Lebih Ramai Mp Persoal Nilai Bantuan Makanan


MALAYSIAKINI    Ahli Parlimen Pakatan Harapan terus mempersoalkan nilai bantuan makanan yang diagihkan kepada golongan miskin yang terjejas dari pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Meskipun Jabatan Kebajikan Masyarakat mendakwa hampir 10 peratus daripada jumlah RM100 dipotong untuk membayar kos pembungkusan dan pengangkutan, ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyifatkannya sebagai tidak wajar.

“Saya menerima 250 bungkus makanan dan masing-masing bernilai sekitar RM85. Saya tidak diberitahu apa yang berlaku dengan baki nilai itu.

“Saya diberitahu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pembungkusan dan pengangkutan menjadikannya RM85 dan bukan RM100,” katanya seperti dipetik oleh The Malaysian Insight.
 Katanya, jika RM15 diambil daripada setiap bungkusan, maka ia menelan belanja sebanyak RM3.3 juta

Oleh itu, beliau menggesa supaya kerajaan mengadakan sidang parlimen khas supaya ahli parlimen pembangkang dapat menuntut jawapan daripada menteri yang bertanggungjawab dalam tugas pengagihan makanan itu, iaitu Rina Harun.

Selain Fahmi, ahli parlimen pembangkang yang lain seperti Maria Chin Abdullah dan P Prabakaran berkata bahawa pengagihan makanan tersebut dilakukan dengan tidak telus serta mengelirukan.

“Tidak begitu telus pada masa ini. Mereka harus memberi laporan berapa bungkusan makanan RM50 dan RM100 yang diberikan.

“Jawapannya mesti daripada menteri bertugas (Rina Harun). Dia harus menjawab dan menjelaskan apa yang ada di dalam bungkusan RM50 dan apa yang ada di dalam bungkusan RM100, bukan menteri pertahanan,” kata Maria yang merupakan ahli Parlimen Petaling Jaya.
Maria Chin Abdullah Sementara itu, Prabakaran yang merupakan ahli Parlimen Batu berkata beliau bukan sahaja tidak pasti 131 bungkusan makanan yang diterima dari JKM termasuk dari kategori mana, malah mendakwa barang dalam setiap bungkusan itu mungkin bernilai kurang daripada RM35.

“Setakat ini saya menerima ini dan semua telah diedarkan. Tidak pasti bila saya akan menerima baki agihan dan bertanya-tanya mengapa mereka tidak dapat mengagihkan 1,000 bungkusan sekali gus,” katanya.
P PrabakaranBeliau turut menunjukkan setiap bungkusan makanan mengandungi beras 5kg, sepaket teh, 6 pek mi segera, sepaket gula, sepaket tepung dan setin sardin.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kerajaan membekalkan bakul makanan yang tidak bernilai RM100 seperti dijanjikan.

Sebaliknya, kata beliau, bantuan itu adalah daripada NGO yang menghantarnya ke JKM untuk diagihkan.

Ia susulan wakil rakyat Rasah Cha Kee Chin mendakwa bahawa 150 bakul makanan yang diterima oleh pasukannya untuk diedarkan daripada kerajaan, hanya berharga RM35 setiap satu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/lebih-ramai-mp-persoal-nilai-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Bakul Makanan Untuk B40 Pun Kena Pau

Bantuan Bakul Makanan Untuk B40 Pun Kena Pau

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 418 hits
Bantuan Bakul Makanan Untuk B40 Pun Kena Pau Sepatutnya nilai Bakul Makanan utk memerangi kelaparan kepada golongan B40 adalah dalam RM100 Maklumat rasmi menyatakaN nilai Bakul Makanan ini sepatutnya RM100 setiap bakul Maklumat lain berkena...
Bantuan Makanan Untuk Rohingya Tiba Di Selayang

Bantuan Makanan Untuk Rohingya Tiba Di Selayang

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 503 hits
Kira kira 15 000 pelarian Rohingya yang tinggal di sekitar kawasan Pasar Borong Selayang yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat bagi mengelak penularan Covid 19 menerima bungkusan makanan daripada kerajaan hanya beb...
Wan Maimunah Sebak Terima Bantuan Makanan

Wan Maimunah Sebak Terima Bantuan Makanan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 376 hits
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon veteran Wan Maimunah yang sememangnya popular dengan watak air mata Bagaimanapun ini bukan watak sedih di The post appeared first on
Warga Emas 80 Tahun Didenda Rm1000 Selepas Keluar Menunggu Bantuan Makanan

Warga Emas 80 Tahun Didenda Rm1000 Selepas Keluar Menunggu Bantuan Makanan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 480 hits
Seorang warga emas berumur 80 tahun dilaporkan telah did3nd4 sebanyak RM1000 kerana meng1ngkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan selepas menunggu bantuan makanan di luar rumah Warga emas tersebut atau lebih mesra dikenali sebagai Mr Li di...
Anwar Ibrahim Agihan Bantuan Makanan Janganlah Ambil Kesempatan Dalam Kesusahan Orang

Anwar Ibrahim Agihan Bantuan Makanan Janganlah Ambil Kesempatan Dalam Kesusahan Orang

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 283 hits
Anwar Ibrahim Agihan Bantuan Makanan Janganlah Ambil Kesempatan Dalam Kesusahan Orang
Rakyat Sabah Dakwa Hanya Penyokong Warisan Dapat Bantuan Makanan

Rakyat Sabah Dakwa Hanya Penyokong Warisan Dapat Bantuan Makanan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 297 hits
KOTA KINABALU Pengagihan bantuan di Sabah terus dipalit dakwaan pilih kasih politik dengan beberapa pihak mendakwa wujud little Napoleon daripada parti pemerintah Warisan yang menyekat barang keperluan asas untuk penduduk kampung Mereka tur...
Wakil Rakyat Dakwa Ipoh Barat Belum Terima Bakul Makanan Bantuan Disalur Ke Bahagian Parti

Wakil Rakyat Dakwa Ipoh Barat Belum Terima Bakul Makanan Bantuan Disalur Ke Bahagian Parti

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 340 hits
PETALING JAYA Wakil rakyat Ipoh Barat menyeru Menteri Wanita dan Keluarga Rina Harun berterus terang mengenai pengedaran bantuan makanan untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40 terendah mengatakan kawasannya belum terima 1 000 bakul makan...
Pkp Fasa Tiga Hantar Makanan Lebih 10km Tanpa Bukti Boleh Ditangkap

Pkp Fasa Tiga Hantar Makanan Lebih 10km Tanpa Bukti Boleh Ditangkap

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 321 hits
INDIVIDU yang menjalankan perkhidmatan penghantaran barang perlu menunjukkan kad pengenalan dan bukti pesanan makanan kepada anggota keselamatan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negeri ini Pemeriksa...
Nilai Kekayaan Jeff Bezos Meningkat Lebih Rm131 Bilion Kerana Covid 19

Nilai Kekayaan Jeff Bezos Meningkat Lebih Rm131 Bilion Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 196 hits
Covid 19 menyebabkan pelbagai masalah ekonomi kerana perniagaan tidak dapat dijalankan seperti biasa Sebagai langkah meneruskan kelangsungan syarikat ramai yang telah dibuang kerja Ini turut berlaku di negara kita Malaysia Tetapi tidak semu...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp