Lebih 2 Penumpang Dibenarkan Dalam Satu Kenderaan Di Kawasan Pkp


Bernama
Anggota polis ketika melakukan pemeriksaan kepada kenderaan yang melalui sekatan jalan raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjauan di Jalan Tun H S Lee di Kuala Lumpur baru-baru ini. Gambar: Bernama Boleh makan di kedai mengikut keluasan meja dengan penjarakan fizikal satu meter serta jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti kenderaan, merupakan antara kelonggaran baru diputuskan kerajaan bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran itu berkuat kuasa esok.
“Mengambil kira rayuan pelbagai pihak, kita longgarkan syarat-syarat ini. Bagaimanapun, saya nasihatkan supaya masyarakat membuat kawalan kendiri… kanak-kanak kecil dan warga emas tidak digalakkan untuk dibawa keluar,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di Putrajaya hari ini.
PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang dilanjutkan bermula esok hingga 4 Mac ini.
Berdasarkan SOP di kawasan PKP sebelum ini, hanya dua orang dibenarkan untuk satu meja di kedai makan dan hanya dua penumpang dibenarkan menaiki satu kenderaan.
Ismail juga berkata mesyuarat bersetuju mencadangkan agar upacara akad nikah di kawasan PKP dibenar dijalankan di pejabat agama dan masjid dengan kehadiran had maksimum 20 orang, tidak termasuk jurunikah serta saksi.
“Bagaimanapun, urusan akad nikah ini di bawah bidang kuasa pejabat agama negeri, ia memerlukan kelulusan pihak berkuasa agama negeri tapi kita bersetuju dengan cadangan had maksimum seramai 20 orang,” katanya sambil menambah sebelum ini, hanya lima orang dibenarkan hadir bagi upacara akad nikah.
Ismail berkata bagi pernikahan dan majlis resepsi untuk bukan Islam, perkara itu akan diumumkan kementerian perpaduan.Bagi kawasan PKP Bersyarat (PKPB), beliau berkata upacara pernikahan dibenarkan dengan kehadiran had maksimum 50 peratus mengikut keluasan premis dengan penjarakan satu meter dan untuk kawasan PKP Pemulihan (PKPP), kehadiran tetamu adalah mengikut keluasan premis dengan syarat penjarakan fizikal satu meter.
Ismail berkata bagi pernikahan dan majlis resepsi untuk bukan Islam, perkara itu akan diumumkan kementerian perpaduan.
Aktiviti bengkel, kursus, latihan, ceramah dan aktiviti berkaitan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) masih tidak dibenarkan di kawasan PKP manakala di kawasan PKPP dan PKPB, ia dibenarkan beroperasi pada had 50 peratus kehadiran peserta berdasarkan kapasiti premis serta mematuhi syarat penjarakan fizikal satu meter.
Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan serta swasta, dan majlis sosial seperti perkahwinan, pertunangan, resepsi, akikah, tahlil dan sambutan kelahiran di kawasan PKP masih tidak dibenarkan manakala di kawasan PKPB, ia dibenarkan dengan had kehadiran tetamu sebanyak 50 peratus mengikut kapasiti premis dan mematuhi penjarakan fizikal, sementara di kawasan PKPP adalah dibenarkan dengan syarat ada penjarakan fizikal.
“Bagi majlis perkahwinan di kawasan terbuka seperti di kampung contohnya, yang disyaratkan adalah mesti ada penjarakan fizikal dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara termasuk memakai pelitup muka, menyediakan QR Code dan buku kehadiran tetamu,” katanya.
Berhubung aktiviti pelancongan dan kebudayaan, Ismail berkata aktiviti pelancongan seperti zoo, akuarium dan taman rekreasi di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan beroperasi pada kapasiti 50 peratus keluasan premis namun bagi kawasan PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD), aktiviti pelancongan keluar masuk di kawasan terbabit adalah tidak dibenarkan.
“Semua peniaga dinasihatkan merujuk laman sesawang Majlis Keselamatan Negara serta kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna dan pada dasarnya, banyak aktiviti di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan untuk dibuka,” katanya.
Beliau juga berkata berkaitan sektor pendidikan dan sukan, kementerian belia dan sukan serta kementerian pendidikan akan membuat pengumuman berhubung aktiviti dan SOP masing-masing sepanjang pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP.
Katanya kerajaan juga bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Sebako 1 dan 2 di Lundu, Sarawak esok seperti dijadualkan manakala PKPD di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah 2, Gerik, Perak dilanjutkan bermula 20 Feb hingga 1 Mac.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/lebih-2-penumpang-dibenarkan-dalam-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Jumlah Penumpang Dalam Kenderaan Pkp 2021

Terkini Jumlah Penumpang Dalam Kenderaan Pkp 2021

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 508 hits
Berita baik untuk negeri negeri yang berada dalam perlaksaan PKP Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah membuat pengumuman tentang SOP baru bagi kenderaan sepanjang tempoh PKP bermula esok 19 Februari 2021 ini Jumlah Penumpang Dalam Kendera...
Makan Besar Tahun Baharu Cina Dibenarkan Tidak Lebih 15 Orang

Makan Besar Tahun Baharu Cina Dibenarkan Tidak Lebih 15 Orang

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 410 hits
Putrajaya Masyarakat Cina yang bakal merayakan Tahun Baharu Cina pada 12 dan 13 Februari ini kini boleh meneruskan tradisi makan besar keluarga apabila Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara hari ini meluluskan penambahbaikan prosedur...
Tanya Mamat Mamat Bangla Depa Kata Keluarga Di Kampung Sudah Dapat Satu Bulan Lebih Kah

Tanya Mamat Mamat Bangla Depa Kata Keluarga Di Kampung Sudah Dapat Satu Bulan Lebih Kah

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 381 hits
ShahbudinKita terlalu berlebihan dan tidak kena tempat dalam meraikan seolah olah vaksin ini hero negara Apa yang membanggakan negara dengan pembelian vaksin ini sedangkan Myanmar dan Bangladesh pun lebih dulu daripada kita memperolehinya
Covid 19 Satu Suntikan Memadai Keberkesanan Lebih 80 Peratus Pakar Kesihatan Kanada

Covid 19 Satu Suntikan Memadai Keberkesanan Lebih 80 Peratus Pakar Kesihatan Kanada

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 246 hits
Astro AwaniSatu suntikan vaksin didakwa memadai untuk mengekang penularan penyakit COVID 19 dakwa pakar kesihatan Kanada Gambar fail OTTAWA Satu suntikan vaksin COVID 19 didakwa memadai untuk mengekang penularan penyakit COVID 19 Itu dapata...
Permukiman Di Kebon Pala Jakarta Timur Kebanjiran Ketinggian Lebih Dari Satu Meter

Permukiman Di Kebon Pala Jakarta Timur Kebanjiran Ketinggian Lebih Dari Satu Meter

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 232 hits
Korban banjir yang dievakuasi mayoritas anak anak dan manula Mereka dibawa menuju lokasi pengungsian di aula kantor kelurahan dan sekolahan di wilayah setempat
Satu Analisa Mengenai Kerjasama Umno Pas Di Terengganu Umno Terengganu Perlu Lebih Rasional

Satu Analisa Mengenai Kerjasama Umno Pas Di Terengganu Umno Terengganu Perlu Lebih Rasional

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 439 hits
Kamarul Yusoff Pada 1 Jun 2019 ke 30 Jun 2019 saya bersama sekumpulan penyelidik telah membuat satu kaji selidik bebas bagi menilai tahap penerimaan pemimpin dan penyokong UMNO kepada Kerajaan PAS di Terengganu serta kepada kerjasama politi...
Larangan Pergerakan Dalam 10 Kilometer Bagi Kawasan Terlibat Pkp Pkpp Dan Pkpb Batal

Larangan Pergerakan Dalam 10 Kilometer Bagi Kawasan Terlibat Pkp Pkpp Dan Pkpb Batal

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan memutuskan untuk membatalkan arahan larangan pergerakan dalam 10km bagi semua kawasan bawah perintah kawalan pergerakan PKP bersyarat dan PKP pemulihan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata larangan itu ...
Antrean Tes Genose Di Solo Mengular Penumpang Kereta Diminta Daftar Lebih Awal

Antrean Tes Genose Di Solo Mengular Penumpang Kereta Diminta Daftar Lebih Awal

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 281 hits
Butuh waktu sekitar 30 menit untuk mengantre Saya baru pertama ini melakukan pemeriksaan GeNose ujar Reika Cahya
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka