bocey dan isterinya Syaheera Abd Rahman sebolehnya mereka mahu mem...
Muka Lembut Je Tenang Tengok Izreen Azminda Ded4h Wajah Anak Bongsu Nama Ali Idrees Jadi Pilihan

Muka Lembut Je Tenang Tengok Izreen Azminda Ded4h Wajah Anak Bongsu Nama Ali Idrees Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 235 hits
Umum mengetahui pelakon Izreen Azminda baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata leaki pada tanggal 20 September lalu Terbaru menerusi hantaran terkini di laman Instagram Izreen telah pun berkongsi wajah penuh anaknya itu buat tatapan para...
Anak Dakwa Dipukul Hampir Seribu Kali

Anak Dakwa Dipukul Hampir Seribu Kali

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 251 hits
STOCKHOLM Anak kedua pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden atas tuduhan mendera anak anak mereka berkata dia telah dipukul lebih dari seribu kali oleh ibunya dan beberatus kali oleh bapanya pada tahun 2013 Memberi keterangan kepad...
Tak Terfikir Cari Pengganti Besar Jasa Isteri Lahirkan Anak Sampai Dia Lumpuh

Tak Terfikir Cari Pengganti Besar Jasa Isteri Lahirkan Anak Sampai Dia Lumpuh

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 315 hits
Kasih seorang suami Apa sekalipun tak pernah terlintas difikiran saya untuk berkahwin lagi atau mencari pengganti isteri sebaliknya akan terus menunggu dia hingga kembali sihat dan menjaganya selagi terdaya luah bapa seorang anak Muhamad Sa...
Hiburan Aaron Aziz Jadi Punca Pasangan Suami Isteri Bercerai Harap Peminat Dapat Rujuk Kembali Demi Anak Anak

Hiburan Aaron Aziz Jadi Punca Pasangan Suami Isteri Bercerai Harap Peminat Dapat Rujuk Kembali Demi Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 385 hits
Pelakon dan juga usahawan Aaron Aziz mengakui terkejut dan sedih apabila membaca keratan akhbar yang menyatakan dirinya telah menjadi salah satu punca penceraian dalam kalangan suami isteri ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar pelakon filem ...
Video Anak Asyik Men3mpel Kat Baba Lelaki Ger4m Isteri Senang Lenang Tak Dik4cau

Video Anak Asyik Men3mpel Kat Baba Lelaki Ger4m Isteri Senang Lenang Tak Dik4cau

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 326 hits
Fasa rumah tangga merupakan fasa yang disukai oleh semua pasangan yang bergelar suami isteri kerana pada masa awal pernikahan suami isteri mempunyai masa masing2 kerana tidak mempunyai anak lagi Jika sudah mempunyai anak semua kebebasan yan...
Luang 5 15 Minit Baca Buku Dengan Anak Ibarat Masa Emas Ni Pun Dah Seronok

Luang 5 15 Minit Baca Buku Dengan Anak Ibarat Masa Emas Ni Pun Dah Seronok

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 296 hits
Membaca buku dengan anak anak ni seronok kan 5 15 minit masa emas dengan anak Bonding time yang inshaAllah anak akan ingat sampai bila bila Menerusi perkongsian Puan Azila Ghani berikut 5 TIPS yang boleh mommies buat semasa membaca buku den...
Hiburan Anak Tiri Dikatakan Tidak Beradab Caprice Susah Hati Lihat Isteri Menangis Hadapi Kecaman Netizen

Hiburan Anak Tiri Dikatakan Tidak Beradab Caprice Susah Hati Lihat Isteri Menangis Hadapi Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 409 hits
Penyanyi rap yang baru sahaja bergelar suami akhirnya tidak dapat menahan diri untuk bersuara setelah isteri kesayangan Farra Inalis dikecam netizen gara gara membiarkan anaknya Aleesya Sofea bergurau kasar dengan bapa tiri Ujar Caprice ata...
Dah Besar Jadi Kawan Ye Lisdawati Kongsi Foto Fauzi Nawawi Pangku Cucu Sulung Wajah Anak Bongsu Mereka

Dah Besar Jadi Kawan Ye Lisdawati Kongsi Foto Fauzi Nawawi Pangku Cucu Sulung Wajah Anak Bongsu Mereka

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 583 hits
Pelakon Lisdawati ada berkongsi foto suami tersayang yang juga aktor Fauzi Nawawi yang sedang memangku cucu pertamanya Lebih menarik pelakon drama bersiri R1ndu Awak Separuh Ny4wa itu juga memuat naik foto anak bongsu mereka Alhamdulillah c...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online