Lelaki Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati Bunuh Pekerja Bangladesh



IPOH – Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja warga Bangladesh, tujuh tahun lalu.
Hakim Su Tiang Joo menjatuhkan hukuman ke atas Mohamad Amier Amzar Mohamad Aspar, 28, selepas mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas tuduhan membunuh Md Ovaidul, 32, pada 15 Disember 2018.
Mengikut pertuduhan, mangsa dibunuh di kawasan Sungai Kinta, Sungai Galah, Kampung Gajah antara jam 8.20 malam hingga 10.25 malam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.
Dalam penghakiman akhir pembelaan, Hakim Su Tiang Joo menyatakan bahawa kematian mangsa bukan berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya dirancang lebih awal.
“Mangsa diperlakukan dengan cara yang amat kejam yang kemungkinan besar menyebabkan mangsa menanggung kesakitan dan penderitaan dalam tempoh yang panjang.”
“Ia bermula dengan dipukul di rumahnya, kemudian dibawa ke tebing sungai sebelum dikelar lehernya, dan mayatnya dibuang ke dalam sungai bagi menghapuskan bukti,” katanya.
Tambah beliau, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, dan mahkamah bersetuju bahawa hukuman mati adalah wajar.
“Saya menerima hujahan pihak pendakwaan bahawa hukuman mati adalah wajar, dan saya menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh mengikut Seksyen 277 Kanun Tatacara Jenayah agar dihukum gantung sampai mati.”
“Impian adik saya untuk berkahwin musnah”
Memetik laporan Sinar Harian, sepanjang prosiding, abang mangsa, Md Hossain Khan, 37, tampil memberikan penyataan impak yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
“Sebelum kejadian, adik saya memberitahu bahawa dia bercadang untuk pulang ke Bangladesh dalam masa sebulan bagi melangsungkan perkahwinannya.”
“Keluarga kami telah mula membuat persiapan di kampung. Namun, impian tersebut musnah apabila dia telah dibunuh secara kejam, dan lebih menyedihkan, dibunuh oleh anak kepada majikannya sendiri.”
“Adik saya tidak mati kerana sakit, tidak mati kerana kemalangan, tetapi mati kerana dibunuh secara kejam oleh orang yang sepatutnya melindunginya sebagai majikan.”
Mayat ditemui diikat pada motosikal
Media sebelum ini melaporkan, mayat seorang lelaki dengan keadaan satu kaki diikat pada sebuah motosikal ditemui orang awam di dalam Sungai Kinta pada 18 Disember 2018.
Siasatan mendapati terdapat kesan kelar pada leher serta dua kesan luka di belakang kepala mangsa.
Motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati tertuduh terhadap mangsa, selepas mangsa dikatakan menafikan telah keluar makan bersama tertuduh seperti yang dimaklumkan oleh tertuduh kepada isterinya.
Kes ini mula dibicarakan pada 6 Januari 2020 dengan seramai 24 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan (tertuduh sendiri) dipanggil memberi keterangan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Geetha Jora Singh manakala tertuduh diwakili peguam V. Santhiran. – The Malaysian Update



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/08/08/lelaki-dijatuhi-hukuman-gantung-sampai-mati-bunuh-pekerja-bangladesh/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lelaki-dijatuhi-hukuman-gantung-sampa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bunuh Kanak Kanak Tiga Tahun Penganggur Dijatuhi Hukuman Mati

Bunuh Kanak Kanak Tiga Tahun Penganggur Dijatuhi Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR Seorang penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak kanak perempuan berusia tiga tahun yang mayatnya ditemui di hutan Gunung Raya Langkawi pada 2019 Hakim Ev...
Kelar Mati Pekerja Asing Lelaki Tempatan Dihukum Gantung

Kelar Mati Pekerja Asing Lelaki Tempatan Dihukum Gantung

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 183 hits
fmt reportersPETALING JAYA Lelaki dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja warga Bangladesh pada 2018 Hakim Su Tiang Joo menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Amier Amzar Mohamad ...
Pm Anwar Umum Visa Masuk Berganda Untuk Pekerja Bangladesh

Pm Anwar Umum Visa Masuk Berganda Untuk Pekerja Bangladesh

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 347 hits
PM Anwar Umum Visa Masuk Berganda Untuk Pekerja Bangladesh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengenalan kemudahan Visa Masuk Berganda kepada pekerja warga Bangladesh sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam p...
Kedah Penganggur Dihukum Gantung Bunuh Budak 3 Tahun

Kedah Penganggur Dihukum Gantung Bunuh Budak 3 Tahun

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 214 hits
FMT ReportersRamlan Abdul Rashid secara berpanjangan mendera si mati di bawah jagaannya dan membuang mayatnya di hutan Mahkamah Tinggi Alor Setar mendapati tertuduh tidak ada perikemanusiaan hingga sanggup buang mayat kanak kanak itu di kaw...
Lelaki Bunuh Teman Wanita Dipenjara 35 Tahun 12 Sebatan

Lelaki Bunuh Teman Wanita Dipenjara 35 Tahun 12 Sebatan

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 313 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang lelaki warga India dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher selepas melakukan hubungan seks tiga tahun lalu Ha...
Sempat Masukkan Gaji Pekerja Pasangan Usahawan Maut Rempuh Tiang Elektrik

Sempat Masukkan Gaji Pekerja Pasangan Usahawan Maut Rempuh Tiang Elektrik

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 163 hits
Sepasang suami isteri yang juga pengusaha perniagaan emas dan kafe maut dalam satu kemalangan tragis pada Isnin lalu Kejadian menyayat hati ini membabitkan Nur Syamimi Rosli 36 dan suaminya Mohd Izuddin Harmaini 51 Peristiwa menyedihkan ini...
Empat Pekerja Maut Jatuh Dalam Lubang Pembetung Ketika Pemeriksaan Paip Kumbahan

Empat Pekerja Maut Jatuh Dalam Lubang Pembetung Ketika Pemeriksaan Paip Kumbahan

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 308 hits
Astro AwaniSAITAMA Empat pekerja berusia lingkungan 50 an maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembetung ketika menjalankan pemeriksaan paip kumbahan di bandar Gyoda utara Tokyo pada Sabtu Menurut laporan media tempatan dan agensi penyiara...
Suspek Utama Kes Bunuh Warga Myanmar Dicekup Selepas 10 Hari Melarikan Diri

Suspek Utama Kes Bunuh Warga Myanmar Dicekup Selepas 10 Hari Melarikan Diri

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 267 hits
Suspek utama kes bunuh warga Myanmar dicekup selepas 10 hari melarikan diri Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Hanyan Ramlan menunjukkan gambar suspek utama kes bunuh membabitkan warga asing pada 20 Julai lalu yang berjaya dit...
Seorang Wanita Mengaku Bunuh 11 Suami Demi Harta

Seorang Wanita Mengaku Bunuh 11 Suami Demi Harta

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 259 hits
KOSMO KOLSUM Akbari mengaku membunuh 11 suaminya Foto IRNATEHRAN Seorang wanita yang mengaku meracun dan membunuh 11 orang suaminya dalam tempoh 22 tahun kini berdepan hukuman mati di Iran lapor portal berita MailOnline semalam Kolsum Akbar...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Muda Duit Kawan Atau Lawan

Tiramisu Sds

De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa