Lelaki Mengamuk Pukul Anak Dan Isteri Guna Kerusi Hanya Kerana Terlupa Menutup Pintu


 

TASEK GELUGOR - Hanya kerana tidak menutup pintu rumah, seorang lelaki mengamuk dan memukul isteri serta anak perempuannya dengan kerusi di Taman Desa Sena, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, lelaki berusia 44 tahun yang dikatakan berang apabila anak perempuannya berusia 19 tahun tidak menutup pintu rumah.

Berikutan itu, lelaki berkenaan bertindak di luar jangka apabila mengambil kerusi berwarna putih di bahagian ruang tamu lalu memukul anaknya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian itu disedari isteri suspek berusia 51 tahun yang kemudian menghalang tindakan suaminya namun dia turut dipukul.
Katanya, insiden menyebabkan isteri dan anak suspek sakit di badan sebelum membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan mereka selepas suami suspek turut mengugut mahu membunuhnya.
"Menurut hasil percakapan, pasangan ini sudah berkahwin selama 20 tahun dan tinggal di rumah teres dua tingkat yang dibeli oleh wanita (isteri suspek) yang bekerja sebagai pegawai kerajaan.
"Suspek adalah bekas tentera dan kini bekerja di sebuah kilang yang mana dia sudah tidak bercakap dengan isterinya sejak setahun lalu biarpun masih tinggal serumah," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, suspek yang juga seorang mualaf dikatakan sering memukul isteri dan anak-anaknya apabila berlaku perselisihan faham namun perkara itu tidak pernah dilaporkan kepada polis.
"Suspek tidak mempunyai masalah kesihatan dan pasangan ini mempunyai masalah dalam rumah tangga mereka apabila tinggal berasingan yang mana suspek tinggal di bilik bawah manakala isterinya di tingkat atas," katanya.
Noorzainy berkata, bertindak melalui laporan yang diterima polis ke lokasi kejadian dan menahan suspek pada jam 2.10 petang untuk tindakan selanjutnya.
"Siasatan awal, suspek mengaku memukul isteri dan anaknya dengan kerusi.
"Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia kini ditahan mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/05/lelaki-mengamuk-pukul-anak-dan-isteri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Kecewa Tengok Layanan Suami Dengan Anak Tiri Hanya Beri Lebih Perhatian Pada Anak Kandung

Isteri Kecewa Tengok Layanan Suami Dengan Anak Tiri Hanya Beri Lebih Perhatian Pada Anak Kandung

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 378 hits
Jika sudah berniat untuk berkahwin dengan ibu tunggal si lelaki perlu memikul tanggungjawab baru termasuk ikhlas menerima dan menjaga anak anak tiri yang hadir dalam kehidupannya Berbeza dengan nasib seorang wanita di Indonesia ini mastaamm...
Isteri Tarik Time Contraction Dia Tengah Kuat Kepala Terkehel Masa Isteri Bersalin Tajul Timang Anak Lelaki

Isteri Tarik Time Contraction Dia Tengah Kuat Kepala Terkehel Masa Isteri Bersalin Tajul Timang Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 326 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi Tajul dan isterinya yang telah selamat menimang bayi kedua mereka pada petang Khamis lalu Selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di Kajang Tajul memaklumkan keadaan anak dan i...
28 Orang Anak Dan 4 Orang Isteri Tinggal Sebumbung Dalam Kesempitan

28 Orang Anak Dan 4 Orang Isteri Tinggal Sebumbung Dalam Kesempitan

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 550 hits
Baru baru ini tular satu posting Facebook mengenai sebuah keluarga yang mempunyai 28 orang anak dan empat orang isteri tinggal sebumbung hidup dalam kesempitan Posting Facebook dari seorang sukarelawan Lembaga Zakat Selangor tersebut tular ...
Hiburan Muat Naik Gambar Isteri Dan Anak Pelawak Angah Disangka Beristeri Dua

Hiburan Muat Naik Gambar Isteri Dan Anak Pelawak Angah Disangka Beristeri Dua

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 390 hits
Pelawak dan pelakon Angah Raja Lawak mencuri perhatian peminat apabila dia ada memuat naik foto bersama dua orang wanita sehingga disangka beristeri dua Namun jelas Angah wanita wanita tersebut adalah isteri dan juga anaknya yang merupakan ...
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 562 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Hiburan Isteri Hamil Anak Pertama Ikmal Amry Alami Emosi Tidak Stabil

Hiburan Isteri Hamil Anak Pertama Ikmal Amry Alami Emosi Tidak Stabil

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 821 hits
Pelakon Ikmal Amry baru baru ini ada berkongsi sebuah khabar gembira apabila isterinya Najla Shamsul telah disahkan hamil anak pertama Ikmal yang menzahirkan perasaan teruja dan gembira di atas perkhabaran tersebut berkata bahawa dia semema...
Bunuh Anak Sendiri Suami Isteri Ke Tali Gantung

Bunuh Anak Sendiri Suami Isteri Ke Tali Gantung

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 289 hits
BernamaPasangan itu didapati bersalah membunuh anak sulung mereka yang berusia lapan tahun SHAH ALAM Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusi...
Sedapnya Puteri Mandi Ni Hanya Guna Tiga Bahan Je Nak Buatnya

Sedapnya Puteri Mandi Ni Hanya Guna Tiga Bahan Je Nak Buatnya

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 327 hits
Anda hanya perlukan tepung pulut kelapa parut dan gula melaka sebagai bahan utama Rasa rasanya kebanyakan bahan ini di dalam dapur anda Apa kata korang cuba buat dan tidak perlu duduk lama di dapur pun Tak percaya cuba resipi yang dikongsik...
Hiburan Warnakan Rambut Anak Dengan Warna Blonde Lan Solo Dan Isteri Dikritik Warga Maya

Hiburan Warnakan Rambut Anak Dengan Warna Blonde Lan Solo Dan Isteri Dikritik Warga Maya

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 554 hits
Hanya memenuhi kemahuan anak isteri kepada penyanyi Lan Solo Sheila Hasim meluahkan rasa lega kerana sempat membawa anak anaknya mewarnakan rambut sempena hari lebaran ini sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada h...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri