Lemang Dan Ayam Bakar Sedap Di Lemang To Ki Bentong


Dalam perjalanan dari Kelantan ke Negeri Sembilan melalui Bentong, Pahang tempohari, kami sempat singgah makan lemang dan ayam bakar di restoran Lemang To’ki. Beberapa tahun lalu, kerap kali kami singgah makan di sini sewaktu dalam perjalanan dari/ke Negeri Sembilan - Kuala Lipis, Pahang atas urusan kerja encik suami. Tapi itulah, walau dah kerap makan di sini tapi rupanya belum pernah saya bercerita secara khusus mengenai tempat ini di blog 😄
Setiap kali ke sini, biasanya tempat ini sesak dengan pelanggan. Tapi masa kami sampai ni tak ramai orang, mungkin sebab dah lewat petang dan pada hari bekerja (Khamis)

Tempatnya luas. Ada banyak pilihan sudut untuk kita duduk menikmati hidangan. Kalau dulu kami suka duduk di sudut yang membolehkan mata melihat pemandangan aliran sungai yang terdapat di belakang restoran. Tapi kali ni susun atur restoran sudah berubah. Tiada lagi tempat makan di sudut berkenaan

Konsep di sini adalah secara layan diri. Kami menuju ke kaunter yang membuat lemang dan ayam bakar (dalam foto di atas). Biasanya di sini agak panas dan sedikit berasap, tapi ni dah lewat petang mereka dah siap membakar lemang dan ayam. Selain itu, di kaunter ni juga kita boleh dapatkan rendang, sambal hitam dan air asam pencicah ayam bakar. Dah dapat hidangan pilihan, boleh terus ke kaunter bayaran

Ada senarai harga, mudahlah kita nak buat pilihan (klik foto untuk paparan lebih jelas). Kalau setakat nak merasa, boleh pilih set lemang. Kalau yang dah tau betapa sedapnya lemang di sini dan nak makan banyak macam kami, terus beli lemang sebatang 😄. Bukan senang kami nak sampai sini tau, kenalah beli lebih

Kami beli dua batang lemang saiz kecil, mintak keluarkan dari buluh dan letak dalam bekas. Beli juga dua bekas rendang ayam. Sebenarnya saya suka rendang daging buatan mereka, tapi habis 🥲. Tak ada rezeki, rendang ayam pun boleh jugaklah

Set ayam bakar & air asam.Kami beli dua set ayam bakar & air asam, harganya RM8.50 / set. Saya suka ayam bakar di sini disebabkan rasa perapan yang sedap dan isi ayamnya lembut berjus. Cicah pulak dengan air asam, memang berselera makan! Cuma kali ini ayam bakarnya mungkin terlebih bakar, jadi saya rasa sedikit liat bahagian luar ayam. Atau mungkin gigi saya yang dah semakin tak kuat 😅
Oh ya, air asam tu ada dijual dalam botol 260 ml dengan harga RM7. Kalau dulu rajin kami membeli air asam. Sedap jadi pencicah untuk ikan bakar atau sotong bakar. Tapi mengenangkan sekarang kami tak selalu berada lama di rumah dan sempat masak itu ini, tak perlulah kami menambah koleksi benda-benda terbiar dalam peti sejuk rumah tu

Lemang & rendang ayam.Kami buka satu bekas lemang dan rendang ayam yang dibeli tadi. Nak jugak merasa makan lemang panas. Seperti sebelum ini, lemang buatan Lemang To’ki memang sedap cukup rasa lemak masin, cukup lembut dan tak berkerak. Makan sambil tersenyum dan pejam-pejam mata

Eh, makanan lain tak ada ke? Ada. Kalau tengah hari tu ada nasi campur. Kalau tak suka lemang boleh pesan makanan bergoreng. Saya nampak ada macam-macam menu lain. Tapi kalau kami ke sini, memang suka makan lemang dan ayam bakar tu jelah. Ulang-ulang pun tak bosan, bukan dapat makan selalu pun

Bagusnya restoran Lemang To’ki ni ada menyediakan tandas yang selesa. Kekurangan tempat ini, ruangan parkirnya sangat terhad. Kalau nak mudah dapat parkir dan mudah nak membeli lemang tanpa perlu beratur panjang, usahakan datang pada hari bekerja

Nak ke sini boleh buat carian di Google Maps - Lemang To’ki. Lokasinya terletak di sebelah kiri jalan jika kita dari bandar Bentong. Ada satu lagi cawangan mereka iaitu Lemang To’ki 2 yang terletak di Jalan Karak, Bentong. Ruang parkirnya lebih luas. Bolehlah pilih nak pergi mana satu. Setakat ni kami lebih suka pergi restoran pertama sebab rasa lebih meriah

————————————————————————
LEMANG TO’KIBatu 2, Jalan Tras,Bentong, Pahang

Waktu operasi :Selasa - Ahad | 7 pagi hingga 12 tengah malamIsnin | Tutup





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/05/lemang-dan-ayam-bakar-sedap-di-lemang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Perapan Ayam Bakar Sedap Sesuai Juga Untuk Perap Daging

Resipi Perapan Ayam Bakar Sedap Sesuai Juga Untuk Perap Daging

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 334 hits
Bagi penggemar sajian Ayam Bakar sedap dan suka buat BBQ resipi perapan perkongsian saudari Cik Merpati Putih ini tentunya anda kena simpan dan cuba Kalau resipi resipi lain sos perapannya menggunakan banyak bahan dan rempah tapi yang ini c...
Lemang Periuk Kera Ayam Masak Bali

Lemang Periuk Kera Ayam Masak Bali

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 446 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat Rezeki hari ni kawan office ada order lemang periuk kera so dapat la SA merasa alhamdulillah rezeki SA amik seketul dan seketul ayam masak bali ntah bila nak makan ni sebab SA tengah kenyang Lepas tu level 11 da...
Macaroni Cheese Bakar Sedap Sungguh Rasanya Macam Di Restoran

Macaroni Cheese Bakar Sedap Sungguh Rasanya Macam Di Restoran

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 300 hits
Sesekali tukar selera kita buat Macaroni Cheese Bakar Bukan sahaja anak anak suka kita sekeluarga pun gemar menikmatinya Nak cita rasa Asia boleh tambah sedikit cili kisar untuk rasai sedikit kepedasannya jika mahu Jika tidak kekalkan sahaj...
Sup Ayam Singo Pear Baik Untuk Batuk Dan Selesema Mudah Dan Sedap

Sup Ayam Singo Pear Baik Untuk Batuk Dan Selesema Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 496 hits
Para ibu pernah dengar sup ayam singo pear Sup ayam singo pear ni sangat bagus untuk merawat batuk dan selesema anak terutamanya pada cuaca sekarang yang tidak menentu Sistem imunisasi anak haruslah dijaga dengan baik supaya badan anak tak ...
Bebola Bergedil Ayam Saiz Comel Sedap Dimakan Dengan Soto

Bebola Bergedil Ayam Saiz Comel Sedap Dimakan Dengan Soto

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 314 hits
Bebola bergedil ayam ini mudah dimasak Bahkan lebih penting lagi ia sedap dimakan terutamanya dengan soto Saiznya yang lebih kecil dan comel lagi memudahkan untuk dimakan berbanding bergedil biasa yang lebih besar Bila dilihat sekali imbas ...
Cara Buat Nugget Ayam Kentang Crispy Sedap Guna Bahan Berkhasiat

Cara Buat Nugget Ayam Kentang Crispy Sedap Guna Bahan Berkhasiat

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 444 hits
Anda patut cuba resipi Nugget Ayam Kentang Crispy homemade ni Bukan apa kebanyakan nugget sejukbeku yang dibeli mempunyai kandungan garam serta MSG yang tinggi Sangat tidak bagus untuk kesihatan Bila buat sendiri pastinya lebih sihat kebers...
Kari Ayam Sedap

Kari Ayam Sedap

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 594 hits
Bagaimana nak masak Kari Ayam sedap tanya seorang fren di FB satu masa dulu Rempah apa yang sedap Rempah Melayu ke India Sejak kecik lagi mak Kjee masak guna rempah India Masa itu Kjee ingat lagi jenama burung Namanya dah lupa Tetapi kemudi...
Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap

Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 455 hits
Resepi Ayam Buttermilk Banyak masakan ayam yang menjadi kesukaan setiap orang Ada pelbagai ciptaan baru yang menggunakan bahan masakan ayam Salah satu masakan yang paling banyak di suka adalah ayam masak butter Saya telah menyediakan pelbag...
Resepi Ayam Masak Kicap Sedap Dan Simple

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap Dan Simple

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 433 hits
Resepi Ayam Masak Kicap Sejak saya pandai menggunakan Instagram saya suka melayan video ringkas artis memasak Nampak betul mereka pandai memasak Lauk pauk yang dimasak pun adalah lauk harian seperti ayam masak merah ayam percik ikan kembung...
Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Caning Not A Complete Solution To Discipline Issues Said Rafizi Who Suggests Japan As An Example

Malaysians Urged To Wear Only Black White Or Dark Attire In Thailand To Honour Late Queen Mother Sirikit

Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belajar Mempelajari Dan Mengingatkan Untuk Kebaikan

Buasir Otak Tv Roblox Tapi Jadi Ai

Foldable Stroller The Ultimate Convenience For Modern Parents On The Go

Ana Ikan Bakar Petai Kuantan Seafood Segar Sambal Petai Legend Di Tanjung Lumpur

M Venpick Hotel Convention Centre Klia Fires Up Monthly Bbq Dinner Buffet

Terus Bergerak Selagi Mampu