Lebih Sebulan Pkpd Kami Tertekan Kata Penduduk Taman Sri Rugading Di Tuaran


Taman Sri Rugading di Tuaran telah dikenakan PKPD bermula 30 Julai lalu, dan ia telah dilanjutkan beberapa kali, terbaru sehingga 9 Sep.

KOTA KINABALU: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) sudah lebih sebulan dilaksanakan di Taman Sri Rugading, Tuaran, iaitu sejak 30 Julai, tetapi jumlah kes masih tinggi.

“Saya pun tidak faham, kami hidup dalam keadaan penuh tekanan setiap hari,” luah seorang penduduk, Mariah Doksil, 38.


Katanya, dia dan jiran-jirannya pada mulanya sangat setuju dengan pelaksanaan PKPD bertujuan memutuskan rantaian Covid-19 namun ia menjadi semakin tidak masuk akal apabila perintah itu dilanjutkan beberapa kali.

”Mula-mula kami memang setuju dengan PKPD di sini (Sri Rugading) kerana hampir setiap hari ada kes (Covid-19), sehinggakan ‘group’ Whatsapp komuniti di sini ‘update’ dengan kehadiran KKM (Kementerian Kesihatan) membawa pesakit positif setiap hari.

”Ketika awal PKPD dilaksanakan, jumlah kes dalam 1km radius yang tertera dalam (aplikasi) MySejahtera tidak sampai 100 tetapi selepas empat minggu PKPD, sudah ada 255 kes.


”Sebagai seorang wartawan, saya ada juga maklumat mengenai statistik dan saya faham mungkin ianya kes-kes ‘backlog’ tetapi seperti kata Masidi (Manjun), virus (Covid-19) ini sudah berada dalam komuniti, jadi bagi saya PKPD tidak lagi praktikal,” katanya kepada FMT.

Mariah berkata, PKPD di kawasannya tidaklah begitu sukar kerana masih ada kedai serbaneka yang dibuka di dalam lokaliti berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, hidup “berkurung” dalam unit pangsapuri sangat mencabar lebih-lebih dengan tiga orang anak berusia tujuh, empat dan dua tahun yang sering merungut kerana tidak dapat keluar rumah.


”Semua boleh buat juga, PdPR (Pembelajaran dan Pengajaran Dari Rumah) anak-anak, bantu NGO kumpul dana di Pitas secara dalam talian, kerja dari rumah, tapi bila ada anak-anak kecil memang kadang-kadang rasa sedih kerana mereka balik-balik mahu keluar bermain, pergi pantai.

”Sebelum ini kami balik Kota Belud setiap minggu yang jaraknya dekat, dan di situ mereka boleh bermain sebab ada halaman rumah, tetapi di sini berkurung sajalah.

”Anak-anak saya sudah mula rasa seperti tertekan dan bosan, masuk fasa ke-3 (PKPD) ini. Saya sampai tahap biarkan saja mereka bermain telefon kerana tidak tahu apa lagi aktiviti yang mereka boleh buat, tinggal pangsapuri bukannya ada tanah tempat mereka dapat bermain,” katanya.


Mariah turut akui emosinya terkesan dengan PKPD yang berlarutan dan berharap ia akan berakhir secepat mungkin.

”Kita ini biasa hidup bersosial, berkawan dan berjumpa dengan ahli keluarga lain. Tiba-tiba terkurung memang memberi kesan kepada emosi.

”Kalau orang tua pun boleh tertekan, apa lagi kanak-kanak, mereka ini bukan pandai luahkan perasaan,” katanya.


PKPD di Taman Sri Rugading telah beberapa kali dilanjutkan termasuk yang terbaru sehingga 9 Sep.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/lebih-sebulan-pkpd-kami-tertekan-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 1 000 Penduduk Sekali Lagi Kena Pkpd Di Kampung Balung Cocos Tawau

Lebih 1 000 Penduduk Sekali Lagi Kena Pkpd Di Kampung Balung Cocos Tawau

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 359 hits
Gambar hiasan PUTRAJAYA Lebih 1 000 penduduk Kampung Balung Cocos di Tawau Sabah sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula Selasa ini iaitu antara lima lokaliti di dua negeri diwartakan perintah itu Perkampunga...
Jika Babi Haram Rasuah Lebih Teruk Lagi Kata Ayob Khan

Jika Babi Haram Rasuah Lebih Teruk Lagi Kata Ayob Khan

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 265 hits
Ayob Khan Mydin Pitchay bersetuju bahawa gaji dan elaun anggota polis harus dikaji semula memandangkan kenaikan kos sara hidup JOHOR Ketua polis Negeri Johor Ayob Khan Mydin Pitchay mengatakan gaji dan elaun anggota polis yang agak rendah b...
Banjir Kilat Di P Pinang Lebih 2 500 Penduduk Terjejas

Banjir Kilat Di P Pinang Lebih 2 500 Penduduk Terjejas

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 279 hits
Banjir kilat di P Pinang lebih 2 500 penduduk terjejas Hujan lebat berterusan mengakibatkan banjir kilat di Pulau Pinang hari ini yang menjejaskan lebih 2 500 penduduk dan kira kira 500 kediaman Banjir diakibatkan hujan lebat berterusan ham...
Pkpd Ppr Taman Manggis Bergantung Kepada Penilaian Risiko Pkd

Pkpd Ppr Taman Manggis Bergantung Kepada Penilaian Risiko Pkd

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 253 hits
Sebuah program saringan bersasar khas telah dijalankan di Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis Jalan Zainal Abidin di sini tadi Ketua Menteri Y A B Tuan Chow Kon Yeow ketika ditemui memberitahu beliau dimaklumkan oleh Pegawai Kesihatan Dae...
Saya Pilih Anwar Kerana Negara Lebih Utama Dari Bangsa Kata Prof Agus

Saya Pilih Anwar Kerana Negara Lebih Utama Dari Bangsa Kata Prof Agus

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 198 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE August 18 2021Saintis politik Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata beliau memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri pilihannya kerana lebih mementingkan negara dari bangsa Kenapa DSAI pilihan saya ...
Hanya 14 000 Penduduk 18 Tahun Ke Atas Belum Divaksin Di N Sembilan Kata Mb

Hanya 14 000 Penduduk 18 Tahun Ke Atas Belum Divaksin Di N Sembilan Kata Mb

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 225 hits
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata pihaknya turut bercadang membuka PPV secara walk in di semua daerah di Negeri Sembilan SEREMBAN Hanya kira kira 14 000 individu daripada keseluruhan 831 107 penduduk Negeri Sembilan berusia 18 tahun ke ...
Kamarudin Kata Persefahaman Bn Pn Lebih Utuh

Kamarudin Kata Persefahaman Bn Pn Lebih Utuh

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 189 hits
Kamarudin kata persefahaman BN PN lebih utuh Persefahaman antara Perikatan Nasional dengan Barisan Nasional khususnya dari UMNO disifatkan lebih utuh berbanding ketika menjadi kerajaan sebelum ini kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk K...
Penduduk Asal Sabah Sarawak Anak Sulung Istilah Bumiputera Tidak Sesuai Kata Ngo

Penduduk Asal Sabah Sarawak Anak Sulung Istilah Bumiputera Tidak Sesuai Kata Ngo

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 345 hits
Penduduk asal Sabah dan Sarawak diistilahkan sebagai bumiputera tetapi perkataan itu tidak terdapat di mana mana Perlembagaan Persekutuan kata Pengerusi Perpaduan Anak Negeri Esther Golingi KOTA KINABALU Sebuah pertubuhan bukan kerajaan di ...
Seks Modal Umno Jatuhkan Muhyiddin Kata Anina

Seks Modal Umno Jatuhkan Muhyiddin Kata Anina

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 209 hits
PETALING JAYA Bekas Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin mendakwa parti itu sering menggunakan skandal seks sebagai modal dalam menjatuhkan pemimpin parti lain Anina berkata berdasarkan pengalamannya dalam Umno beliau tahu sikap peribadi pem...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20

Perlis Pun Kalah Hanya 10 Penduduk Direkodkan Kampung Bandar Terus Bertahan Dengan Warisan Sejarah

Mpob Dan Sumisaujana Bekerjasama Untuk Mengkomersialkan Poliol Berasaskan Sawit Untuk Kegunaan Industri Global