Lebih 360 Pelajar Guru Di Indonesia Keracunan Makanan
Lebih 360 Pelajar, Guru Di Indonesia Keracunan Makanan
JAWA TENGAH — Lebih 360 pelajar dan guru mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan makan tengah hari di sekolah di bandar Sragen, pada Khamis.
Insiden tersebut menjadikan kes keracunan terbesar melibatkan program makan percuma, Makan Bergizi Gratis (MBG) pada 11 Ogos lalu.
Ketua pentadbiran daerah Sragen, Sigit Pamungkas berkata, seramai 365 orang jatuh sakit dan sampel makanan sedang diuji di makmal.
Beliau memaklumkan kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos rawatan perubatan sekiranya diperlukan.
Seorang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Gemolong 1 memberitahu bahawa dia mengalami sakit perut teruk pada waktu malam sehingga sakit kepala dan cirit-birit.
Dia mengesyaki puncanya adalah keracunan makanan selepas melihat hantaran rakan-rakan sekolah di media sosial yang mengadu mengalami gejala yang sama.
Difahamkan, mereka disyaki memakan menu yang terdiri daripada nasi kunyit, telur dadar yang dihiris, tempe goreng, salad timun dan daun salad, hirisan epal, serta sekotak susu, yang dimasak di dapur sebelum diedarkan ke sekolah.
Susulan itu, pusat dapur berkenaan dihentikan sementara sehingga keputusan makmal diperolehi.
Ketua Puskesmas Gemolong, Agus Pranoto Budi, semua mereka yang terlibat berasal daripada 10 sekolah.
Tambahnya, pihaknya kini masih memantau perkembangan mangsa, sama ada yang menerima rawatan di hospital atau rawatan pesakit.
Setakat ini, lima orang yang sedang dirawat di hospital.
“Buat masa ini kami masih memantau perkembangan mangsa. Ada yang sudah dibenarkan pulang. Masih ada lima orang di hospital,” katanya.
Untuk makluman, program makan percuma sekolah dilancarkan sejak 17 Februari lalu. Menu yang diberikan umumnya adalah mengikut permintaan pelajar.
Bagaimanapun, program ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga 19 Ogos ini, bagi memberikan laluan kepada penilaian semula terhadap proses penyediaan dan penghantaran makanan.
Sebelum ini, 251 orang dilaporkan mengalami keracunan makanan dalam insiden itu.
Sumber: Detik Jateng, SCMP
BACA: Ini Respon UEFA Bila Diminta Gantung Pasukan Bola Sepak Israel
BACA: ‘Lautan Hitam’ Banjiri Kota Belud, Laung Solidariti Zara Qairina
The post Lebih 360 Pelajar, Guru Di Indonesia Keracunan Makanan appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/08/15/lebih-360-pelajar-guru-di-indonesia-keracunan-makanan/