Lelaki Ditembak Cuba Rempuh Polis



Oleh UtusanTV Seorang lelaki maut ditembak polis ketika cuba lari daripada pemeriksaan dalam kejadian di Jalan Simpang Tiga, Kuching, Sarawak malam tadi. POLIS menembak mati seorang pemandu kereta dipercayai cuba merempuh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan di persimpangan Jalan Simpang Tiga – Batu Lintang di Kuching, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga itu dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak memecut laju kenderaannya ketika diarahkan polis untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan oleh anggota polis yang bertugas.
Difahamkan, suspek yang masih belum dikenal pasti identiti itu telah melanggar beberapa kenderaan dalam usahanya melarikan diri di persimpangan lampu isyarat hingga menyebabkan beberapa kenderaan rosak.
Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas suspek cuba melanggar beberapa anggota trafik yang mahu menahan suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Lukas Aket ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi.
Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, tindakan anggota polis melepaskan tembakan ketika cuba menahan sebuah kereta di Jalan Simpang Tiga malam tadi adalah kerana kereta itu dipandu dalam keadaan bahaya.
“ Lebih kurang 7.20 malam tadi di persimpangan lampu isyarat Jalan Simpang Tiga, anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching melepaskan tembakan semasa cuba menahan sebuah kereta Proton Saga warna kelabu yang mencurigakan dan dipandu dalam keadaan bahaya,” katanya.
Beliau berkata pegawai perubatan mengesahkan pemandu kereta itu iaitu lelaki tempatan berumur lingkungan 24 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, siasatan kes itu akan dilakukan menyeluruh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Sementara itu, Aidi berkata untuk melengkapkan kertas siasatan kes itu, anggota-anggota polis terlibat telah ditukarkan bertugas ke bahagian pentadbiran. 
“Lima (anggota yang terlibat)…semua daripada Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching,” katanya. 
Bernama malam tadi melaporkan polis menembak mati seorang  lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga selepas dipercayai cuba merempuh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan di Jalan Simpang Tiga, di sini.
Kejadian turut menyebabkan beberapa kenderaan milik orang awam rosak dilanggar oleh suspek yang dikatakan cuba melarikan diri.— BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/lelaki-ditembak-cuba-rempuh-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuba Lari Rempuh Anggota Polis Pemandu Maut Ditembak

Cuba Lari Rempuh Anggota Polis Pemandu Maut Ditembak

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 324 hits
Polis menembak mati seorang pemandu kereta lelaki dipercayai cuba merempuh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan di persimpangan Jalan Simpang Tiga Batu Lintang di sini malam tadi Dalam kejadian kira kira 7 40 malam itu lelaki tempa...
Polis Perlu Bantuan Saksi Bas Ekspres Rempuh 10 Kenderaan

Polis Perlu Bantuan Saksi Bas Ekspres Rempuh 10 Kenderaan

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 312 hits
Oleh Foto hiasan BUKIT MERTAJAM Polis memohon bantuan saksi kemalangan membabitkan sebuah bas ekpres merempuh 10 kenderaan dalam kejadian di Kilometer 139 3 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini petang semalam Ketua Polis Daerah Seb...
Lelaki Keluarkan Senapang Patah Ketika Dihampiri Polis Mati Ditembak Ada 14 Rekod Jenayah

Lelaki Keluarkan Senapang Patah Ketika Dihampiri Polis Mati Ditembak Ada 14 Rekod Jenayah

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 298 hits
KUCHING Lelaki yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian di Jalan Simpang Tiga di sini pada Rabu telah mengeluarkan senjata api semasa anggota polis menghampiri kenderaannya bagi tujuan pemeriksaan kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ai...
Polis Panggil Pelajar Mrsm Kuala Kangsar Terbabit Kes Buli

Polis Panggil Pelajar Mrsm Kuala Kangsar Terbabit Kes Buli

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 417 hits
AGENDA DAILY Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian buli di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar semalam setelah tular di media sosial Semua pelajar Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar yang dikatakan terbabit d...
Padah Memotong Guna Lorong Kecemasan Pemandu Lori Tangki Jadi Buruan Polis

Padah Memotong Guna Lorong Kecemasan Pemandu Lori Tangki Jadi Buruan Polis

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 420 hits
Lorong kecemasan merupakan laluan yang dikhaskan kepada kenderaan yang rosak akibat situasi kecemasan yang tidak boleh dielakkan Ia juga menjadi laluan utama kepada kenderaan ambulans yang membawa pesakit dan memerlukan rawatan segera sehin...
Mangsa Buli Alami Soft Tissue Injury Suspek Dilepaskan Dengan Jaminan Polis

Mangsa Buli Alami Soft Tissue Injury Suspek Dilepaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 505 hits
The ReporterKetua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan mangsa buli di asrama Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar mengalami kecederaan soft tissue atau kecederaan tisu lembut dalam badan Keadaannya oka...
Persenda Salah Guna Kemudahan Oku Polis Ambil Keterangan Lima Individu

Persenda Salah Guna Kemudahan Oku Polis Ambil Keterangan Lima Individu

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR 11 Dis Polis telah mengambil keterangan dua lelaki dan tiga wanita hari ini bagi membantu siasatan kes mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya serta menyalahgunakan kemudahan golongan itu yang tular menerusi media sosial bar...
Buli Di Mrsm Enam Pelajar 13 Tahun Ditahan Polis

Buli Di Mrsm Enam Pelajar 13 Tahun Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 424 hits
Oleh Rakaman video insiden buli di sebuah MRSM di Perak tular di media sosial POLIS menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar seperti yang tular di media sosial semalam Ketua Po...
Tidur Adalah Terapi Segarkan Badan Anda Layan Tidur Itu Hak Kita Sebagai Manusia

Google Year In Search 2025 Malaysia Senarai Carian Paling Trending Tahun Ini

Mandi Swimming Pool Hotel Sentral Melaka

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Sinaran Krepuskular Dan Burung Pucung Cina

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Ultimate Moist Yummy Banana Cake Recipe

Tips Merebus Jantung Pisang Agar Tidak Hitam

Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Implikasi Kenaikan 2 Tenaga Harian Daripada Trans Fat Terhadap Kesihatan

Persiapan Akhir Malayan Tigress Skuad Beraksi Di Pentas Utama

Bundle Hbo Max Viu Kini Tersedia Harga Rm33 90 Bulan