Lemah Lembut Sifat Mulia


Alhamdulillah..Rasanya ini adalah kali pertama entry aku yang berkenaan sejarah Islam ..
Sebenarnya banyak kali aku fikir nak buat entry ni sebab aku bukannya pakar dalam ilmu agama.Sepatutnya kalau nak berbicara soal agama seperti kiblat umat Islam ni, perlu diperkukuhkan dengan ayat Al-Quran dan hadith..Tapi hinanya aku sebab cabut sekolah agama dulu, jadi aku tak boleh faham bahasa arab yang jadi bahasa utama untuk mendalami agama Islam.
Jadi entri ini adalah berdasarkan pemahaman hasil bacaan aku berkenaan teks dari pakar-pakar sirah dari buku-buku dan internet.

First, aku nak ucap terima kasih banyak untuk ayah dan mak aku sebab berusaha untuk bawa aku ke Tanah Suci Mekah. Sebab apa??
Sebab apabila aku ke sana barulah aku sedar yang aku ni sebenarnya adalah Islam atas nama sahaja.
Kenapa aku cakap camtu?Sebab selama ni aku cuma tahu dan mengamalkan rukun Islam 5 perkara.1.Mengucap dua kalimah syahadah, 2.Solat, 3.Puasa, 4.Menunaikan zakat dan 5.Menunaikan fardhu haji.

Selain itu, aku tahu, orang Islam kene menutup aurat, tak boleh minum arak, dan menjaga makanan dari makan makanan yang tak halal, menghormati ibu bapa,orang tua dan jiran tetangga dan banyak lagi amalan-amalan yang tanpa disedari ianya adalah datang dari adab orang Melayu.
Kenapa aku cakap adab dari orang Melayu?Sebab orang Melayu adalah orang yang paling bersopan santun di Makkah.

Sebagai contoh, berjalan depan orang tua perlu tunduk, makan tak boleh bercakap,apabila orang tua bercakap, kita tak boleh menyampuk..banyak lagi..Tapi kaum arab di sana tak ada adab dan tatasusila sebegitu. Ini amat bagus kerana ini menjadikan Melayu Islam dijunjung.

Sebenarnya amat bangga menjadi Melayu di Makkah kerana Melayu diangkat di sana..Tapi lepas pulang, aku cuba mendalami Islam, aku jumpa beberapa perkara yang menjadikan aku adalah seorang Islam yang jahil. Orang Melayu kita lebih berpegang teguh pada adab dan tatasusila nenek moyang tanpa merujuk Al-Quran dan hadith yang ditinggalkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW..

Aku nak tanya;- 1.Berapa ramai di antara kita yang tahu membaca Al-Quran? 2.Berapa ramai di antara kita yang tahu membaca Al-Quran dan memahami tafsir Al-Quran? 3.Dan berapa ramai di antara kita yang tahu membaca Al-Quran, memahami isi Al-Quran dan mengamal mengikut perintah ayat Al-Quran?

Soalan ni bukan ditujukan pada anda je, tapi diri diri aku sendiri yang tergolong dalam golongan pertama tu. Jadi tak salah kalau cakap Melayu Islam hanya menyematkan 70% amalan adab dan tatasusila nenek moyang(yang telah diselaraskan dengan agama Islam) tapi hanya mengamalkan 30% sahaja apa yang diperintahkan dalam Al-Quran dan hadith.


Dalam kubur pun nanti soalan yang ditanya malaikat Munkar dan Nangkir:
1. SIAPAKAH TUHANMU?-Allah SWT
2. SIAPAKAH NABIMU?-Muhammad SAW
3. APA AGAMAMU?-Islam
4. APAKAH KIBLATMU?- Baitullah kiblatku
5. APAKAH IMAMMU? Al-Quran
6. SIAPAKAH SAUDARAMU?-Muslimin dan muslimat saudaraku
7.APAKAH KALIMAH YANG KAMU BAWA BERSAMAMU?- Laa Ilaa Ha IllAllah, Muhammadur Rasulullah


Jadi, aku nak tanya korang, ade tak soalan "Apa bangsamu?-Arab? Yahudi?Cina?India?Melayu?"
.................


Baiklah, sekian bebelan aku pasal orang Melayu Islam yang berpegang teguh pada Melayu(aku yang dulu)..Tapi selepas pulang dari Tanah Suci, buatkan aku lebih berfikir dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam Islam.*Sebelum ni aku cuma baca sejarah Nabi untuk exam je.

Sebelum ni aku cuma tahu umat Islam perlu menunaikan solat menghadap Kiblat (Baitullah).Tak pernah aku persoalkan kenapa?Bagaimana Baitullah dibina?Sampai bila?Siapa yang terlibat dalam pembinaannya?

Dari sinilah mulanya idea aku nak keluarkan entri ni..

*Ulama' ada mengatakan "Umat yang tak kenal sejarahnya, maka mereka tak boleh membina masa depan"
Kaabah Sebelum Nabi Adam AS hingga Nabi Ismail AS

Baiklah, aku mulakan dengan Firman Allah dalam Surah Ali Imran:96-97) yang bermaksud :

“ sesungguhnya rumah ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia ialah Baitullah di Makkah, yang barakah dan dijadikan pertunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya, antaranya ialah Maqam Ibrahim). Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia”

Sebenarnya Kaabah adalah binaan pertama di atas muka bumi sebelum Allah SWT mencipta Nabi Adam AS lagi.Berdasarkan riwayat, Kaabah dibina oleh malaikat dijadikan sebagai tempat tawaf dengan tujuan untuk kaffarah atau menebus dosa atas ketelanjuran mereka seperti memprotes tidak setuju Nabi Adam a.s dijadikan sebagai Khalifah Allah di muka bumi.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 bermaksud:
“ dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Aku (Allah) hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka berkata, ‘adakah engkau (wahai Tuhan) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, pada hal kami (para malaikat) sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? Tuhan berfirman, sesungguhnya aku mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahuinya.”

Para malaikat telah menyesali atas ketelanjuran mereka seolah-olah tidak bersetuju Nabi Adam a.s dijadikan khalifah di muka bumi, lalu mereka telah menebus dosa mereka dengan melakukan tawaf mengelilingi Arasy. Tiang Arasy ini teramatlah luas yang memerlukan para malaikat melakukan tawaf dalam tempoh yang agak lama maka Allah SWT pun mencipta suatu binaan lain yang lebih kecil  dinamakan Baitul Ma’mur. (Di bawah lapisan tiang Arasy.) Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat.

Kemudian Allah telah memerintahkan mereka agar membina suatu binaan yang fungsinya menyamai fungsi Baitul Ma’mur iaitu sebagai tempat tawaf bagi diri mereka di bumi.  Dan itulah Baitullah atau Kaabah yang terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di Makkah. Ia dikatakan selari dengan kedudukan Arasy di langit.

Kemudian, setelah Nabi Adam AS dibuang dari syurga ke bumi, setelah bertemu dengan Hawa di Jabal Rahmah, Nabi Adam AS yang teramat menyesali dosa yang telah dilakukannya di syurga memohon keampunan dari Allah SWT. Dan Allah memerintahkan mereka berdua mengelilingi kaabah yang menjadikan mereka adalah di kalangan manusia pertama yang melakukan tawaf. Contoh asas binaan Kaabah
Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh.

Umum mengetahui dengan kejadian banjir besar Nabi Nuh. Dalam Al-Quran juga ada menyebut..Dalam kitab taurat Yahudi juga ada menyebut..Dalam kital Injil juga ada menyebut berkenaan Noah Ark ini. Tapi di kalangan pakar sejarah, ada pertelingkahan sama ada banjir Nuh ini bersifat Local atau Global.

Persoalannya di sini sama ada banjir besar ini meneggelamkan umat Nabi Nuh sahaja (local) ataupun menenggelamkan keseluruhan kota Atlantis (global)..*Rasanya persoalan ni aku nak buat entry lain berkenaan Kota Atlantis yang menjadi persoalan pada pakar sejarah. Tapi sebagai umat Islam, kita hanya perlu percaya apa yang terkandung dalam Al-Quran yang menyatakan banjir Nabi Nuh telah menenggelamkan seluruh umatnya.

 *Gambaran pelukis berkenaan Kota Atlantis.

Gambar Kaabah Lama
Setelah tenggelamnya umat Nabi Nuh, kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut tidak dikenali lagi dan hanya menjadi laluan para pedagang. Kemudian, Allah SWT telah mengutuskan Nabi Ibrahim AS yang pada waktu itu berada di Palestin untuk menghantar anaknya (Nabi Ismail AS) dan isteri keduanya, Siti Hajar ke kawasan yang tidak pernah diduduki orang iaitu kawasan berhampiran dengan kaabah. Boleh rujuk sini kalau nak refresh pembelajaran sejarah Nabi Ismail AS 

Sebelum meninggalkan mereka berdua, Nabi Ibrahim a.s berdoa dalam surah Ibrahim ayat ke 37 bermaksud :-
”Wahai Tuhanku, Aku telah menempatkan sebahagian daripada keluargaku di sebuah lembah yang tandus tiada tumbuh-tumbuhan di sana, di sisi RumahMu yang diharamkan mencerobohnya. Wahai Tuhan kami (mereka ditempatkan di situ) supaya mendirikan solat (dan memakmurkannya dengan ibadah). Oleh itu jadikanlah hati sebahagian daripada manusia  tertarik kepada mereka. (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada pelbagai jenis buah-buahan , semoga mereka bersyukur.”

Seterusnya Nabi Ibrahim berdoa dalam surah al_Baqarah ayat 126 bermaksud :
” Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki daripada pelbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat di antara mereka.”

Sepeninggalan Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail yang tinggal di situ di tanah yang kering kontang, Siti Hajar berlari antara Bukit Safa dan Marwah untuk mencari makanan bagi menyusui Ismail yang masih bayi. Kelakuan inilah yang menjadi rukun haji dan umrah iaitu membuat saei (berjalan antara Safa dan Marwah) bagi menghayati usaha Siti Hajar mencari sumber untuk anaknya. Kemudian datang malaikat Jibril yang menghentak tanah di kaki nabi Ismail hingga keluarnya air zam-zam.Saei di Bukit SafaTelaga Zam zam suatu ketika dahuluSetelah keluarnya air zam-zam, duduklah Siti Hajar di situ dua beranak. Air zam-zam yang muncul dari perut bumi itu menarik burung-burung berterbangan mengelilingi kawasan tersebut. Para pedagang yang merentasi padang pasir pada waktu itu menggunakan burung-burung yang berterbangan sebagai tanda kawasan tersebut mempunyai sumber air. Dan ia menarik perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau di sekitar Makkah.

Suku kaum Jurhum yang datang ke tempat Siti Hajar dan Ismail meminta kebenaran untuk menetap di sini. Amat bernasib baik, suku kaum Jurhum adalah suku kaum yang beradab dan baik. Nabi Ismail juga telah berkahwin dan meninggalkan zuriat dari suku kaum Jurhum ini.

 Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.


Kaabah selepas Nabi Ismail AS hingga lahirnya Nabi Muhammad SAW

Selepas Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail membina kaabah, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim memanggil umatnya untuk menunaikan ibadah haji.
Firman Allah SWT: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji,nescata mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh." 

Nabi Ibrahim berkata:"Wahai Tuhan!Apakah yang akan menyampaikan suaraku?"

Lalu Allah SWT menjawa: "Serulah,aku yang akan menyampainya."

Lalu Nabi Ibrahim menaiki bukit Abu Qubis lantas memasukkan jari ke dalam kedua belah telinganya sambil menghadap ke arah timur dan barat sambil menyeru:
"Wahai sekalian manusia!Diwajibkan ke atas kamu untuk menunaikan ibadat haji di Baitul Atiq, oleh itu sahutlah seruan Tuhan kamu Yang Maha Agung." Seruan tersebut telah didengari oleh setiap orang yang berada di dalam salbi kaum lelaki dan setiap yang berada di dalam rahim-rahim perempuan.
Source

Walau bagaimanapun, setelah diwarisi fardhu haji ini turun temurun, banyak yang ditokok tambah dari kaum arab ini.Sebagai contoh, lafaz tarbiyah:  "Labbaik Allahumma Labbaik: Labbaika la syarika laka labbaik: Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:"
Tapi orang jahiliah ini telah menukar pada ayat kedua menjadi:  

"Labbaika la ka syarikun wa laka tablikuhu wama malak.
(Kami sahut panggilanMu,Bagi kau ada sekutu-sekutu,Mereka memiliki sebagaimana Kau memiliki)..
Sekutu di sini bermaksud berhala-berhala yang telah wujud di sekeliling kaabah. Perlu diingat, jarak kelahiran antara Nabi Ismail AS dengan Nabi Muhammad SAW adalah kira-kira 700 tahun. Jadi terdapat banyak terpesongnya ajaran yang ditinggalkan Nabi Ibrahim AS pada umatnya.Selain itu, antara tambahan kelakuan masyarakat jahiliah pada rukun haji di waktu itu ialah mereka akan bertawaf dalam keadaan berbogel. Ini kerana menurut fahaman mereka manusia dilahirkan tanpa seurat benang,tanpa pakaian.Jadi Tuhan akan menerima keampunan jika manusia melakukan tawaf seperti waktu lahir(bogel)*sigh.. (kuliyyah Ustaz Nazmi Karim:Perancangan Hijrah Nabi Muhammad SAW)


Selepas perintah Allah SWT ke atas umat Nabi Ibrahim menunaikan haji, maka ramai orang datang ke Kota Makkah. Sebelum ni aku dah bagi bagitau yang suku kaum Jurhum yang mula-mula datang kepada Siti Hajar dan Nabi Ismail sewaktu mereka melihat burung-burung berterbangan di sekitar air zam zam. Mereka menetap di situ dan menjaga kawasan Makkah serta merahmati pengunjung yang datang untuk menunaikan haji.Nabi Ismail juga berkahwin dengan suku kaum Jurhum dan mendapat zuriat.

Kemudian datang seorang lelaki arab dari suku Khuzaah yang bernama Amru bin Lu’ayy.Suku Khuzaah ini menghalau suku Jurhum keluar dari Makkah dan dengan itu suku Khuzaah dapat menguasai Makkah. 
Amru bin Lu’ayy inilah orang pertama yang memperkenalkan berhala kepada suku kaumnya dan amalan berhala ini tersebar ke seluruh suku-suku Arab yang lain.
Amru adalah seorang kaya dan berpengaruh dan dialah yang menyediakan keperluan orang ramai mengerjakan haji. Dia juga yang mencipta binatang-binatang yang kononnya suci untuk disembah. Bermula dari situ, setiap suku Arab mempunyai berhala mereka sendiri. 
Kabilah Khuzaah memimpin Mekah selama 500 tahun . Setelah berzaman orang Arab Mekah hidup dalam kejahilan menyembah berhala, datang seorang lelaki bernama Qusai bin Kilab. Qusai adalah keturunan Nabi Ismail AS yang berkahwin dengan suku Jurhum.
Qusai berjaya mengahwini anak perempuan Hulail iaitu ketua Mekah dari suku Khuzaah. Setelah Hulail mati, Qusai mengisytiharkan dirinya menjadi Ketua Mekah dan menjadi pemerintah Mekah yang adil dan bijaksana. Dengan ini, Kota Mekah berada di bawah pimpinan keturunan Nabi Ismail AS kembali. 
Bagi menyediakan keperluan pengunjung yang datang ke Mekah untuk menunaikan haji, beberapa sistem pembahagian  kerja dibuat iaitu siqayah,rifadah,sidanah,nadwah dan hijabah. Aku tak dapat pastikan apa maksud kerja-kerja tersebut. Tapi bagi kerja siqayah iaitu memberi minum kepada jemaah haji telah diberikan pada Abdul Muttalib (Datuk Nabi Muhammad SAW) yang juga dari keturunan Qusai bin Kilab. Rajah telaga zam zam berhampiran kaabah.
Pada waktu itu, telaga zam zam sudah tiada kerana telah tertimbus semasa suku Khuzaah memerintah Mekah. Jadi Abdul Muttalib terpaksa mengambil air dari luar Mekah. Pada suatu malam, Abdul Muttalib mendapat mimpi supaya menggali Zam zam. Akhirnya Abdul Muttalib menggali sekitar kaabah dan telaga zam zam dijumpai kembali. 

Peristiwa Tentera Bergajah Abrahah menyerang Kaabah.
 

Seperti yang kita sedia maklum, Tentera Abrahah telah menyerang Kota Mekah. Ramai juga yang maklum Allah SWT telah menghantar burung Ababil yang membawa tiga batu kecil. Tapi siapa Abrahah ini?
Abrahah merupakan seorang gabenor bagi orang Habsyah di Negeri Yaman yang beragama Kristian.  Dia telah membina gereja di Yaman yang dinamakan al-Qulais dan memerintahkan suku kaum Arab mengerjakan haji di Yaman. Walau bagaimanapun, suku kaum Arab amat menyanjungi kaabah dan ada orang Arab datang ke al-Qulais dan membuang air besar di situ dan menyapu najis di dinding al-Qulais. Abrahah yang tahu hal ini terjadi kerana orang Arab begitu sayangkan kaabah, amat marah dan bersiap sedia untung meruntuhkan kaabah.
Apabila tentera Abrahah sampai berhampiran Mekah, dia merampas 200 ekor unta milik Abdul Muttalib. Abdul Muttalib yang juga ketua penduduk Mekah datang berjumpa Abrahah dan berkata,”Wahai Abrahah, aku ni tuan punya unta-unta.Oleh itu aku minta kamu bebaskan untaku. Kaabah itu ada tuan yang menjaganya.Kalau kaabah itu rumah tuhan,pastu Tuhan menjaganya.Kaabah ada Tuhan yang menjaganya!”
Dengan itu Abrahah mengembalikan unta Abdul Muttalib dan meneruskan perjalanan tenteranya untuk meruntuhkan kaabah. Pada hari yang ditentukan, Abrahah mengarahkan tentera bergajahnya menuju ke kaabah untuk merobohkannya tetapi gajahnya tidak mahu bergerak.
Pada masa itu juga langit berwarna hitam dan sekumpulan burung ababil melepaskan batu-batu kecil ke atas tentera Abrahah. Batu yang terkena gajah tersebut menjadikan daging hancur. Akhirnya Abrahah dan semua tenteranya mati tanpa kecuali. Peristiwa ini telah disebutkan dalam al-Quran Surah Al-Fil.
Dengan peristiwa ini, bertambah besar penghormatan orang Arab kepada kaabah.  Dengan itu, tahun berlakunya peristiwa itu disebut Tahun Gajah. Orang Arab mula menyusun kalendar mereka berdasarkan peristiwa ini sebagai contoh 5 tahun sebelum Tahun Gajah, 2 tahun selepas Tahun Gajah..
Dan Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah
[kisah di atas bersumberkan:Biografi Muhammad bin Abdullah]
Dan sekianlah ceritaku berkenaan sejarah kaabah dan Mekah..
Tapi cerita ni rasanya tak boleh tergantung kat sini sebab rasanya tak sah kalau tak ceritakan kaabah setelah lahirnya junjungan besar kita,Nabi Muhammad SAW. In sya Allah, mungkin aku boleh buat entry yang lain sebab kalau semua nak sumbat kat sini, memang terus cacamerba jadinya.
Lagipun, kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW menyebarkan agama Islam di Kota Mekah amatlah mencabar. Sekarang ni aku tengah membaca biografi Nabi Muhammad SAW yang ditulis Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman. Bayangkanlah, aku baru baca 1/3 perjuangan Rasulullah menyebarkan agama Islam di Mekah, tapi air mata aku dah berjurai sebab baginda menerima seksaan yang amat berat dari kaumnya sendiri. 
Cerita yang aku ceritakan ni adalah hasil dari pemahaman aku. Aku bukanlah ahli tafsir yang mampu menelaah segala kitab-kitab. Dah aku cakap awal-awal,aku cabut dari sekolah Arab,jadi aku memang tak tahu bahasa Arab. Seandainya aku faham, mungkin ia akan membantu aku lagi memahami kisah-kisah sejarah ni. Jadi pemahaman aku adalah terbatas bila aku cuma dapat baca apa yang pakar-pakar agama dan sirah mengolah kembali cerita-cerita ni. Tapi tak salah kalau nak menambah pengetahuan mengenai sejarah asal usul agama kita. Banyakkan membaca,kawan..
Kalau nak tau sahih atau tidak, boleh tanya ulama’ kerana ulama’ merupakan penghafal al-Quran dan hadith yang ditinggalkan Rasulullah SAW serta kitab-kitab riwayat yang ditinggalkan para sahabat nabi. 
In sya Allah,bakal bersambung...
Petikkan dari  http://hafeezafauzi.blogspot.my/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tazkirahmelayuislam.blogspot.com/2015/10/lemah-lembut-sifat-mulia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jauhi Sifat Sombong

Jauhi Sifat Sombong

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 117 hits
Sifat sombong adalah satu sifat atau sikap yang sentiasa merugikan diri seseorang Sifat sombong ini bermaksud apabila seseorang itu sentiasa merasakan diri sendiri penuh dengan kehebatan yang tidak ada pada orang lain Sifat sombong boleh te...
Bercakap Bohong Sifat Orang Munafik

Bercakap Bohong Sifat Orang Munafik

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 153 hits
Bercakap bohong ialah berkata kata akan perkataan berlawanan dengan kenyataan sehingga menjadikan orang lain percaya bahawa apa yang ia kata atau ceritakan itu dianggap sebagai benar Termasuk juga perkara yang diertikan sebagai bohong ialah...
Sifat Riak Termasuk Syirik Kecil

Sifat Riak Termasuk Syirik Kecil

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 95 hits
Riak adalah perbuatan yang dilakukan bertujuan untuk supaya orang lain melihat dan memuji akan apa yang telah dikerjakan oleh seseorang Riak boleh berlaku di dalam pelbagai aspek antaranya ketika berjalan dengan bersifat riak ketika solat m...
5 Sifat Wanita Dilihat Dari Cara Duduk

5 Sifat Wanita Dilihat Dari Cara Duduk

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 197 hits
Biasanya kaum lelaki selalu memperhatikan bentuk tubuh dari perempuan tetapi sebenarnya masih banyak hal lain yang perlu diperhatikan pada perempuan Salah satunya adalah mempelajari sikap duduknya karena dengan melihat posisi kakinya saat d...
Hilang Sifat Malu Kerana Gwiyomi

Hilang Sifat Malu Kerana Gwiyomi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 126 hits
peace be upon you Sesiapa pun ada hak Laungan lantang dan perilaku seorang anak kecil yang cuba menidakkan perbuatan ibunya yang enggan membelikan makanan McD ya Produk yang membantu Israel pada saat entri ini ditaip Ada benarnya si ibu Tid...
6 Sifat Wanita Yang Perlu Elak Dikahwini

6 Sifat Wanita Yang Perlu Elak Dikahwini

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 124 hits
Setiap lelaki muslim mahukan pasangan hidup yang terbaik untuk diri masing masing Namun dalam kita mengejar yang terbaik lelaki sendiri kadang kadang terlupa untuk menjadikan diri mereka sendiri sebagai seorang muslim sejati Kita mengharapk...
Cara Memahami Sifat Lelaki

Cara Memahami Sifat Lelaki

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 149 hits
Lelaki bukanlah sempurna 100 Jadi perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan Jadi terimalah kelemahan lelaki dengan perasaan terbuka Cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sam...
Sifat Sebenar Manusia Sengaja Atau Semulajadi

Sifat Sebenar Manusia Sengaja Atau Semulajadi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 113 hits
Adakah anda seorang yang cepat naik angin minyak Adakah ia satu sifat semulajadi atau pon disebabkan oleh faktor faktor lain Apa yang mampu membuatkan anda berasa marah yang amat sangat Rasanya sebagai seorang manusia biasa sifat marah itu ...
Seni Yang Tiada Sifat Takot Had

Seni Yang Tiada Sifat Takot Had

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 85 hits
Kadang kadang orang yang terlebih kreatif ini membuat tindakan terburu buru samaada untuk kemasyhuran atau hanya untuk suka menunjuk nunjuk tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi Bagi aku apa yang kita buat pon kena la pikir sama ada b...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Vanny Vabiola Sudahi Saja Chord

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

Lemas Tiga Beranak Ditemukan Tidak Lagi Bernyawa Selepas Mandi Manda Di Sungai Balak

Peminat Tempatan Puas Oneus Gegar Kuala Lumpur Di Konsert Jelajah Ke 2 La Dolce Vita