Lelaki Muat Naik Kejadian Bakar Kereta Ditahan


KEPALA BATAS – Polis menahan seorang lelaki selepas didapati memuat naik maklumat tidak benar di media sosial sehingga tular berhubung kejadian kereta dibakar setelah melanggar dua remaja di Jalan Ara Kuda di sini, awal pagi Jumaat lalu.
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di Padang Menora di sini oleh sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil soal siasat awal, lelaki tersebut mengakui memuat naik maklumat berkenaan di akaun Facebook miliknya tanpa memeriksa kesahihannya.
“Dia mengaku telah memuat naik maklumat tidak benar berhubung kejadian tersebut ke Facebook sehingga tular di media sosial. Suspek turut mengaku melakukan perkara itu tanpa menanti sebarang fakta yang jelas daripada pihak berkuasa.
“Kita turut merampas telefon bimbit miliknya yang dipercayai digunakan untuk memuat naik maklumat berhubung kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, polis turut menahan dua abang mangsa kerana dipercayai bertindak agresif di lokasi kejadian selain membuat komen negatif di Facebook berhubung kejadian tersebut.
“Mereka yang berusia 19 dan 29 tahun itu ditahan secara berasingan di dua lokasi berbeza pada petang semalam. Kedua-dua suspek merupakan abang kepada mangsa yang juga pasangan kembar itu..
“Salah seorang daripada suspek ini juga ada merakam kejadian bakar kenderaan terbabit. Bagaimanapun, kedua-dua suspek masih enggan memberikan kerjasama untuk memberi maklumat berhubung perbuatan membakar kenderaan tersebut,” katanya.
Noorzainy berkata, suspek pertama disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Sementara itu, dua suspek lagi disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Butterworth pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi siasatan lanjut.
“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan orang awam supaya tidak mudah untuk menerima sebarang maklumat yang belum pasti kesahihannya dan terus memuat naik di laman sosial sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat setempat. Jangan kongsi apa sahaja maklumat jika tidak pasti maklumat itu benar atau tidak,” katanya.
Terdahulu, polis menafikan kemalangan melibatkan pasangan kembar di Jalan Ara Kuda di sini, Khamis lalu disebabkan oleh pemandu mabuk seperti yang tular di laman sosial sejak Jumaat lalu.
Kejadian yang berlaku pada jam 9.50 malam itu dikatakan berlaku selepas pemandu kereta berusia 56 tahun terbabas kerana mengelak haiwan melintas.
Akibat kejadian itu, wanita berkenaan yang juga pekebun sayur dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan dua buah motosikal yang ditunggang pasangan kembar, Muhd Asri Roslan dan Muhd Azri Roslan, 14.
Pemandu wanita yang membuat laporan kemalangan tersebut telah menjalani ujian saringan pernafasan dan didapati dia tidak berada di bawah pengaruh alkohol.
Polis mempercayai berita kemalangan itu ditularkan di media sosial dengan dakwaan wanita itu memandu dalam keadaan mabuk sehingga menimbulkan kemarahan penduduk kampung yang kemudiannya bertindak membakar kereta wanita berkenaan.
 
The post Lelaki muat naik kejadian bakar kereta ditahan appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/22/lelaki-muat-naik-kejadian-bakar-kereta-ditahan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lelaki-muat-naik-kejadian-bakar-kereta-ditahan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Geram Punya Pasal Orang Kampung Bakar Kereta Pemandu Mabuk Saksi

Geram Punya Pasal Orang Kampung Bakar Kereta Pemandu Mabuk Saksi

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 596 hits
MARAH dengan wanita MABUK sebabkan eksiden penduduk kampung bakar kereta TASEK GELUGOR 19 Jun Tindakan seorang pemandu wanita yang melanggar dua pemuda kerana berada di bawah pengaruh alkohol membawa padah apabila kenderaannya telah dibakar...
Marah Wanita Mabuk Sebabkan Kemalangan Penduduk Kampung Bakar Kereta

Marah Wanita Mabuk Sebabkan Kemalangan Penduduk Kampung Bakar Kereta

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 451 hits
Sebuah kenderaan dibakar penduduk kampung selepas pemandunya didakwa berada di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan Foto ihsan Facebook Hafiz ChipTASEK GELUGOR 19 Jun Tindakan seorang pemandu wanita melanggar dua pemuda ke...
Almy Nadia Naik Angin Gara Gara Bau Durian Dalam Kereta

Almy Nadia Naik Angin Gara Gara Bau Durian Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 360 hits
Pelakon Datin Almy Nadia memuatnaik satu posting menerusi Instagram Story di akaun miliknya meluahkan rasa bengang apabila kereta yang dinaikinya berbau durian ketika perjalanan pulang dari Raub Pahang ke Kuala Lumpur Menurut Almy dia tidak...
Disangka Pemandu Mabuk Orang Ramai Bakar Kereta Yang Melanggar Dua Beradik Kembar Hingga Patah Kaki

Disangka Pemandu Mabuk Orang Ramai Bakar Kereta Yang Melanggar Dua Beradik Kembar Hingga Patah Kaki

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 367 hits
TASEK GELUGOR 20 Jun Polis menafikan kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal masing masing ditunggang dua beradik kembar adalah disebabkan pemandu kereta berkenaan mabuk sehingga orang ramai membakar kereta itu dal...
Tasekgelugor Bakar Kenderaan Terlibat Kemalangan Dua Abang Mangsa Antara Ditahan Polis

Tasekgelugor Bakar Kenderaan Terlibat Kemalangan Dua Abang Mangsa Antara Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 351 hits
Susulan kes membakar kenderaan milik seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan kerana disangka memandu di bawah pengaruh alkohol tiga individu ditahan polis semalam Dua daripadanya merupakan abang kepada mangsa yang cedera dalam kemalan...
Terima Kecaman Muat Naik Video Berwajah Hitam Wani Kayrie Beri Penjelasan

Terima Kecaman Muat Naik Video Berwajah Hitam Wani Kayrie Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 405 hits
Satu video TikTok dengan wajah bercat hitam yang dimuat naik oleh penyanyi Wani Kayrie telah menimbulkan salah faham Video TikTok Wani Kayrie cetus kontroversi Menurut penyanyi itu yang menjelaskan dia tidak berniat untuk mempersendakan man...
Menangis Selepas Dikritik Muat Naik Ilustrasi Jari Tengah Jeon Jinseo Twotm Akui Susah Jadi Pelakon

Menangis Selepas Dikritik Muat Naik Ilustrasi Jari Tengah Jeon Jinseo Twotm Akui Susah Jadi Pelakon

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 339 hits
Mencipta nama sebagai pelakon sejak daripada usia yang muda sememangnya merupakan sesuatu yang membanggakan tetapi sebenarnya menyesakkan dalam masa yang sama Begitulah yang diakui oleh Jeon Jin seo yang kian terkenal sejak berlakon sebagai...
Perkhidmatan Kereta Api Bukit Bendera Kembali Beroperasi

Perkhidmatan Kereta Api Bukit Bendera Kembali Beroperasi

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 307 hits
Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan kembali beroperasi seperti biasa untuk kegunaan orang ramai bermula esok selaras dengan kelonggaran yang diberikan kepada sektor pelancongan domestik di bawah Perintah Kawalan Pergerakan ...
Abang Polis Ajak Pengguna Jalan Lalu Roadblock Hon Kereta 2 Kali Tanda Terima Kasih Kepada Frontliner

Abang Polis Ajak Pengguna Jalan Lalu Roadblock Hon Kereta 2 Kali Tanda Terima Kasih Kepada Frontliner

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 608 hits
Pejam celik pejam celik sudah tiga bulan rakyat Malaysia dilarang untuk merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu Bagi mereka yang dibenarkan merentas negeri untuk urusan kecemasan ke...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam

Not All Flag Mistakes Are Equal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Princess Solehah Di Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi 2025

Hikmah Pensyariatan Haji

Jom Lihat Keindahan Lombong Garam Slanik Romania

Segera Tangani Isu Air Selangor

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

No Room For Narrow Minded Prejudice In Schools Says Anwar