Legoland Malaysia Percutian Di Taman Tema
Salam,Pertama kali dalam hidup kami sekeluarga ke Legoland Malaysia bulan Jun 2019. Ini semua gara-gara iklan Legoland dekat TV tiap-tiap hari. Si wafri asyik cakap "Mummy, eiman nak pergi Legoland!! Bestnya!". Aku pula malas nak cakap banyak,"ha..exam kena dapat keputusan bagus, baru boleh pergi Legoland". So dengan tidak semena-mena aku dah berjanji dengan wafri, kalau keputusan peperiksaan semester 1 dia bagus, mummy bawak gi Legoland. Memanglah budak tu tadika je pun, tapi lepas tu, memang dia rajin baca buku dan senang nak panggil buat latih tubi. Berbulan-bulan juga la aku pulun ajar dia supaya dapat keputusan bagus. Kena pandai baca English, Malay dan satu lagi Jawi. bukan baca sahaja, kena pandai tulis juga. paham-pahamlah anak lelaki memang liat sikit. Tapi Alhamdulillah keputusan dia ok, No. 5 dari 16 student kelas dia. Aih, nak tak nak kenalah kotakan janji, maka kita belanjalah dia ke Legoland. 💸💸💸💸

Aku menginap 3 hari 2 malam di Airbnb dekat je dengan Legoland ni, nanti aku share Apartment tu. Kalini tak ambil Hotel Legoland, maybe next time bila asyuuuk sikit. So, perjalanan KL ke JB dalam 5jam sahaja. Sampai dah petang, so hari pertama, jalan sekitar JB dan tidur dulu. Esok pagi lepas sarap baru ke Legoland. Memang seharian akan berada di Legoland kan. Baru puas hati masuk awal
Ye, pagi yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Sunglasses pakai dulu. Panas

Sebelum tu, aku nak bagitahu tiket aku dah siap-siap beli kat Shopee.com.my. Ada beberapa kedai yang aku compare harga dan baca review sebelum beli. Pastikan kedainya dapat good review sebelum beli tiket. Tiket dalam bentuk e-tiket. Ada T&C yang korang kena baca sebelum beli. Kenapa beli kat Shopee? Sebab harga dia murah sikit.

Excited gilalah masuk Legoland, walaupun kitorang ni bukannya minat main Lego (masa ni memang tak ada satu unit Lego dalam rumah).

Gambar kat Legoland ni semuanya pop.. contrast dia memang cun, sebab Lego pakai bright colour kan. Tu yang dalam gambar nampak live

Kami masuk awal, so beratur tak panjang, dalam sebaris sahaja..Benda pertama, adik memandu kereta Lego. Adik pergi bahagian budak kecik, Eiman pergi memandu di tempat budak besar sikit. Eiman punya kawasan memandu lagi besar dan banyak sign yang ada dengan traffic light pun ada. Pening tak korang baca aku pot pet ni. hahaha..

Tu dia merempit ko dik. Takper rempit kereta takpa, jangan rempit motor. haha

Berhenti isi minyak sekejap kata Fatimah 😁

Gambar eiman driving tak ada pulak aku cari. Nantila kalau ada aku tampal. Aku pun tak ingat. Ke ada video.. ahh lupala. Tapi apa2 pun setiap checkpoint memang berhenti untuk ambik gambar. Rugi woo.. bayar mahal kenalah ada kenangan manis utk anak cucu. hihiihi

Comel sangat jerung ni, semua benda Lego tau kat sini. Unik sangat tiba-tiba macam jatuh hati dengan mainan Lego. Dan budak berdua ni.. tengokla tu

memang panjang entry ni, aku sampai tak tahu nak letak gambar mana, last-last aku masukkan je semua. Senang .. haha

Kalau lapar boleh singgah makan dulu

Tengah-tengah ada playground besar sangat. Jenuhlah nak pujuk budak-budak tak payah pergi playground. Kalau masuk sini kang susah nak keluar, padahal dalam ni banyak lagi benda nak main kan. hihi so di sini siapa yang excited nak main semua permainan.. mak ke anak? 😇

Dah penat kami rehat

Naik keretapi lego pusing satu Legoland.

