Lebih 100 Kilometer Selama 11 Hari Ini Kesesakan Trafik Terburuk Dalam Sejarah Dunia


Oleh Mastika
Anda sering mengeluh terperangkap dalam kesesakan lalu lintas? Selalunya bila kita memandu dan berdepan kesesakan di atas jalan raya pun dah buat hati rasa panas, bukan?
Di Malaysia, paling buruk pun kesesakan lalu lintas selalunya berlaku pada musim perayaan. Sebagai contoh, dari Kuala Lumpur hendak pulang ke pantai timur mengambil masa berbelas jam, bahkan ada yang mencapai hampir 24 jam pemanduan.
Itu belum teruk sangat lagi. Cuba anda bayangkan jika terperangkap kesesakan di atas lebuh raya bukan berbelas jam, tetapi berhari-hari! Ya, inilah senario yang pernah berlaku di China dan dilabel sebagai ‘ kesesakan lalu lintas terburuk dalam sejarah’.
Ia berlaku pada Ogos 2010. Kesesakan lalu lintas di lebuh raya Beijing-Tibet telah mencatatkan senario kesesakan trafik yang paling buruk dalam sejarah dunia.
 
Kesesakan di China pada 2010 ini sepanjang lebih 100 kilometer.
Berpuluh ribu kenderaan telah terperangkap selama 11 hari dalam kesesakan sepanjang lebih 100 kilometer, yang mana ia hanya berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya.
Lazimnya kesesakan lalu lintas selalunya berlaku pada musim-musim perayaan, atau disebabkan oleh kemalangan. Kadang kala, kesesakan juga berlaku jika terdapat sebarang aktiviti demonstrasi yang mengambil tempat di atas jalan raya.
Namun, senario itu berbeza dengan situasi trafik di Beijing, China, ketika itu. Lebuh rayanya sentiasa sibuk dan padat dengan kenderaan. Pada hari-hari biasa sekalipun, tempoh perjalanan di lebuh raya berkenaan adalah dua hingga tiga kali ganda lebih panjang berbanding jalan raya di lokasi lain.
Kesesakan di Beijing bukan perkara baru. Kekerapannya meningkat saban tahun akibat peningkatan jumlah trak yang menggunakan lebuh raya Beijing-Tibet mencecah hampir 20,000 buah pada waktu puncak.
Kemuncaknya bermula pada 13 Ogos 2010 tahun lalu apabila kesesakan menjangkau lebih 130 kilometer, dan hanya reda kira-kira 11 hari kemudian.
Kenderaan yang terperangkap dikatakan bergerak hanya satu kilometer sehari sehingga ada kenderaan yang tersangkut di lebuh raya berkenaan sehingga lima hari. Keadaan itu diburukkan lagi dengan kemalangan jalan raya yang dikatakan berpunca daripada sikap pemandu yang tidak bersabar, tidak berhemah dan membuat laluan tambahan sehingga menyempitkan laluan sedia ada.
Empat lebuh raya iaitu Beijing-Tibet, National Road 110, Xiguan Road dan Beijing-Xinjiang yang bertemu di hujungnya menyebabkan laluan trafik menjadi semakin sesak. Ia menjadi bertambah teruk apabila penduduk Beijing terpaksa memilih laluan berkenaan kerana laluan alternatif lain mengenakan tol yang terlalu tinggi.
Seramai 400 pegawai polis berada di kawasan terbabit 24 jam sehari untuk memastikan keadaan terkawal. Pihak berkuasa cuba melicinkan aliran trafik dengan membenarkan lebih banyak trak memasuki Beijing pada waktu malam, selain meminta syarikat kenderaan berat meminda perjalanan atau mengikut laluan lain. Berdasarkan statistik, dianggarkan lebih 10,000 buah trak, sebahagian besarnya ialah lori pengangkut arang batu dari wilayah Inner Mongolia langsung tidak dapat bergerak.
Stesen penyiaran China Central Television pula melaporkan, sebilangan pemandu terkandas selama lima hari di lebuh raya Beijing-Zhangjiakou dan Mingchai. Keadaan itu menyebabkan pemandu yang terperangkap membuang masa dengan tidur, bermain terup dan catur, serta menghabiskan waktu dengan bersiar-siar di sekitar kawasan kampung berdekatan.
Sementara itu, kesesakan trafik tersebut telah membuka peluang perniagaan kepada penduduk di sepanjang laluan berkenaan. Orang-orang kampung di kawasan sekitarnya mengambil kesempatan dengan menjalankan perniagaan termasuk menjual mi segera, makanan ringan dan makanan tengah hari. Namun, ramai pemandu merungut kerana harga makanan yang dijual agak mahal.
Penduduk sekitar mengambil kesempatan menjual makanan kepada pemandu yang terkandas dalam kesesakan itu. Dianggarkan, seorang pemandu perlu membelanjakan kira-kira 50 yuan untuk menampung kos makanan seharian. Jumlah itu hampir 50 peratus lebih mahal jika dibandingkan dengan harga makanan di restoran biasa. Bagaimanapun, mereka tiada pilihan lain dan terpaksa membelinya selagi masih terkandas di laluan berkenaan.
Selama 11 hari mengalami kesesakan, insiden di China ini disifatkan oleh media sebagai kesesakan lalu lintas paling panjang dalam sejarah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/lebih-100-kilometer-selama-11-hari-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 511 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Satgas Covid 19 Ada Kenaikan Kasus Rata Rata 100 Per Hari Pascalebaran

Satgas Covid 19 Ada Kenaikan Kasus Rata Rata 100 Per Hari Pascalebaran

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 201 hits
RSD Wisma Atlet Kemayoran telah siap secara personel hingga fasilitas yang ada untuk mengantisipasi lonjakan kasus Covid 19
Pkp Kesesakan Trafik Dikesan Di Plaza Tol Gombak Menjelang Total Lockdown

Pkp Kesesakan Trafik Dikesan Di Plaza Tol Gombak Menjelang Total Lockdown

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 274 hits
Afiezy AzamanMei 28 2021 Kesesakan yang berlaku di Plaza Tol Gombak keluar dari ibu negara hari ini berpunca daripada pemeriksaan teliti yang dijalankan ke atas setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya yang didirikan di plaza tol be...
Rakyat Lebih Rela Pkp Menyeluruh 14 Hingga 21 Hari Pemuda Umno

Rakyat Lebih Rela Pkp Menyeluruh 14 Hingga 21 Hari Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 288 hits
By 22 May 2021Keadaan jalan utama di ibu kota kelihatan lengang pada hari kedua perayaan Aidilfitri berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur Foto AFFAN FAUZI 14 MEI 2021 K...
Lebih 100 Pilihan Free Fun Online Games Rambang Mata Nak Main Mana Satu

Lebih 100 Pilihan Free Fun Online Games Rambang Mata Nak Main Mana Satu

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 588 hits
Hi Kalau korang suka main fun online games lepas tu boleh main free game tanpa gangguan iklan aku syorkan korang main dekat PLAYS ORG Lebih 100 Pilihan Free Online Games Rambang Mata Nak Main Mana SatuAku pun baru tahu kewujudan website pla...
100 000 Perlu Disuntik Setiap Hari Jika Mahu Capai Imuniti Kelompok

100 000 Perlu Disuntik Setiap Hari Jika Mahu Capai Imuniti Kelompok

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 211 hits
100 000 perlu disuntik setiap hari jika mahu capai imuniti kelompokOleh May 26 2021Mampukah kerajaan PN tunai janji capai imuniti kelompok hujung tahun 2021 Kelembapan proses suntikan vaksin dalam Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan menim...
Cikgu Sekolah Kampung Buktikan Kejayaan Tak Mustahil Untuk Diraih Sekolah Lulus 100 Selama 7 Tahun Berturut Turut

Cikgu Sekolah Kampung Buktikan Kejayaan Tak Mustahil Untuk Diraih Sekolah Lulus 100 Selama 7 Tahun Berturut Turut

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 333 hits
Cikgu Sekolah Kampung Buktikan Kejayaan Tak Mustahil Untuk Diraih Sekolah Lulus 100 Selama 7 Tahun Berturut turut l Assalamualaikum Masa hari guru baru baru ni Ana terbaca satu posting di FB tentang luahan dan cabaran yang terpaksa dihadapi...
Warga Samarinda Gelar Pesta Pernikahan Selama Tiga Hari Di Hotel Saat Pandemi

Warga Samarinda Gelar Pesta Pernikahan Selama Tiga Hari Di Hotel Saat Pandemi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 317 hits
Satgas Covid 19 Kota Samarinda menemukan rencana pesta pernikahan selama 3 hari berturut turut di salah satu hotel di kota itu dalam waktu dekat Acara itu tetap akan berlangsung di tengah pandemi
Gadis 17 Tahun Ditemukan Dalam Perahu Setelah Hanyut Selama 22 Hari

Gadis 17 Tahun Ditemukan Dalam Perahu Setelah Hanyut Selama 22 Hari

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 207 hits
Seorang gadis remaja berusia 17 tahun ditemukan di dalam perahu setelah hanyut selama 22 hari di laut Gadis ini diketahui berasal dari Pantai Gading
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt