Lekuk Kalimah Allah Di Telinga Bayi Syukur Kurniaan Istimewa Untuk Anak Kelima
Keterujaan pasangan suami isteri menyambut kelahiran anak kelima, menjadi lebih istimewa apabila kedua-dua telinga bayi itu mempunyai tanda kelahiran menyerupai tulisan kalimah Allah SWT.
Menurut Mohd Zamri Ibrahim, 45, atau lebih dikenali sebagai Z Zamri keistimewaan yang dimiliki anak bongsu daripada lima beradik itu disedari isterinya, Fazilawati Ismail, 41, sehari selepas anak mereka dilahirkan.
View this post on Instagram
Alhamdulillah….syukur pada Mu Ya Allah….kerana menghantar pada ku satu lagi rezeki yg amat bernilai buat ku….sesungguhnya Kau telah bukti kebesaran Mu….di saat dunia akhir zaman….dan aku amat berbangga….kerana anak ku adalah pilihan Mu…..Allahhuakhbar…..terima kasih isteriku….kau lah insan bertuah kerana mengandung insan terpilih….Alhamdulillah….
A post shared by zzamrie (@zzamrie) on Jul 21, 2020 at 8:41pm PDT
Katanya, isterinya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram (kg) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 21 Julai lalu yang diberikan nama Faizatul Azwin Mohd Zamri kini sudah berusia 11 hari berada dalam keadaan sihat.
“Ketika isteri melahirkan anak perempuan kami, saya tidak berada bersamanya kerana berada di luar Kelantan atas beberapa urusan, namun selepas semuanya selesai saya membuat panggilan video melalui aplikasi WhatsApp untuk iqamatkan bayi kami yang baru dilahirkan,” katanya.
Isteri perasan ketika hendak menyusukan anak
Zamri berkata, pada mulanya beliau dan isteri tidak menyedari tanda istimewa yang ada ada Faizatul Azwin sehinggalah pada keesokan harinya ketika isteri hendak menyusukannya, dia ternampak tulisan menyerupai kalimah Allah SWT di kedua-dua telinga anak mereka.
“Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.
“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT.
“Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna,” katanya.
Baca al-Quran sepanjang mengandung
Z Zamri yang juga pelakon drama bersiri Gerak Khas, berkata sepanjang tempoh kelahiran, isterinya sentiasa mengamalkan membaca ayat suci al-Quran bagi memudahkan proses bersalin.
“Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengamalkan surah al-Fatihah dan ayat Kursi.
“Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu berselawat,” katanya yang berasal dari Pulau Seratus, Tumpat, Kelantan
Sumber: Berita Harian
The post Lekuk Kalimah Allah Di Telinga Bayi. Syukur Kurniaan Istimewa Untuk Anak Kelima appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/lekuk-kalimah-allah-di-telinga-bayi-syukur-kurniaan-istimewa-untuk-anak-kelima/