Choo choo keretapi nak bergerak ni

Habis dah pusing-pusing naik keretapi, kita main ke Fire Station. Tapi yang ni, nak main ada had umur, adik tak lepas so mummy duduk luar jaga adik while daddy bersuka suki dengan wafri

Ingat senang ke nak sampai ke hujung, penat kata daddy nak kasi kereta bomba ni bergerak. hihi nasib baik u yang main daddy.

Kesian adik, kecik lagi tak dapat main adik bergambar jerla dengan fire engine ye dik. Makan sayur banyak-banyak kasi tinggi ye. 😁

Nak tepek gak gambar ni sebab rasa macam adik cute je

Lepastu, kami naik kapal terbang, ni syok sebab mak apak juga boleh main sama dengan anak. Bestla kapal terbang ni, boleh naik turun tau

Inilah kapal terbang yang kami main tu

Oh lupa nak cakap, kakak aku pun ikut sekali masa ni

Next kita ke Land Of Adventure

Kawasan sini ala-ala piramid zaman Mesir

Hahaha.. ok tak sis posing gini

Mak naik benda ni 2 kali, wafri naik 4 kali. Tak takut langsung katanya. Mak macam nak tercabut jangtung ok.Si adik pun boleh tahan juga beraninya

Belakang ni mak naik 2 kali, kali kedua dengan daddy.. tu yang dia basah lenjun tu, hahaha ala.. rilekla...sekali sekala. Yang ni budak besar & dewasa sahaja boleh naik kalau tak silap

Eh ada budak menang gajahlah, yang ni Wafri baik hati bagi kat adik dia,

Parrot pun ada lego dik.. lawanya hai.

Seterusnya kami ke NinjaGo

Kat luar ni macam temple kat jepun, ala-ala samurai

dalam ni main tembak2 secara laser dengan pakai spek mata 3D tu

Naik kereta ni.. masuk dalam set 3d.. main tembak2.. layan

Selesai.. jom keluar ke checkpoint seterusnya,

Cutekan semua lego-lego ninja ni

Aummm

Playground

4D ke 5 D movie tah nama dia. siap ada air angin sabun semua keluar dari atas

Next, jom kita uji skill melego

Pastu main lego

Cipta & uji

Ini kapal terbang saya

Ni pun eiman naik.. apa yang dia tak main.. semua dia main

Yang ni eiman je boleh main, adik menangis2 tak dapat main sebab tak cukup tinggi

Ini pun sama, adik tak dapat main juga... hahaha kesian adik, Benda ni laju juga

Tiba2 rasa macam kat Disneyland Tokyo. Ala-ala gitteww

Kat sini ada roller coaster, aku dan eiman naik sekali round. Biol kepala.. aku ni motion sickness. Nasib baik tak muntah. Eiman je steady

Jempulah masuk istana saya.. hhihihi

Nak habis dah ni.. kaki pun penat sangat

Adik dah berhenti nangis sebab ada benda2 comel ni

Yang ni skip tak larat dah nak masuk.. bergambar je

Yey... ada persembahan lego. Budak2 sukala

Happy mummy tengok wafri happy

Babai legoland... sehingga jumpa lagi

Shopping sikit beli lego satu sorang

Penat sangat ni sebenarnya.. tapi coverla

Malam tu, terus si wafri buat lego yang dibelinya, Classic Lego

Alhamdulillah, seronok kami di Legoland Malaysia. Mummy harap wafri dan adik happy. Mummy dan daddy pun happy. Sejak balik Legoland, kami satu family minat main Lego dan kini dah mula start collect Lego. Memang best Lego ni rupanya. haha..
Okla, dah lewat malam ni. Nak tidur.
Terima kasih sudi singgah baca, bye
http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://novaleeza.blogspot.com/2019/10/legoland-malaysia-percutian-di-taman.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+NovaLeezaMyDiary+%28NOVA+LEEZA+%7C%7C+My+Diary%29