Lelaki Jepun Ini Pelihara Buaya Dalam Rumah Dan Anggap Ianya Sebahagian Dari Keluarga
LELAKI JEPUN INI PELIHARA BUAYA DALAM RUMAH DAN ANGGAP IANYA SEBAHAGIAN DARI KELUARGA | Kalau diberikan wang rm1000 sehari pun tak kan sesekali saya sanggup menjadikan buaya sebagai haiwan peliharaan dan tinggal serumah dengan buaya. Tapi berbeza pulak dengan seorang lelaki dari Jepun yang dikenali sebagai Nobumitsu Murabayashi. Beliau menetap di Kure City, Hiroshima, Jepun.
Nobumitsu Murabayashi sudah hampir 4 dekad menjadikan buaya sebagai haiwan peliharaan nya. Malah lebih mengejutkan lagi , haiwan tersebut tinggal bersama keluarga nya di dalam rumah yang mereka tinggal.
Nobumitsu Murabayashi membeli "Caiman-san", buaya peliharaannya, dari sebuah kedai binatang peliharaan, setelah anak nya meminta untuk dibelikan haiwan tersebut. Dia tidak pernah menyangka buaya tersebut akan menjadi anggota keluarganya dan masih bersama mereka hampir 40 tahun.
Hari ini, buaya yang jinak ini sudah membesar dengan ukuran kurang dari 7 kaki (6 kaki 8 inci) beratnya sekitar 45 kilogram, tetapi dia adalah haiwan yang tidak ganas. Menurut Nobumitsu , Caiman-san tidak akan pernah menyakiti sesiapa pun. Caiman-san tinggal bersama keluarganya. Kadang-kadang mereka berjalan-jalan bersama di luar. Ada kanak-kanak yang akan menghampiri Caiman-san dan menyentuh nya. Ada juga yang akan menunggang di belakang Caiman-san.
"Saya tidak pernah menyangka dia akan membesar seperti ini. Sudah 34 tahun saya menjaganya. Saya cuba berkomunikasi dengannya melalui tindakan seperti menggosok gigi dan berbagai cara lagi. Setiap hari isteri saya semakin jemu dengan saya. Disebabkan itu saya menghabiskan hari-hari saya dengan Caiman-San.
Di rumah, caiman menghabiskan sebahagian besar waktunya berkeliaran bebas di dalam rumah dan bersantai di tab mandinya sendiri. Dia suka berjalan-jalan dengan tuannya terutama ke kawasan air pancut di kawasan itu. Nobumitsu harus mendapatkankeizinan dari pihak berkuasa untuk membawa keluar Caiman-san di tempat awam, dan menandatangani dokumen yang membuatnya bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang salah.
Nobumitsu Murabayashi yang berusia 69 tahun mengatakan bahawa Caiman-san pernah menggigit anaknya ketika dia masih kecil, tetapi sejak itu dia tidak melakukannya. Sebilangan besar dari kita mungkin akan marah dan membuang haiwan peliharaan mereka jika haiwan tersebut mengasari anak-anak, tetapi bagi Nobumitsu dia memutuskan untuk memberi kan peluang kepada Caiman-San, dan hari ini dia sangat yakin Caiman-San tidak akan mengasari anak-anaknya.
Nobumitsu bekerja sebagai broker. Sejak berita tentang haiwan peliharaan nya diketahui ramai, dia juga kerap muncul di berbagai saluran TV tempatan. Haiwan kesayangannya yang unik telah memberikannya kejayaan. Terima kasih kepada Caiman-san, dia telah menjadi selebriti di Kure City.
Mempunyai buaya untuk haiwan peliharaan pastinya sesuatu yang luar biasa. Tapi terdapat beberapa orang di Asia yang sanggup tinggal serumah dengan buaya kesayangan mereka. Kanathip Nathip, dari Thailand, telah tinggal bersama buayanya selama lebih dari 20 tahun , begitu juga dengan sebuah keluarga di Indonesia, Muhammad Iwan yang memelihara buaya yang sangat besar di dalam rumahnya yang diberi nama Kojak.
Kalau korang, nak tak bela buaya dalam rumah?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/12/lelaki-jepun-ini-pelihara-buaya-dalam.html