Lelong Kereta Tanpa Pengetahuan Harian Metro 24 10 2023


 
Kuala Lumpur: Nasib dua wanita ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila bukan saja terpaksa menanggung baki pinjaman kereta dan kos bank, malah kenderaan mereka dilelong tanpa pengetahuan.
Siti Adawiah Ismail, 33, berkata, semuanya bermula selepas dia gagal membayar pinjaman Nissan Almera selama tiga bulan sejak Januari hingga Mac lalu kerana menderita anxiety disorder atau sindrom risau terlampau.
Menurutnya, dia membeli kereta itu pada harga RM65,000 dan sudah membayar pinjaman lebih RM60,000 serta bermakna pinjaman hanya berbaki kira-kira RM5,000.
"Ketika saya keluar menghantar bapa ke sebuah klinik kesihatan di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju, pada 15 Mac lalu dua lelaki menghampiri saya sebaik saya memarkir kereta di tepi jalan.
"Mereka beritahu mahu menarik kereta kerana saya gagal melunaskan bayaran bulanan untuk tempoh tiga bulan sebelum menunjukkan sehelai surat mendakwa arahan bank.
"Saya akui kesilapan kerana gagal membuat bayaran berkenaan, jadi saya terpaksa akur," katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.
Bercerita lanjut, Siti Adawiah berkata, dia diminta membayar kos tarik kereta, kos pengurusan bank dan sebagainya namun masalah kewangan dihadapi menyebabkan dia gagal melunaskan semua bayaran diminta.
Menurut Siti Adawiah, desakan oleh pihak bank menyebabkan abang kandung yang juga penjamin terpaksa membayar keseluruhan baki pinjaman sebanyak 3,742.70 Ogos lalu.
"Namun, saya terkejut apabila mendapati kereta saya sudah dijual kepada individu lain sejak April lalu, iaitu sebulan selepas kereta ditarik. Saya tidak terima sebarang notis atau pemberitahuan untuk kereta dilelong dan saya minta penjelasan bank, namun mereka beri alasan saya lambat bayar.
"Saya pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan disahkan nombor pendaftaran kereta saya atas nama individu lain. Namun saya terima notis untuk perbaharui insurans dan semakan dapati, kereta itu masih di atas nama saya. Saya hairan kerana kereta itu bukan lagi milik saya walaupun sudah melunaskan keseluruhan bayaran pinjaman," katanya.
Seorang lagi mangsa mahu dikenali sebagai Hamshe, 26, mendakwa ditindas penarik kereta apabila dikenakan caj RM20,000 bagi kos tarik kereta selain selain diugut kumpulan itu.
Menurutnya, dia membeli sebuah Mercedes Benz daripada sebuah syarikat kenderaan terpakai dan membayar deposit RM93,000.
"Selepas itu, saya tidak dapat membayar ansuran kereta selama dua bulan kerana berdepan masalah kewangan. Saya menghubungi sebuah agensi kewangan untuk meminta penangguhan bayaran, tetapi tidak dilayan.
"Ketika rundingan, pegawai berkaitan meminta saya untuk memulangkan kereta dan menawarkan cashback sebanyak RM10,000. Saya tidak bersetuju kerana sudah membayar RM93,000.
"Pada 25 September lalu, kereta saya ditarik oleh ejen penarik kereta dan diminta membayar tunggakan pinjaman serta beberapa kos lain.
"Berdasarkan surat diberikan, bayaran yang perlu saya lunaskan tidak masuk akal iaitu perlu membayar RM20,000 untuk mendapatkan semula kereta berkenaan," katanya.
Hamshe berkata, dia masih cuba berunding dengan pihak berkaitan untuk menjelaskan bayaran pembelian kereta seperti perjanjian awal namun tidak dilayan sebelum dimaklumkan yang keretanya sudah dilelong.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menuntut pihak bank memberi penjelasan dan tidak berterusan menindas peminjam.
Artikel oleh: Harian Metro
LELONG KERETA TANPA PENGETAHUAN!

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1023069/lelong-kereta-tanpa-pengetahuan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/10/lelong-kereta-tanpa-pengetahuan-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Palestin Ini Meruntun Jiwa Kenapa Ketawa Ngo Harian Metro 13 10 2023

Isu Palestin Ini Meruntun Jiwa Kenapa Ketawa Ngo Harian Metro 13 10 2023

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 360 hits
Kuala Lumpur Beberapa badan bukan kerajaan membidas netizen yang mempersenda berita pengeboman dan kemusnahan Masjid Muhammad Al Amin di Palestin Ia disifatkan sebagai tidak sensitif selain sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam yang kini...
Aktiviti Ejen Tarik Kereta Kenakan Bayaran Rm20 000 Sidang Media Ppim 23 10 2023

Aktiviti Ejen Tarik Kereta Kenakan Bayaran Rm20 000 Sidang Media Ppim 23 10 2023

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 224 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu menarik perhatian pihak berkuasa mengenai kejadian ejen tarik kereta yang mengenakan cas sehingga RM20 000 kepada pengguna PPIM memahami syarikat peminjam akan mengeluarkan surat tarik kereta apabila p...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Dalam Harian Matawang Kripto Ripple Jumaat 13 Oktober 2023

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Dalam Harian Matawang Kripto Ripple Jumaat 13 Oktober 2023

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 295 hits
Jika kita lihat pada carta 4 jam bagi Matawang Kripto Ripple kelemahan masih kekal di mana ia disahkan oleh pergerakan harga yang berada di bawah Death Cross Kumo Tenkan Sen dan Kijun Sen serta Chikou Span yang berada di bawah pergerakan ha...
Mcm Salur Bantuan Fasa Ketiga Berjumlah Rm412 000 Sinar Harian 18 10 2023

Mcm Salur Bantuan Fasa Ketiga Berjumlah Rm412 000 Sinar Harian 18 10 2023

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 164 hits
SHAH ALAM Muslim Care Malaysia telah menyalurkan bantuan fasa ketiga dengan dana sebanyak RM412 000 khusus untuk perubatan rakyat Palestin Antara pertubuhan bukan kerajaan yang berkolaborasi dengan MCM untuk sumbangan fasa ketiga itu ialah ...
Jangan Jadikan Palestin Sebagai Isu Agama Sinar Harian 28 10 2023

Jangan Jadikan Palestin Sebagai Isu Agama Sinar Harian 28 10 2023

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 228 hits
Artikel oleh Sinar Harian JANGAN JADIKAN PALESTIN SEBAGAI ISU AGAMA SINAR HARIAN 28 10 2023
Ppim Selar Wakil Rakyat Bantah Minggu Solidariti Palestin Di Sekolah Sinar Harian 27 10 2023

Ppim Selar Wakil Rakyat Bantah Minggu Solidariti Palestin Di Sekolah Sinar Harian 27 10 2023

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 271 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyelar tindakan dua wakil rakyat dari Sarawak yang membantah pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di kesemua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Aktivisnya Datuk N...
Muslim Care Malaysia Hantar Tiga Treler Penuh Pelbagai Bantuan Ke Gaza Berita Harian 28 10 2023

Muslim Care Malaysia Hantar Tiga Treler Penuh Pelbagai Bantuan Ke Gaza Berita Harian 28 10 2023

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 169 hits
KUALA LUMPUR Tiga treler membawa barangan perubatan makanan dan minuman keseluruhannya bernilai AS 1 5 juta yang sebahagiannya disumbangkan rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin akan bertolak ke sempadan Mesir Palestin menuju Gaza selewat l...
Rawat Kelemahan Poca Cegah Judi Dalam Talian Berita Harian 16 10 2023

Rawat Kelemahan Poca Cegah Judi Dalam Talian Berita Harian 16 10 2023

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 355 hits
Gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menggesa Akta Pencegahan Jenayah 1959 dikuatkuasakan kembali untuk memerangi aktiviti jenayah terancang termasuk sindiket judi perlu diberikan perhatian ekoran Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord