Lawatan Kebudayaan Kpypj Ke Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar


 Assalamualaikum WBT

ISNIN lepas, Sk dan rakan-rakan dari Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor telah menyertai Program Lawatan Kebudayaan di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Jalan Sg Chat, Johor Bahru atau dulu dikenali sebagai Mawar. Program ini disertai oleh warga kerja di bawah KPYPJ termasuklah warga Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Kolej Kemahiran Johor (KKJ) dan KPYPJ Management & Services (KPMS).

Dari pejabat, Sk menaiki van bersama rakan-rakan dari KKJ Cawangan Johor Bahru dan berkumpul di ibu pejabat sebelum menaiki bas bersama staf dari cawangan lain menuju ke Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar yang juga dikenali sebagai Yayasan Warisan Johor. Sebelum tu, alas perut dulu dengan dua keping roti canai di tepi sungai Tampoi Utama.

Objektif utama lawatan ini adalah bagi "Memartabatkan Seni Yayasan Warisan Johor". Antara tentatif program lawatan ini termasuklah Penerangan Asas Zapin & Persembahan Artis Budaya (Lokasi : Rumah Zapin), Pameran Seni Kreatif (Lokasi : Galeri Seni Johor) dan Pameran Produk Tenun (Lokasi : Galeri Tenun Johor). Diharap kolaborasi seperti ini akan menjadi platform terbaik untuk memartabatkan seni warisan Johor dan menjadi ruang yang dapat membantu mempromosikan produk warisan Johor.

Kami terus dibawa ke Rumah Zapin dan dipersembahkan dengan tarian Zapin yang tentunya sinonim dengan orang Johor. Katanya, kalau orang Johor, mesti pandai joget zapin. Kalau dah kaki bangku macam Sk ni, jangan kata zapin, joget lambak pun tak menjadi, hahaha. Jadi, kita tengok sajalah mereka menari. Walaupun Sk ni tak pandai menari tarian tradisional, tapi sangat suka menonton gerak tari mereka.

Sopan santun gadis melayu gitu, masing-masing bersimpuh di lantai.. terpaksa wak, hahaha.

Abang-abang bersila. Tempat kami ni memang staf wanita mendominasi, hehe.

Di Johor sahaja terdapat 16 jenis tarian zapin iaitu Asli Johor, Padang Sari, Kores, Tanjung Labuh, Parit Mastar, Pulau, Mahpom, Lenga, Tenglu, Pat Lipat, Sri Bunian, Pekajang, Cokoh, Dayung, Selat Panjang dan Putar Alam.



Ingatkan cuma menonton saja, rupa-rupanya kena menari zapin sekali. Sebelum tu, cikgu ajar dulu empat pergerakan utama tarian zapin yang paling asas iaitu taksim (pergerakan masuk), pusing dari kanan ke kiri, berpatah balik pusing kiri ke kanan (pusing setempat), melangkah ke depan dan belakang dengan kiraan lapan. Aduh, ada nama pergerakan tu tapi Sk tak ingat, maaf ya. 

Selepas pusing setempat tu, kena duduk bertinggung, kemudian bangun dan terus buka kaki kiri. Ko rasa? Hahahaha. Macam nak terbelit kaki dah remaja purba baru nak belajar tarian zapin. Dulu masa sekolah rendah, tak terpilih nak masuk tarian sebab memang dari kecik dah kayu agaknya.. melarat sampai ke tua, haha.

Oh, sebelum menari, memasing kena pakai sampin ni dulu. Mula-mula sarungkan kain dan letak kepala kain di belakang punggung, kemudian tarik bucu kiri dengan tangan kiri, gunakan tangan kanan buat lipatan sehingga rapat di pinggang sebelah kiri dan belitkan, simpulkan pada tangan kiri... haaa... gituhhhh.

Kena bangun duduk dan hayun pulak lutut kiri dan kanan, lawak giler masing-masing, macam nak terpelanting dibuatnya, hahahaha.

Habis menari, bolehlah cuba pakaian tradisi dan perhiasan kepala dan pakaian yang ada ni. Yang kecik-kecik badan, bolehlah sarung, yang double triple macam Sk ni tengok sajalah, hahaha



Bergambar ramai-ramai bersama Artis Budaya YWJ sebelum meninggalkan Rumah Zapin. 
Waktu Operasi Rumah Zapin :
Ahad hingga Rabu : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi hingga 3.00 petang
Waktu Rehat Setiap Hari : 1.00 petang hingga 2.00 petang

Bergambar dengan replika beduk di sudut Rumah Zapin. Beduk ni antara empat alat muzik yang digunakan dalam tarian zapin. Yang lain adalah maruas, gambus dan akordion


Kak Imah dan Miza nak bergambar dengan replika meriam yang terletak di tepi perkarangan Rumah Zapin


Orang lain semua dah hilang, tinggal kami di Perkarangan Rumah Zapin

Dari Rumah Zapin, kami di bawa ke Galeri Seni Johor. Di sini biasanya ada tema dan semasa kami melawat ni, temanya adalah 'Burung Hantu'. Maka.... banyaklah burung hantunya, hehehehe.

Banyak juga hasil seni 2D lain yang dipamerkan, Sk tertarik dengan yang ini.


Selain tu, ada juga aktiviti hands on yang boleh dibuat di sini iaitu mewarna batik dengan teknik ikatan. Di sini, mereka gunakan tisu dapur, hasilnya menarik juga mengikut kreativiti masing-masing mengikat atau melipat tisu dapur tu


Kak Saria pun ada


Kemegahan Malaysia


Tajuk : Khazanah Johor
Karya oleh Mohd Saharuddin Supar @ Supah yang dihasilkan tahun 1999 ini menggambarkan Bangunan Bukit Timbalan (kini dikenali sebagai Bangunan Sultan Ibrahim) yang merupakan pusat pentadbiran negeri Johor pada suatu ketika dahulu. Namun negeri Johor digambarkan juga kaya dengan pelbagai khazanah serta warisan yang tidak ternilai seperti alam sekitarnya dan kesenian yang menjadi budaya negeri ini


Tajuk : Berkat Daulat Tuanku
Fokus kepada potret Sultan Sir Ibrahim sebagai ikon visual ekspresi pengkaryaan menunjukkan pentadbiran, pembangunan Johor dengan gaya dan teknik grafikel setem bersejarah. Setem mempamerkan trademark utusan surat-menyurat rasmi yang tidak ditelan zaman. Selain mewujudkan satu nostalgia, ia juga merupakan lambang pembangunan dan kemajuan sesebuah negeri


'Warrior Of Si Bongkok'Satu lagi karya seni yang dipamerkan di hadapan pintu masuk Galeri Seni Johor karya Mohd Ali Azraie pada tahun 2011


Dah puas bersejuk-sejuk dalam Galeri Seni Johor, kami ke Galeri Tenun Johor (GTJ) yang menempatkan pelbagai jenis kain tenun dan persalinan serta perhiasan DiRaja Johor


Kain Benang Johor Corak Muar Berbunga Renek dahulunya dikenali sebagai Tenun Corak Muar. Corak kainnya berkotak dan telah diinovasikan pada tahun 2013 dengan kedudukan motif atau bunga hias di antara kotak dan dijadikan sebagai identiti tenun negeri Johor yang ditenun menggunakan benang daripada serat nenas


Antara Tenun Corak Muar yang dipamerkan di Galeri Tenun Johor. Nampak kotak-kotak tu, itulah asalnya Corak Muar sebelum diinovasikan dengan meletakkan bunga renek di antara kotak



Kalau tak faham, tengok dua gambar ni, Gambar pertama, bunga (bulatan berwarna oren) berada dalam kedudukan di antara garisan kotak (gambar atas), yang itu Tenun Johor. Gambar kedua, bunga (X warna oren) berada dalam kotak, itu Tenun Terengganu atau Pantai Timur



Tekun tengok staf YWJ sedang menenun. GTJ mempunyai seramai enam staf penenun yang kebanyakannya berkelulusan dari Institut Kraftangan Negara


Proses menenun ini memakan masa dua minggu untuk menghasilkan sehelai kain yang berukuran 2.25 meter. Ia agak rumit dan perlu melalui lapan proses iaitu mencelup benang, menerai benang, menggulung, menyampak, mengarat, menganing dan akhirnya barulah ianya ditenun



Harga bagi kain tenun secara manual ini bermula dari RM2,000 berbanding harga tenun yang dihasilkan secara pukal menggunakan mesin iaitu sekitar RM200 hingga RM350. Kita boleh lihat perbezaan tenun manual yang lebih halus di mana bahagian hadapan dan belakangnya sama rupa dan halus hasilnya berbanding mesin yang sedikit serabut di bahagian belakangnya


Bila tengok salah satu alat yang digunakan dalam proses menenun ni, Sk teringatlah pulak satu cerita dongeng Inggeris yang selalu Sk baca masa kanak-kanak dulu, 'Rumpelstiltskin', hehehe. Siapa ingat kisah tu? Rasanya budak-budak sekarang tahu ke ek


Yayasan Warisan Johor telah mencipta 10 rekaan iaitu empat rekaan untuk rakyat biasa dan enam rekaan untuk kerabat diraja





Empat rekaan untuk rakyat biasa adalah kain benang Johor corak Muar berbunga renek A dan B. Corak A itu motifnya berada di badan kain, manakala B motifnya berada di kepala kain dan kain benang Johor Mayang Selida serta kain benang Johor Tanjung Piai






Bagi kerabat diraja pula, kita mempunyai songket Johor Jauhar, songket Johor Tanjung Puteri, songket Johor Medini. Songket Johor Tengku Mahkota ada dua rekaan dan satu rekaan songket Maharani. 


Motif-motif pada kain itu melambangkan kerabat diraja seperti mahkota raja, tiara permaisuri dan ada huruf jawi 'ta mim jim'






Selain itu, ada juga dipamerkan perhiasan cucuk sanggul dan sikat keluarga diraja serta beg tangan yang diperbuat dari perak (mungkin)



Sk kurang pasti Kain Cindai ni ada tak kena mengena dengan lagu Cindai nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza









Guru-guru sekolah, bolehlah buat program Lawatan Kebudayaan ke Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar pada tahun 2023 ni


Mengabadikan kenangan di replika Gambus yang menjadi identiti alat muzik negeri Johor. Johor memang banyak dipengaruhi budaya arab apabila mereka datang berdagang ke Johor, pedagang Arab   menggelar Johor sebagai Jauhar iaitu permata yang bernilai. 

Terima kasih Cik Ros dan En Anuar yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang dua jam di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar. Pelanconglah sangat, hahaha


Sebelum balik kolej, singgah Hutan Bandar makan tengahari. Makan semeja dengan kekasih lama Suzi dan Linda, dulu kami sebumbung di Institut Teknologi Perindustrian Bukit Senyum dan kini Linda dan Suzi bertugas di Kolej YPJ yang menawarkan program diploma

 Yayasan Warisan Johor
(Johor Heritage Foundation)
Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi
Ahad hingga Rabu8 pagi hingga 5 petang
Khamis8 pagi hingga 3.30 petang
No Telefon : 07-221 3148

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/03/lawatan-kebudayaan-kpypj-ke-kompleks.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chief Secretary Zuki Heads Awards List On Perak Sultan S Birthday

Chief Secretary Zuki Heads Awards List On Perak Sultan S Birthday

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 318 hits
Chief Secretary to the Government Mohd Zuki Ali today headed the list of 22 recipients of awards and medals in conjunction with Perak ruler Sultan Nazrin Shah s 66th birthday last November They are among 212 recipients of the state awards a...
Ikut Arahan Sultan Sebagai Ketua Agama

Ikut Arahan Sultan Sebagai Ketua Agama

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 166 hits
malaysiakini comHadi Tak salah malah wajib cakap politik Islam di masjid surau Nabi SAW pun cakap politik dalam khutbah kata presiden PAS jelaskan dalam Islam politik dan agama tak boleh dipisahkan MOHD SHAH RIM Arahan Sultan dari nasihat M...
Ingat Jasa Sultan Kelantan Beri Pengampunan Ahli Parlimen Pn Beritahu Anwar

Ingat Jasa Sultan Kelantan Beri Pengampunan Ahli Parlimen Pn Beritahu Anwar

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 246 hits
satuberita myBy March 2 2023Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada 2019 Gambar FacebookAHLI Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingati jasa Sultan Kelanta...
Sultan Selangor Puji Pendirian Anwar

Sultan Selangor Puji Pendirian Anwar

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 207 hits
Malaysiakini Sultan puji pendirian Anwar tak iktiraf LGBT negara sekularSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memuji pendirian perdana menteri yang tidak mengiktiraf golongan lesbian gay biseksual dan transgender dan konsep negara s...
Hadi Shows Middle Finger To Sultan Terengganu S Decree

Hadi Shows Middle Finger To Sultan Terengganu S Decree

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 182 hits
After royal decrees from the Sultanate of Selangor Perak and Johor banning politicians from using mosques to deliver religious lectures or ceramahs which are actually political propaganda Sultan Mizan Zainal Abidin becomes the latest monarc...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults