Lelaki Pukul Isteri Hamil Mengaku Tak Bersalah


 
Rosmaini Abd Raof, 38, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isteri keduanya. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang hamil hingga cedera parah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru sebentar tadi.
Tertuduh, Rosmaini Abd Raof, 38, yang memiliki empat isteri dan bapa kepada tujuh anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V M Mabel Sheela, menurut laporan Harian Metro.
Mengikut kertas pertuduhan tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap, Jahidah Nordin@Sylvester, 43, dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan wanita itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin jam 6 pagi, 4 Mei lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sulehan kemudian memohon mahkamah mengenakan jaminan RM30,000 susulan kes berkenaan yang serius sehingga menyebabkan isteri tertuduh dilaporkan koma selain memberi pengajaran kepada masyarakat.
Bagaimanapun, tertuduh merayu jaminan terhadapnya dikurangkan kerana dia menanggung empat isteri dan tujuh anak.
Mahkamah menetapkan wang jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM7,000 dengan dua penjamin selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran dan tidak mengganggu mangsa.
Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 25 Julai depan bagi pengurusan dokumen.
Media sebelum ini melaporkan, mangsa parah di kepala dan tengkorak, dengan rahang, tulang belakang serta rusuknya retak disyaki dipukul suaminya di rumah mereka pada 4 Mei lalu.
Wanita yang tidak sedarkan diri itu dibenarkan pulang ke rumah keluarganya di Sungai Udang, Melaka pada 30 Mei lalu, selepas dirawat di hospital selama 27 hari.
Usia kandungannya kini memasuki 12 minggu dan dalam keadaan baik tetapi pasukan perubatan memaklumkan mangsa mungkin hilang ingatan dan peluangnya pulih seperti biasa tipis. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/lelaki-pukul-isteri-hamil-mengaku-tak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Pukul Anak Hingga Cedera Usahawan Kosmetik Amp Suami Mengaku Tak Bersalah

Kes Pukul Anak Hingga Cedera Usahawan Kosmetik Amp Suami Mengaku Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 525 hits
Hari ini usahawan kosmetik Eka Ekora bersama suaminya didakwa di Mahkamah Majistret atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya pada Isnin lalu Sebelum ini tular kisah anaknya Puteri Ekora yang mendakwa dirinya telah dikasa...
Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri Sehingga Koma

Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri Sehingga Koma

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 238 hits
Seorang wanita pada Mei lalu telah dimasukkan ke hospital selepas cedera parah dipercayai akibat dipukul suami sendiri Mangsa yang merupakan kakitangan awam dilaporkan mengalami kecederaan di kepala selain rahang tulang belakang serta rusuk...
Wanita Mca Terkejut Ikat Jamin Rendah Pada Tertuduh Pukul Isteri Hamil

Wanita Mca Terkejut Ikat Jamin Rendah Pada Tertuduh Pukul Isteri Hamil

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 313 hits
MALAYSIAKINI Wanita MCA terkejut dan kecewa apabila lelaki yang dituduh memukul isteri hamil sehingga koma dibenarkan diikat jamin RM7 000 Ia juga memberi mesej yang salah kepada orang awam seolah olah kes kes penderaan dibiarkan berleluasa...
Beri Bayi Hisap Vape Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Amp Mohon Dibicarakan

Beri Bayi Hisap Vape Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Amp Mohon Dibicarakan

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 293 hits
Pasangan suami isteri yang memberi bayi mereka berusia 21 bulan menghisap vape atau rokok elektronik pada Mei lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini nbsp Kedua dua tertuduh yang masing masing berusia 23 dan 21 tahu...
Kota Bharu Buruh Didakwa Pukul Isteri Guna Kayu Hoki

Kota Bharu Buruh Didakwa Pukul Isteri Guna Kayu Hoki

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 412 hits
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencedera dan memukul isterinya dengan sengaja menggunakan sebatang kayu hoki minggu lalu Tertuduh Che Ali Ariffin 57 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pert...
Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Seret Kucing Atas Jalan Raya

Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Seret Kucing Atas Jalan Raya

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 354 hits
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas pertuduhan menyeret seekor kucing di atas jalan di Kampung Attaduri Langkap pada 3 Jun lepas Azizul Salahuddin 46 membuat pengakuan itu selepas pertud...
Cederakan Isteri Hamil Hingga Parah Lelaki Direman 6 Hari

Cederakan Isteri Hamil Hingga Parah Lelaki Direman 6 Hari

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 340 hits
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Mohd Padzli Mohd Zain berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan JOHOR BAHRU Seorang lelaki yang disyaki mencederakan isteri sehingga parah seperti yang tular di media sosial baru...
Tak Kesian Ke Kalau Baby Lahir Nanti Positif Covid 19 Wanita Hamil Mengaku Ziarah Hari Raya Punca Positif Covid 19

Tak Kesian Ke Kalau Baby Lahir Nanti Positif Covid 19 Wanita Hamil Mengaku Ziarah Hari Raya Punca Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 365 hits
Jarang berkongsi situasi yang dihadapi di hospital bersama umum setiap hari namun kes yang diterima seorang doktor di Hospital Melaka malam tadi menjentik hatinya untuk berbuat demikian Jam di dinding menunjukkan waktu 3 pagi Dr Tasha sedan...
Rupanya Ada Tiga Isteri Lelaki Pukul Isteri Hingga Koma Kini Didakwa

Rupanya Ada Tiga Isteri Lelaki Pukul Isteri Hingga Koma Kini Didakwa

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 269 hits
SELEPAS seminggu ditahan pihak polis seorang peniaga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam kerana memukul isteri ketiganya sehingga koma pada 4 Mei lalu Menurut laporan Harian Metro Rosmaini Abd Raof 38 mengaku tidak bersala...
Hujan Rahmat Mengiring Majlis Perkahwinan 13 09 2025

10 Website Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos

Laluan Ke Pantai Timur Meriah Pengguna Kongsi Situasi Pulang Ke Kampung Halaman

Police Urge Public To Stop Speculating On Viral Jpj Foreigner Video

Daerah Pantai Timur Sabah Terputus Bekalan Elektrik

Masa Itu Hanya Fikir Biarlah Mati Berpelukan Mangsa Tanah Runtuh

Le Chemin Du Bois Harel By Alta A New Urban Vision In Timber Architecture

Siti Kasim On Kampung Sungai Baru Laws Cannot Be Used As A Tool Of Injustice


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Malaysia Sara One Off

Mariam Meenachi

Hak Menulis Di Media Sosial

Izin Untuk Menangis

Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan

Minum Petang Di Toastma Kopitiam